Salam! Hari ni byk yang saya lalui. Mula keluar rumah pukul 7,terus ke Kajang. Nak tumpang kwn ke KMB dan ke Putrajaya, for my letter of good conduct. Alhamdulillah,perjalanan hari ni dipermudahkan Allah,segalanye berjalan lancar. Dapat jumpa cikgu2,dapat makan free cikgu belanja,dapat lepak ngan kaunselor, dapat main boling, dan macam2 lagi.
Ok,tinggal part pegi KMB tu dlu. Lagipun da banyak kali pergi KMB even selepas abes diploma. Saya dalam perjalanan balik kerumah pada jam 8 malam. Sampai ke stesen LRT Dato Keramat da pukul 8.30,dan belum solat maghrib. Owh,kne la solat dulu. Selepas solat,saya menahan satu teksi utk ke rumah.
Satu teksi muncul dicelah kesesakan jalan yang tak lebar mana kat jalan tepi Pasar Dato' Keramat. Berhenti,dan mempelawa saya naik. Melihat kepada mukanye,saya tak menjangka dia seorang yang ramah. Mungkin saja tak byk cakap orangnye. Takpe la,bukan lama naik teksi ni,rumah tak jauh pun,cuma penat nak berjalan dah.
Tak lama lepas berjalan, kami melintas sebuah gerai durian. ye,mungkin gak Malaysia tengah berpesta durian. Dia membuka bicara,bercerita tentang musim durian dan harga durian yang murah gak kalau nak beli. Terhidu bau kemesraan dan keramahan dari uncle ni. Lalu bila dah melepasi gerai durian tu,dia mula bertanyakan dari mana. Mulanye,dia menyangka aku baru balik kerja. Ye pakcik,saya tak keje,saya ziarah kolej tadi.
Dari situ,saya mula bercerita dengannya,saya akan belajar ke luar negara,dan dia pun mula mengenalkan latar belakangnye. Dia seorang bekas guru sejarah,orang local la. Dia memberikan pandangan,lebih2 lagi tatkala mendengar dan juga dia tahu,kos belajar perubatan di luar negara, sangat mahal tetapi tidak memberikan impak yang signifikan kepada pembangunan sistem perubatan. Saya hormati pandangannya,benar juga katanya. Ade benarnye,tetapi tidaklah 100%. Ade juga lompangnya. Ada saja impak belajar disana,mungkin beliau terlepas pandang.
Okay,tinggalkan dahulu bahagian itu.
Saya bersama teksi ni terus berjalan. Melewati dua orang tua yang umur lingkungan lewat 50-an. Pakcik pemandu teksi ni memberi isyarat supaya mereka juga naik teksinye. Lagipun saya da nak sampai. Sebaik sahaja naik,dua orang pakcik ni juga sama ramahnye. Entah macam mana,dia dapat menghidu yang kami juga didalam perbincangan tadi,dan pakcik teksi ni bagitau yang saya sebenarnya akan ke luar negara, belajar medik kat Ireland.
Mengejutkan,pakcik yang menumpang teksi tu seolah-olah sangat gembira bertemu saya. Dia banyak memberikan pesanan kepada saya,dan mesejnya lebih postif dari pakcik teksi yang sedikit kurang positif. Dia seolah-olah sangat berharap yang saya mampu berjaya dan menabur bakti kepadanya satu masa nanti,tatkala dia sudah pakai tongkat utk berjalan barangkali.
Akhirnya,saya tiba diperkarangan rumah. Melihat kos,kira2 RM4.00. Saya mula keluarkan dompet,tapi dengan pantas pakcik penumpang teksi ni menahan,seraya menawarkan utk membayar kos itu,alhamdulillah. Suka rasanye hati ni. Murah rezki malam ni. Dengan wajah girang, saya bersalaman dengan pakcik dua orang yang menumpang itu,sambil pakcik ni berpesan belajar betul2 dan nnt balik la Malaysia tolong pakcik ni.
