My LiveStatus.

05 March 2011

I'm a lone ranger,yeah~

Assalamualaikum..ya,alhamdulillah,pada ari ni, bertarikh...brape ea? Owh,5 Mac, aku da melengkapkan satu rekod baru dalam idup aku. Amende rekodnye? Haa..arini je, aku da outing dari kolej ke KL,dan balik kolej semula dalam 5 jam saja,dari pkol 9 aku keluar, dan pkul 2 aku da selamat kat kolej semula..mantap,dan aku wat semua ni sorang je,tu yang best tu..

Dalam aku keluar tu,aku ade contact sorg kwn aku,name nye? Dirahsiakan..tapi dia tanya,asal aku smthing yang wat aku terfikir~

Dia..: Ko asal kluar sorg weyh? Takde budak nak teman ke?
Aku.: tak la,ade je..kan ramai yanga de hal arini,dengan testnye..ade la aku ajak sorg dua,tapi semua bz,aku tanak la kacau.
Dia..: Sian dowh kaw,tak rasa lonely ke keluar sorg?
Aku.: Kesian? Asal lak,aku memang dari dulu suka keluar jalan2 sorg..aku bukan ape,byk kelebihannye,sebab lagipun aku ni jenis keluar for certain purposes je,abes keje aku, aku balik la kolej,tak lama pon..tu yg aku malas nak ajak org..
Dia..: Ko nak join aku tak? Aku nnt pg sane gak la,tapi lambat sikit~
Aku.: Lambat sikit ko tu pkul brape?
Dia..: Dalam pukul 1 kot,dgn Mr.X dan Mr.Y..
Aku.: Owh,aku rase time tu aku da gerak balik la kot,lambat la korg,aku keluar kol 9 pagi kot.
Dia..: =.="
Aku.: Haha..aku malas la nak merayap,duit da abes banyak ni,nak bjimat..aku pon nak balik awal nnt,sebab nak buat keje umah,byk kot...
Dia..: Ow,ikut ko la..aku balik malam nnt.. *takde homework ke hape?*
Aku.: Ahah...yelah..jln tu ingt2 sikit da nak exam..

********

Dan memang btol,abes je keje aku kat Nokia Centre, Bukit Bintang,aku terus cepat-cepat balik,takde selera nak merayap mcm member aku ni. Nape aku jalan sorang je? Sebab bagi aku,aku lagi bebas nak pergi mana,pukul brape nak balik *biasa aku balik awal* dan dan payah nak follow orang kemane saje yg aku tanak pon pergi. Dan dalam perjalanan aku tu,banyak sangat dugaan aku, mula-mula sampai kat KL Sentral je,aku da kene kejar ngan mamat Afrika yang mencuba ntok 'paw' duit aku. Namenye? Hakim kot,dari Kanada katenye,tapi muka mcm African. =.="

Hakim.: Hi brother, r u muslim? *menyergah aku*
Aku....: Yup,y? U got problem with that? *haha*
Hakim.: Brother, i'm muslim to..i'm from African. I'm Hakim,what's ur name? *dgn tetibe mmperkenalkan diri dan aku semakin pelik*
Aku....: Me? Just simply call me Firdaus. Is thre anything that I can help u brother?
Hakim.: Well, u know brother, I'm actly stucked at here,and I have to go to the airport because i want to see my frens, who can bring me back to my country, but the problem is i did not have enough moneny to get there, i need RM200 more to go to KLIA.
Aku....: Y not, u just take a train to get there? i just cost u around RM 20, 10% from what u asked.
Hakim.: I've to get there by taxi. Brother, you have to help me,u know that god Allah loves anyone who help their brothers when they r needing ur help?

