My LiveStatus.

14 July 2011

Coretan penantian result IB.

Oh hai! Salam buat sume,salam 1Malaysia. :D Btw pejam celik pejam celik,rupanye da seminggu dah result aku diumumkan. Result ape?? Kpd yang tak tau,result exam IB aku, diploma International  Baccalaureate aq. Alhamdulillah,akhirnya lepas aku belajar selama 2 tahun kat Kolej MARA Banting,aku berjaya tamatkan semua ni. Ramai yang kata mrk berjaya lalui semua seksaan ni dengan tabah. LOL,aku stuju gak actly. Memang nak tamatkan diploma ni perlukan jiwa yang kental. Bak kata senior2 kami,once u survived IB and KMB life,u will survive life kat overseas.

Btw,tu hal lain. Pokoknye aku nak cerita betapa penantian menunggu result tu satu yang perit. Dalam dua tiga hari before result diumumkan, my frens dari KMB dan KMS da mula buat group ntok countdown result IB dan siap buatkan jam countdown lagi yang dah diset dan boleh dilihat kat webpage tu. Memang macam2 reaksinye. Yang aku nampak,bila da sampai countdown,ade dua puak. Puak suka countdown dan chill, yang bertentangan ngan satu puak lagi,puak cuak dan anti-kowndown.

laman web yang da siap set ntok countdown. tapi anyway,style kot~
Dan bila makin hampir ke kemuncak penantian ni,semakin macam2 la ragam, yang aku jumpa. Mostly cuak la,tapi certain ppl yang hyper-cuak mula mengambil tindakan drastik dengan memutuskan talian diplomatik dan komunikasi (haha!) dengan orang lain melalui fb sebab tak sanggup nak tengok lagu countdown2 yang sumpah maha mencuakkan keadaan. Keadaan ni berlarutan la sampai ke malam nak amek result tu. (malam 5 Julai 2011) dimana segala penantian semakin bergema2 gemuruhnya. So disini mulanye.

Pukul 11 malam, 5 Julai 2011.

Malam tu aku online macam biasa,in fact....malam ni aku online dengan niat nak tengok ape reaksi kawan2 aku malam result ni. Dan lokasi biasa,aku bkak group batch aku. memang nampak la betapa gabranya sume dak batch kita malam tu.

Tapi apa yang mencetuskan ketakutan ialah....post ini. Dikesan mula tersebar pada jam 11 malam selepas dia mendapat khabar dari kawan dia kat KDU International.

by RV,yang mencuakkan keadaan,hahah. *memain je rv!*
Bila saje post tu mula tersebar dan dibalas,dgn pantas dapat sambutan yang macam2 gaya, ade yang sound coz buat cuak! Dan aku rasa semakin excited dan mula2 tu tergelak la gak tgk mrk2 yang sangat la takut dengan post tu. Mane taknye,result da keluar. Btw even official result tak publish lagi,tapi malam tu dak KMS pon dah tau *thx to lisa kamal* result dior. Actly setiap kolej da tau,sbb IB coordinator mmg da dapat result student, a day before official one keluar.

Tak lama lepas tu,dak batch aku gempar lagi. Kali ni bukan dari khabar rakan2 kolej lain,tapi kolej sendiri pulak. Mr. A dan Mr. B da dapat call IB coordinator KMB, Dr Saai dan dapat result mereka. Dua2 result gempak pulak tu. Melihat tekanan memuncak pada malam itu,ramai yang terus offline FB,either tido or pegi solat hajat banyak. Aku chat ngan rv pasal peristiwa malam tu dan kami hny mampu tertawa melihat semua itu. LOL.

Keesokan harinye, 6 Julai 2011. Pukul 8 pagi.

Pagi yang hening,tapi aku bangun tak seaman spt biasa. Pagi tu aku dapat call dari adik aku, yang skrg tgh wat second year gak kat KMB. Katanya,ada khabar dari guru2 yang da tau keputusan IB exam batch 09/11. Dari ustaz shiham,pagi2 masuk kelas adik aku,terus bukak cerita psl result. Aku pon,ape lagi? Bangun,mandi dan belum sempat aku sarapan,aku bkak FB dulu. Terus aku tulis kat group batch FB aku,pasal ape yang aku dapat dr adik aku tu. Hasilnye? Ni haa~

Dan kalau korg leh nampak,aku ade highlight red-box tu,yg state aku ade tau certain news yg lagi disheatening,tp aku tanak tulis kat situ sbb takut org makin gelabah. So,sape nak tau,just PM aku. Hasilnye lagi? Aku dihujani 50 PM yang tanye ape news yang menyayat hati tu. Kena la pepagi tu reply satu2 email tu. Klau aku tau,baik aku tulis terus,hahah. Lepas reply sume msg tu,aku out sbb nak pegi pasar tani....ngan parents aku. bagus gak,dapat aku cuba2 bertenang jap. hehe.

Pukul 11, 6 Julai 2011.