Bila melewati teksi itu yang akan ke PWTC ntok hantar pakcik2 ni. Saya terkedu dan terharu. Betapa besarnya harapan mereka, yang setiap tahun membayar cukai, dan disalurkan wang titik peluh mereka utk menaja anak2 bangsa utk sambung belajar. Harapan mereka tinggi menggunung. Mengenangkan kata2 nya itu,saya sangat terkesan didalam hati. Malang sekali saya tidak berkesempatan utk mengenal pakcik ni dengan lebih dekat. Cuma bila saya terbayang harapannya,saya percaya itulah harapan bangsa terhadap anak-anak muda spt kami,yang ditaja dengan duit rakyat,utk kembali satu hari nanti dan berbakti pada mereka.
Saya cuba utk tidak persiakan harapan kalian. Amanah ini akan kujunjung tinggi. Doakan kejayaaku...
Sungguh,semuanya berlaku kurang dari 10 minit,dari saat saya menaiki teksi itu. tetapi saya pelajari sesuatu yang mungkin akan saya ingati selamanya. Bukan usul belajar diluar negara yang saya bangkitkan,tetapi harapan mereka kepada mereka,suatu amanah besar yang pelru dilaksanakan.
My LiveStatus.
18 July 2011
Takdir,suratan,nikmat atau ujian?
Allah takkan uji kita lebih dari kadar kemampuan kita. apa
tafsirannya? Allah akan uji bila Dia mahu berikan kekuatan. Mampu dan
Kekuatan. Itulah dua kunci utama apabila Allah SWT mahu memberikan
sebarang ujian. Saya masih kadangkala kurang mengerti tatkala frasa itu
menerjah minda untuk mengasak pemikiran ketika itu.
Setelah saya perhatikan dari sebahagian sudut, saya ternampak sesuatu yang menarik dalam siri ujian yang Allah timpakan buat kita hambaNya.
Allah menguji ‘kemampuan’ kita itu dalam konteks KELEBIHAN yang kita ada.
Teringat saya pada kisah Nabi Yusuf a.s, Allah mengurniakan baginda dengan ketampanan rupa paras yang sangat luar biasa. Lalu, baginda diuji dengan fitnah dari Zulaikha ketika itu. Gara-gara apa? Bukankah semuanya kerana ketampanannya?
Lihat pula kisah Muhammad Rasulullah SAW, saya paling tertarik untuk menyerlahkan peribadi baginda yang sangat dipercayai oleh seluruh masyarakat Arab Mekah ketika itu sebelum Baginda membawa sinar Islam. Namun apabila
Rasulullah telah diperintahkan untuk menybarluaskan Islam ketika itu, Nabi dituduh sebagai pendusta. Ke mana hilangnya gelaran al-Amin yang didukung oleh mereka terhadap nabi sebelum ini?
Lihat, Allah itu tidak pernah kejam apabila menguji hambaNya. Kadar kemampuan kita sendiri yang diuji itu adalah melalui kekuatan kita. Hanya sisi kekuatan kita yang kerap teruji! Jadi mengapa keluhan berat harus dilepaskan tatkala berdepan dengan sesuatu mehnah ujian? Kekuatan yang teruji itu mahu menutupi ruang kelemahan sekaligus memperkuat apa yang kita tidak pernah sangkakan terjadi dalam hidup kita.
Apabila mengharungi ujian, Dia titipkan bersama kekuatan. Sehinggakan kita tidak pernah sedar bahawa kita telah berjaya mengharunginya, sedangkan kekuatan itu muncul entah dari mana. Ujian untuk melahirkan kesyukuran, menikmati setiap inci kurniaan yang telah diberikan dan sejauh mana kita mampu untuk bertahan dan menggunakannya supaya tidak pernah kita merasa keluh-kesah dengan ujian tersebut.