*Ah,sudah..bwk nama tuhan lak,dalam cubaan dia ni,betul ke dia ni mcm sesat? Asal nak teksi,bnyak cekadak tol. Tadi aku tengok dok bgelak ngan kawan dia kat KFC,kalau tak silap aku..kaki kelepet mamat ni*

Lebih kurang cmnih la muka mamat tuh~ =.="
Aku....: Yup,I know that..but u know what brother? I'm a student, n I'm not working yet, even it's hard for me to hold hundred ringgit in my hands, so it's almost impossible to help u..
Hakim.: Uhh..never mind, whre to u come from?
Aku....: From Banting, i studied there,u Canadian rite? I assume u know about IB Diploma,i'm in IB rite now..
Hakim.: Yeah,i know,i got fren doing IB too..u got frens there? Maybe your lecturers can help me,they might have some money to give me. U gotta help me brother,i need u, i dont trust any other people unless he is a muslim...can u help me?
Aku....: Err...

Dipendekkan cerita,mamat ni siap kalau boleh nak ikut aku pegi mane je asalkan aku boleh bawak dia dgn seseorang yang leh bagi dia duit free2 macam tu je...dasyat gile la mamat ni *nada Awie dlm mak limah*. Tapi at last bila aku cakap baik2 ngan dia,slow talk sume,dia pon rasa da takleh lawan cakap ngan aku,after 30 minit pujuk aku tapi tak jalan,dua pon mngundur diri ngan sopan..Haa,amek ko..rasa aku ni bukan kali pertama aku jumpa orang macam dia,da banyak kali kawan2 aku kene macam ni gak..alhamdulillah,aku rasa mcm best gile dapat meloloskan diri dari dia,dgn cara yang sopan,tak menengking2 or ngan biadap suwoh dia pergi..aku harap dia bukan betul2 stranded kat Malaysia la mcm yg dia claim awal2,sebab tengok gaya mcm  nk tipu aku je..

**********

Dan seterusnye lagi la,pas pukul 12,aku gerak ke KL sentral dari Bukit Bintang, dan makan KFC dan solat Zuhur kat sana. Dalam aku berjalan sorg2 sbg lone ranger ni,aku dpat tengok macam2 karenah orang kat sini. Dengan mamat Afrika tadi tu,dengan couple bjalan yang aku rasa geram je nak tegur, dan banyak lagi ragam..aku sempat gak perhatikan makcik2 penggesek biola kat KL sentral dan yang tadah tangan mengemis kat tengah panas. Aku simpati dan hulur la sikit,cuma bila tengok tu suma,aku jadik bersyukur sangat sebab dikurniakan tempat tidur dan rehat yang lebih dari selesa bagi aku,walaupun tak la besar mana,tapi aku cuma nak keperluan aku dipenuhi,bukan kehendak yang aku turuti. *bersyukur dapat dok bilik kat kolej*

Dalam perjalanan balik,time2 da smpai kat simpang bukit Changgang je,tetiba hujan turun rintik2..tak lebat,tapi cukup lebat untuk membasahkan seluar jeans aku yang aku baru basuh semalam ni,,adeh..dan aku meredah hujan sepanjang sekilometer ke kolej aku,sangat cool~ Dan sepanjang dalam perjalanan tu,aku berbisik dalam hati aku..

"I'm proud to be lone ranger,yeahh~"
This the way I enjoy my travel,my adventure~

20 February 2011

Alhamdulillah~

Bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah,mungkin ni lah perkataan yang terbaik utk aku ungkapkan, menggambarkan betapa riang dan sukanya hati ni..Allah Maha Mengetahui,mcm tau2 je ape yang aku harapkan dan apa yang aku dapat dariNya..ya,dia Maha Mendengar dan Maha Memeberi Rezeki...