Lepas je aku balik dari pasar tani,aku terus bukak FB aku,belum sempat makan nasi kerabu yang aku beli kat pasar tani tadi. Dan aku tengok semakin ramai yang menulis 'alhamdulillah,lepas IB!' dalam status masing2. Ah,tak guna, diorg da tau result diorg! Dan sekarang baru aku betul2 rasa takut da cuak. Padan muka aku,malam tadi kemain gelakkan orang. Kalau ikutkan hati,aku nak je kol cikgu aku,mentor aku ntok dapatkan result aku. Mak aku ckp,kalau nak sgt tau,tanak tggu malam nnt,pegi la call. Tapi aku cuba tenangkan diri,nak call skrg pon aku tak berani.

Lalu aku just text cikgu aku,miss nabilah. At first dia gtau dia tgh semak result subjek english dan overall pointer for kelas aku. Bila aku tanya aku dapat fly ke tak dgn result tu,dia terus tak reply msg aku. Ah,sudah~ takkan aku fail nak fly kot? Aku semakin gelabah,da takleh kontrol2 lagi dah ni. Dalam tengah2 gelabah tu,kawan aku call,kawan dari sakti dlu. Dia tau aku tgh gelabah,dan dia smpikan a few words ntok aku bertenang dan kawal diri. Alhamdulillah,pastu aku beransur2 tenang.

Pukul 1, 6 Julai 2011.

Waktu zuhur hampir tiba. Lepas aku tolong mak aku masak kat dapur,aku terus duduk atas katil dalam bilik aku. Tiba-tiba aku terasa seperti dipanggil. Aku bermonolog~

".....ah,kalau aku tunggu malam sekalipun,cikgu da tau dah result aku. mende da ade,cuma aku nak tau ke tak je sekarang ni. kalau aku call miss nabilah,untung2 aku tau result exam aku earlier,dan aku boleh tamatkan kecuakan aku ni. adoih,call jelah macam ni gayanye..."

Sebelum aku call,aku tengok jam,sudah hampir benar dgn waktu zuhur. Aku amek wudhu,dan aku tenangkan diri. Aku capai phone aku dan mendail..kedengaran suara mentor kesayangan...

"Assalamualaikum tcer~"
                                 "Waalaikumussalam..daus! Haa,ni nape ni,nak tau result ke?"
"Yelah tcer. Saya tak lepas fly ke tcer smpi tcer tak bls2 msg sy dari tadi?"
                                 "Eh,takde la. Saya chech result kamu sme tadi,tak abeh lagi...ni dah ready ke nak tau?"
"Insya'allah,just bring it on...sebut je tcer..."

Dan perbualan seterusnye tu biarlah rahsia,hehe. Dan alhamdulillah,sejurus aku tau result tu,aku terus solat zuhur dan aku sudahi solat aku dengan sujud syukur. Hampir menangis aku,terharu. Aku berjaya melepasi semua ujian ni. Dan alhamdulillah,kalau dlu aku kata, "IB,been there,done that" sekarang aku boleh cakap "I survived IB  with flying colours". Aku terus peluk mak ayah aku,aku katakan aku boleh terbang merealisasikan harapan mereka.

Aku terus capai laptop aku,dan aku katakan pada status FB aku...

45 orang like. Sangat simbolik angka tu. :)


Pukul 9, 6 Julai 2011.

Malam tu,website IB cuma boleh diakses lepas pukul 9 je,bukan pukul 8 spt yang dilaungkan oleh website tu sendiri. Alhamdulillah aku da tau awal2 cuma,malam tu aku nak check kat dalam website,betul tak ape yang cikgu aku cakap tadi. So,aku dalam perjalanan dari Klang ke Putrajaya malam tu utk practice nasyid bersama team nasyid aku. Dalam kereta,menggunakan iPad abg senior nasyid aku,aku semak data dalam laman IBO. Inilah yang aku lihat.

Certain mende aku hide atas sebab2 tertentu.
Alhamdulillah,kini debaran semua suda selesai. Sekarang aku mampu melangkah ke RCSI Ireland,cuma aku perlukan masa utk bersedia...overall,this is the big day,hari paling mencuakkan aku,dan paling menggembirakan aku. Alhamdulillah,thanks Allah! Aku bersyukur kepadaMu~

Nasyid show @MKI 2011!

Assalamualaikum dan hai! Actually da lama aku nak share ngan readers psl ape yang aku buat last week. Well,mostly korg tau yg minggu lepas,result IB da keluar n alhamdulillah,sume bjalan lancar. Okay,yang tu aku akan cerita dalam post yang lain. Now aku nak cerita pasal latihan nasyid dan juga nasyid performances yang kitorg buat sempena Malam Kesenian Islam KMB 2011 (MKI 2011) kat KMB.

