Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah...
Akhirnya selepas 4 bulan dan 7 hari tak menaip kat blog ni,aku kembali menaip. Dan share ape yang aku rasa menarik dan indah utk dikongsi bersama. Rasanya kemahiran nak menaip macam before fly dlu pun da semakin kurang. Salahkan masa sebab takde,lari ke timbunan buku dan nota anatomi dan physiology. Huhuh.
Rasanya dalam 127 hari aku duduk kat negara orang dan berjauhan dari bumi Malaysia,terlalu banyak pengalaman yang aku pelajari. Berkongsi ilmu dengan orang asing *yg dahulunya,dok jakun kalau jumpa Mat Saleh tp skrg da bosan* dan berdikari dalam urusan rumah, imigresen, berjalan sini sana. Memang banyak dan aku rasa peluang ni tak selalu datang dan tak semua dapat rasai. Wajar rasanya aku hargai dan gunakan sebaiknya.
Dengan izin Allah,selepas aku berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam IB Exam yang lalu,aku menempah tiket secara indirectly ke Ireland dan sambung study kat RCSI. Rasanya aku da cerita dulu,apa tu RCSI. So,setibanya disini,aku menetap bersama 12 pelajar RCSI gak,di rumah 218, yang sangat terkenal dengan penghuninya yang ramai mcm kat hostel dah gayanya.
| |
Penghuni 218 kat tepi sungai. |
Tapi duduk ramai ni best je. Ye la,since ramai org,so bayar bil electric and gas agak murah. Ni baru betul,senang dikongsi bersama,susah pandai sendiri la. Haha. Semua pelajar tahun 1,dan ade 3 orang senior. Oh ya,rumah ni,since dudk ramai,sewa pun menarik. Antara yang murah rasanya. €283 sebulan dan lengkap semuanya. Internet laju *kadang-kadang sangkut*,makan minum,air,heater,dan segala necessity. Dekat ngan masjid Dublin dan kedai-kedai halal yang lain. So,dari segi accomodation,alhamdulillah okay.
|
Masjid Dublin. Dibina pada 1880. *asalnya Church* |
Okay. Tu pasal rumah. Btw alang-alang dok oversea,ramai yang mula2 berhajat nak rasa winter and nak main salji, dengan harapan nak buat snowman and amek gambar,post kat FB. (sebab masa ktorg sampai,time tu musim luruh,daun kering je banyak). Tapi malangnya harapan tinggal harapan,cuma dapat main salji 2 jam je sepanjang musim sejuk kat Dublin tahun ni. Kontra ngan tahun lepas,salji sangat tebal. Ni lah kesan penipisan ozon,tak pasal-pasal ktorg tak dapat main salji.
|
Sekali ni jelah salji turun. Even cuma 2 jam,sempat gak memutih kawasan rumah ni. |
Okay,pasal study lak. RCSI punye sistem ni pelik sikit,kalau dekat uni lain,guna subjek,tp kat sini guna module. Modul ni kira subject yang digabungadukcampurkan la. Contohnya,dalam subjek Neuromuscular (NM) ada neurology basic,anatomy of lower limb dan pharmacology for musculoskeletal disease. Dalam masa 3 bulan belajar dalam Junior Cycle 1 (nama lain utk first sem di RCSI) aku da belajar dari perut ke hujung kaki (dari otot,tisu,daging,tulang segalamende) dan ubat utk sakit Arthiritis, Immune System, LUPUS, cirit birit indetails,masalah nak
berak *buang air* dan banyak lagi.