Dalam masa dua bulan ni,banyak sangat yang aku da lalui,dan aku tak jangka akan berlaku,bila 2011 menjelang. terlalu banyak. hanya allah saja memahami hatiku sepanjang melalui 2 bulan pertama ni, dan ade 3 bulan lagi depan aku, yang aku perlu lalui. Ya,3 bulan menuju IB final examination. It's tough,thou..but it's a thing that I have to solve, yang aku kena hadapi gak..dalam dua bulan ni la,aku dapat selesaikan nightmare2 yang aku geruni dan sampai terbawak2 dalam mimpi sepanjang semester 3, macam IA, EE dan placement...EE memang sumpah aku cuak,sampai dah mimpi macam2 pasal EE tu..ade skali aku mimpi EE aq kne reject dan kena bakar ngan advisor aku,punya lah takut mse tu even thou cuma mimpi je...placement? Alhamdulillah,bagi aku,perancangan jangka panjang aku dikira berjaya dan aq berjaya berada di tempat yang aku nak dan terbaik wat aku.

Ingat lagi mula2 isi borang placement masa semester 3 dulu..antara IUMC dan PMC,aku memilih PMC sbg top list aku,dalam hati aku...dan aku tengok yang lain semua nak IUMC,sbb nak full year kat Ireland..rasa macam bangang je tetibe,orang sibuk nak full year,aku sorg je isi nak twinning...rasa macam ape dah..tapi aku betulkan balik niat aku..aku nk study dan belajar,bukan nak melancong kat overseas and travelling around europe..kalau aku niat nak melancong,baik aku melancong lepas aku jadik Pakar O&G je nanti..lagi puas,ni pon nanti dok Ireland,kepala pening belajar psl badan orang,bukan best pun..

Maka aku pon berbalik la kepada niat aku semula,ade perancangan sebenarnya dalam kepala aku,kenapa aku letakkan twinning dalam top list choice aku..ade kaitan dengan keluhan rakyat Malaysia kat para housemenship tempohari~ Pasal doktor pelatih tak cekap, dan aku agak setuju. Mungkin saja aku belum belajar kat sana, tapi aku sedar akan something. Antara wang,niat dan....long-term effect dari keduanya. Aku melihat ramai antara mereka berjaya ke luar negara kerana wang. mereka ade wang tetapi mereka tidak ada niat, belajar kerana nama dan maruah keluarga (or maybe kerana gelaran) dan mereka tak berdiri atas niat membantu orang yang memerlukan dan membantu ummah, maybe ni la sebab utama kenapa mereka tidak menghayati profesion ni...memang profesion ni ntok berkhidmat kepada yang memerlukan.

Tapi cmane lak ntok yang memang ikhlas nak belajar tapi kurang mendapat pendedahan? mana silapnya? entah lah,ade saja yang mengatakan silapnya pada mereka yang melihat wang dan bukan keikhlasan,pastinya pada kolej mereka. Some of them even claims that they din't get enough exposure towards ethical,moral study and even practical (real-life practice) with patient and medical environment,i'm kinda doubting either, it there only theory that they learnt in overseas? not to mention some of the country where most of their main medical uni. done this, and the impact is most of medical student from these country were so weak in analyzing and diagnosing patient, and thus giving back, a bad impression towards doctor-in-internship... O MG! Aku mengeluh gak la masa baca artikel tu, sedang malaysia nak banyakkan bilangan doktor kepada nisbah yang munasabah,kuantiti yang banyak pula bermasalah dalam kualitinya...hai nasib,ape la silapnya? Mungkinkah kerana niat kita semua salah, jadi ini petunjuk allah untuk membetulkan semula niat kita? Apekah ini petunjuk kepada para pemimpin kita,kerna mungkin niat mereka juga kurang tepat,jadi ini hasilnya? wallahu'alam..kita semua manusia biasa. Aku cuma terfikir sejenak,bukan menuduh..