Well,I have to say that this is one of the most fun show,yang paling best dan kool. Kenapa? Sebab aku datang sbg performer jemputan,dan juga aku diberi peluang ntok berganding dengan senior-senior yang professional dan lebih mahir dalam vokal drpd aku,ade byk pengalaman buat persembahan kat luar negara daripada dulu dan dah mncipta nama dalam kalangan student overseas. (OMG,aku nak jadik mcm diorg gak!). Dan now,aku da join team Munawwar Senior! ^^

Dari kiri: firdausmatnoh,azribohari,faizkadir dan zulfiqrizaroni
So,overall persembahan tu akan take place pada Jumaat, 8 Julai 2011 dan aku mula latihan sejurus je aku dapat tau result IB aku. Terus datang KMB dari rumah bersama partner nasyid aku,Faiz. Bila start gather sume je malam tu (malam rabu), kitorg terus mula practice ngan lagu dlu,n kitorg mula dengan masterkan basic lagu tu dlu,so that sok da senang nak berlatih. Dengan pakai condenser microphone,dan headphone yg awesome,maka latihan mula la take place.

Lagu apa kitorg bawak? Oh ya,pada malam tu,ade la afew lagu yg ktorg bawak. Firstly,intro tu kitorg wat acapella cover,asal dari lagu Begin by DBSK. Then, followed by lagu Our World by Zain Bhikha, Ayat-ayat cinta versi full acapella, lagu kasih kekasih dan ade satu lagi tapi aku da lupa. LOL. Hahha. For intro,aku bawak solo voice (tapi mlm tu tak begitu mnjadi intronye,huu~) dan lagu2 lain,aku byk buat third voice,bass dan falsetto kat certain part.

Soooooo,ni satu lagu yang kitorg bawak~

Kasih kekasih, original song by InTeam. Nyanyi balik by Munawar Sr.

I have to say yang sebab kitorg cuma ade 3 hari nak mantapkan lagu,so regim latihan nye agak keras dan non-stop. Even leader kitorg yg arrange vokal sume,Azri da gtau yg mmg kalau berlatih ngan dia,sumpah penat. Now I knw,ingt mula2 tu dia main2 je,tapi he's really mean what he said bfor! Kesannye? sebab aku berlatih dan kurang minum air dan tidor lak dlm keadaan sejuk sepanjang sesi latihan,maka dapat la sakit tekak dan selesema sebaik saje abes performances. Nasib baik dah abes.

Tentang persembahan? Overall okay,cuma ade satu lagu yang aku tsalah key voice,so agak kurang harmoni dan sambutan penonton pon alhmadulillah,semua baik saja dan ade yang datang kat aku n ckp macam2. Best la,hape la.Actly gugup gak la sebab perform depan junior yang mostly aku tak kenal (superjunior taun ni besar2,n muka sume matang2) dan aku suka la dapat wat diorg ceria dan terhibur bila tgk persembahan kitorg.

Time paling best bila malam tu,smpi part perkenalkan diri. Bila aku mention aku ke RCSI,sume macam waaauuuuu~. Haha. Alhamdulillah la adik2 sume,rezki Allah kurniakan. :)

Munawwar senior dan junior,bersama pengasas Munawar,azribohari dan penasihat ISAC,Pn Musliza! :D
And finally,thanks to jurulatih dan cikgu vokal yang ajar aku sepanjang sesi latihan ni,azri bohari (galway,4th year) dan fiqri (rcsi,3rd year) yang byk kongsi mcm2 ngan aku,dan buat mmber seperjuangan, faizkadir. Kpd Pn Musliza Ali,sy sgt berterima kasih atas peluang ini. Juga kpd ISAC juniors,tahniah buat korg! Taun ni lebih baik dari sebelumnye! :)

03 July 2011

Designing again! :)

Salam and hi! Well,aku masih dalam mood cuti dan hari ni,just 3 more days nak amek result! Oppss,silap. Nak check result exam IB kat internet. Alhamdulillah,tiba gak masanya. So dalam penantian ni,ade la sorg kawan aku ni mintak tolong aku designkan a few poster ntok dia. Actly aq takde kepakaran nak buat poster,reti design sikit2 jelah,kira karya aku still peringkat beginner je ni. :)

poster paint-a-ball
Okay,actually ni asalnye dari poster paintball for kelab aku,Love Symphony Inc yang aq buat taun lepas,tapi since dia nak poster ntok same event,so aku just alter yg asal n jadi la mcm yang atas. Siap ade gmbr model rifle M-16 PLKN lagi,sungguh takleh blah. Haha. Dan poster ni actly yang pertama aku buat so no wonder kalau nampak kurang kemas. Tapi aku cuba tingkatkan usaha dan nilai estetika poster tu. Jadik la mcm kat bawah ni. :)

poster makan-makan jamuan
Dan kat atas ni lak poster bila aku da blaja a few effects especially those curvy words *bru skang jmpe cara nak write on path!* dan lain2 details. So aku harap aku leh blaja lagi pasni and bley tolong ramai lg kwn2 aku. Tetibe rasa sronok coz ade keje nak buat,dan keje tu lak mmg fun dan aku suka! :) Tu je..to adri,take a looookk and do comment k? :)

That's it,doakan aku btw! lagi 3 hari nak amek result. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...