Kepandaian? itu suatu ujian. barangkali juga suatu nikmat. pilhan terletak pada tuan empunya diri, sama ada mahu mengklasifikasi itu nikmat ataupun ujian. kepandaian itu boleh menjadi nikmat dan kelebihan seseorang. namun kekuatan dan kelebihan itu bisa juga teruji bila-bila masa. Saat itu, nikmat tadi telah bertukar menjadi ujian. Pandai tidak selamanya menjadi hak hakiki anda andai suatu hari nikmat itu boleh diambil semula bila-bila masa.
Apabila sesuatu yang kita rancangkan tidak menjadi, tiada juga sebarang petanda untuk keluar dari sebarang masalah yang mendatang barangkali sudut ini seringkali buat kita terlepas pandang. Pernahkah kita terasa begitu teruja untuk mengetahui ‘perancangan’ Allah buat kita apabila rancangan yang kita rencanakan itu sudah beralih? Ini juga satu ujian.
Kebanyakan daripada kita enggan ‘berganjak’ dari jalan yang sudah kita mahukan, hingga terlupa laluan alternatif lain yang Allah sudah sediakan buat kita. Kita ‘terlupa’ seketika kenyataan bahawa Dialah sebaik-baik perancang buat kita. Kita terlalu sedih apabila rancangan itu tidak menjadi, hingga mengabaikan kunci utama dalam mengharung ujian iaitu terus tetap berusaha tidak kiralah sama ada imbalannya itu sama seperti bentuk yang kita harapkan ataupun ianya datang dari arah ataupun bentuk yang lain. Namun satu yang tetap pasti, Allah tidak pernah gagal memberikan senyuman kepada kita meskipun mengharung ujian itu sesuatu yang mungkin lebih sukar dari apa yang disangka.
Ujian itu peningkat darjat. Analogi mudah seperti seorang murid yang menduduki ujian untuk menilai prestasi dirinya, untuk melayakkan dia melangkah ke tingkat seterusnya dalam proses pembelajaran. Begitu jugalah kita. Ujian itu perlu untuk menilai prestasi iman dalam diri kita, tiket wajib sebelum memasuki fasa hidup yang lebih sukar dan mencabar dalam hidup. Hidup ini adalah madrasah untuk belajar dan mencari ilmu untuk memperkukuhkan ketahanan diri dalam mempersiapkan hati yang cekal dan benar-benar layak sebelum dikira sebagai sebahagian daripada kalangan hamba yang beriman.
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Al-Ankabut : 2)
“ Jangan pernah bersedih apabila ditimpakan dengan sesuatu ujian kerana demikianlah hidup ini diciptakan… - Imam As-Syafie.
p/s: Nukilan asal saudari Khairun Nurlisa Kamal dan dikongsi atas kebenaran penerbit,atas niat dakwah,insya'allah.

17 July 2011
Poster design lagi!
Hai dan salam! Well,ni kali kedua lak aku main design2 sebab bosan cuti,dan kali ni aku cuba try test ikut style most Nikefootball Malaysia nye design. Dulu kalau tak silap aku,banyak poster bola malaysia yang nike design. Tapi bila bola malaysia da femes,takde lak poster mahupun design dr Nike yang keluar.
Takpe,citer lama. Btw,kali ni order yang sama dari saudara kita kat Merbok,dan kali ni aku cuba gunakan tema yellow n black,sebab dua kaler ni mampu jelmakan warna dan kombinasi yang menarik. Tema ala2 kena cop juga diterapkan dan nampak la poster yang agak2....boleh tahan la. Puas ati gak la sebab aku nampak kemajuan dlm usaha aku. LOL,haha.
Disebabkan kekurangan sumber,dan mende yang aku nak letak,maka macam biasa penaja olok2 mula la diletakkan. Dan juga muka aidil tu,saje je bubuh. *okay Nike ppl,jgn saman aku kalau korg nmpk post ni*
Tapi setelah mendengar keluhan dari orang yang mintak design serta saranan dari kwn2 supaya aku tak kena saman,so ni la design final. :)
So,till then! Salam~

Subscribe to:
Posts (Atom)