Tinggalkan kisah tu,dalam aku meniti saat akhir di dunia IB,aku mendidik diriku ke jalan dakwah. Alhamdulillah,aku rasa aku sudah berada di haluan yang baik,tinggal terus berdiri dalam jalan ni dan terus menyebakan agama Allah melalui teladan. Dengan 'petunjuk' dan isyarat yang akhi Amin dan Ikram tolong 'tunjukkan' masa sem 2 dulu,aku dihalakan kejalan dakwah ni. memang pada mulanya,agak berat rasa hati untuk mengikutinya. Malah walaupuna ku diberi peluang memegang post penting dalam agama kat kolej ni dn kat sekolah dlu lagi,tapi hati ni sangat berat dalam berdakwah,malah aku sellau berbisik dalam hati. Aku tak mampu berdakwah,aku sangat tak tau ape dan takde kekuatan nak menyampaikan pada yang lain. kenapa ea,banyak makan kenikmatan dunia sampai hati ni berat nak ikut jalan Allah. Aku tak kenal tuntuan dakwah sebab aku tak kenal lagi Syahadatul Haq,aku tak memahami kalimah Syahadatain yang aku ucapkan selalu..aku termakan Gazwul Fikr,dan aku tak mengenal dan mengikuti orang yang selama ni aku kononnya cintai, Muhammad SAW. Aku cuma cinta pada kalimah,tidak pada hati..dan bila aku renungkan semula semua kesilapan lalu ni,aku harap aku berada di laluan,jalan yang betul untuk bermula dalam jalan dakwah. Alhamdulillah,aku dah kenal semua tu dan insya'allah aku hayati. Tugasku kini,bukan mencari anak usrah yang ku utamakan, tetapi aku mahu mengajak orang yang aku sayangi, dan berada disisiku selama ni untuk ke jalan yang sebenarnya,moga Allah perkenankan hasrat aku dan moga aku menjadi pendakwah yang agung, seperti Rasulullah habibullah...yang sangat gempak dalam berdakwah...

Banyak tol luahan aku,ni la kesannya kalau tak tidur pepagi buta ni...till then,assalam..:)

12 January 2011

Towards IB Exam..

Salam..ye,selepas aku penat merayau kat KL dan seluruh Malaysia masa cuti hari tu, kini aku kembali menghadapi realiti yang harus aku tamatkan.Hari ni, bulan 1 dan hari yang ke 12, dan ade 112 hari lagi menuju perjuangan terakhir ke Peperiksaan Final Diploma IB ni...hurm..sebentar saja tadi,aku merenung ke arah board result peperiksaan semester 3 utk meninjau markah-markah dan point kumulatif hasil usaha exam dulu..aku actually tak tau lagi point aku berapa,sebab aku tak dpt paper ITGS SL lg,dan aku cuma expect dalam 30 point je..jenuh gak la nak mencari,dah la sort according to point, coz before this they sort the result based on the birthday..so,aku mencari la nama aku dalam ruangan 30 point..."ish,mane nama aku,takde pon..takkan 29 point kot?"..menjawab kepada soalan tu,aku terus cari nama aku kat ruang 29 point..takde gak! Maka aku mula rasakan something yg tak kena,unexpected...belek-belek punye lama,aku dapati nama aku kat ruangan 32 point..tp kenapa 32,ape yg bertambah?

Malay SL...: 6
English HL.: 5
ITGS SL...: 6
Mathematics SL : 3
Biology HL........: 6
Chemistry HL....: 5

Klau ikut kiraan gred yg aku dapat mse distribute & discuss paper sebelum ni,aku patutnye dapat 31 or 30 (sebab ITGS mrkah tak finalize lg) so...rupa-rupanya,baru aku perasan,Math aku bukan 3,tapi 4..what a gift! Wauu..Pn.Kamariah dah tambah pointer for math,n that's make the total point for me is 32,maintain dr sem 1 dan sem 2...alhamdulillah Ya Allah..bersyukur sgt..aku tgk pointer tu dan bagitau kat mentor aku, Miss nabilah and she said, i've to put more effort and usaha lebih kuat. Well, kate-katenye amat memberi semangat buat aku and mase discuss paper English, di byk kali ckp yg dia nmpk perubahan dalam teks essay aku (lebih baik sebab bfore this aku jenis tulis tak berhenti,pnjg sgt sentences2..jd byk error) dan dia pcaya aku boleh berjaya,macam kwn-kwn yg lain..kenapa bukan aku? Meniti 112 hari lagi..camne la perjalanan lepas ni?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...