Sampai masa adik aku cirit birit,aku boleh suggest ubat apa. Tapi sakit la nak hafal drugs smpi 50 jenis,dengan method of working a.k.a pharmacology yg berbeza.
|
How our body invaded by bacteria and how our immune system react. Ni baru intro. *dush* |
Dan tu sedikit sebanyak pasal study. Okay,move on to mende lain pulak. Life kat Dublin? Best,banyak pub. Hahah. Tkde kene mengena dgn ktorg pn pub tu. Kalau kat sini,cuaca selalunya muram. Tapi once dah terang memang terang gila la. Sakit mata kadang2. Dan kat sini,orang selalu naik basikal to move to mana-mana la,pegi kelas contohnya. Kecuali masa winter,tak ramai yg have the guts ntok naik basikal dan merempuh angin dingin yang menikam jiwa lara. Sakit kot. Public transport juga menjadi pilihan utama utk kemana-mana,dan harga juga agak berpatutan. Cuma tahun ni fares da naik sikit. Biasalah,ekonomi eropah mana stabil skrg. Euro pon tgh terumbang ambing.
|
Nightlife di Dublin. Ni bukan night lagi,tapi baru pukul 5 petang masa winter. |
Sebenarnya satu mende yang sangat berbeza dgn Malaysia, kat Ireland diorg sgt awal tutup kedai. I mean,kalau kat Malaysia,mamak maybe pukul 2 baru nak tutup n ade je yang 24 jam. Kedai runcit lak pukul 10-11 baru nak tutup. Tapi kat sini,diorg cm takde life malam sgt. Ada la,tapi kat pub. Kedai sume tutup termasuk la dengan kedai supermarket yang besar2. Memang kalau nak shopping, pergi la waktu siang. Malam hanya utk berparti di pub dan berehat kat rumah. Huish.
Ok,tu pasal Dublin. Alang-alang da duduk kat europe,takkan duduk kat satu tempat je kan? Kena la berjalan sikit,baru syok. Dalam first 2 months memang aku tak keluar Ireland. Ade la pergi negeri *or county* lain mcm ke Cork, dan ke Belfast. Tapi memang tak keluar jauh la. Cuma lepas exam je baru ada peluang nak ken negara lain. Dan negara yang aku tuju,ke Spain utk lihat tinggalan Islam disana. Memang aku dapat la apa yang aku nak,huhu. Insya'allah bulan 4 ni,musim bunga nak ke tempat yang ada bunga tulip banyak tu,warna warni lagi. Pergh,kalau buat recording filem kat situ sambil lari-lari kat tengah padang bunga tu,memang terbaik.
|
Tgh tgk map. Gambar berlatarbelakangkan Suria di Cordoba *familiar tak dgn title cerita ni?* |
Dan kat Dublin,selain dari melancong dan belajar,aku ade gak join usrah. Awesome gila. Ada brother yang akan sentiasa bagi pesanan kat kita,bagi pengisian dan berjalan sama2 sambil mentadabbur bumi Allah dan sejarahnya. In fact, pegi Spain tu pn sebenarnya salah satu aktiviti berusrah. Bukan saja berjalan je. Kalau niat berjalan je,memang takde beza dgn org bukan Islam yang lain. Kalau kita niatkan nak tgk kesan pendudukan Islam kat situ,nak kenal org Islam kat sana,tgk Islam dibumi lain,kan banyak manfaatnya? ^^
|
Bersama ikhwah usrah membuat muffin cake perisa pisang n karamel. |
Selain tu gak,ada la aku join kelab sikit2. Kat RCSI,aku masuk kelab persatu pelajar Malaysia kat RCSI dan pegang jawatan IT Officer, Keje biasa je. Tapi cool. Dan juga join Trek Siswa,satu media rasmi Persatuan Pelajar Islam Malaysia di Ireland (PPIMI). Yang ni lebih cool sebab terlibat dalam movie editing peringkat yang lebih pro dan awesome.
|
Masa bagi speech kat Main Lecture Hall, Royal College of Surgeon in Ireland |
|
Masa tengah shooting dekat Belfast, for PUISI 2011. Videonya klik sini. |
Dan rasanya itu sajalah coretan sempena 127 hari disini. Baru 3 bulan,ade dua tahun lagi nak duduk oversea. But i miss Malaysia so much. Takpela,nnt balik Malaysia gak for summer break. Hehe. Okay, oh ya by the way. Selama aku tak update blog,aku ada buat video about travel in Ireland. So kalau nak tgk, boleh ziarah
youtube channel aku. Sekian dan jumpa lagi! :)