My LiveStatus.

28 July 2011

Wanita,kenapa lelaki gemar melihat kalian?

Artikel ini mungkin pernah kalian baca. Tetapi isiannye sangat memikat hati,terkesan dalam sanubari. Renunglah,dan wanita,janganlah kalian bangga dan tayangkan anugerah Allah yang hanya yang halal saja layak menikmati. Jangan pernah biar ia dinikmati percuma oleh mereka yang bukan halal bagimu.

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. 

Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan.

Dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. 

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

27 July 2011

experience in JOM 2011.

Salam dan hai! well kawan2,as akua de brape bulan je lagi aku dok kat Malaysia ni, last weekend aku berkesempatan join kem predeparture ke Ireland dan UK, anjuran IKRAM UK & Eire and dengan kerjasama BTN. At first aku pergi just sebab nak amek la ilmu2 sket buat bekal nak fly kesana. tapi apa yang aku dapat,lebih dari apa yang aku expect.

I wud say,it's beyond my personal expectation.

mula2 bila aku baca yang kem ni offer free ntok semuanye including transportation,makan n penginapan,ingatkan la kem ni sekadar biasa2 je. Rupanye bila aku da masuk kat kem itu,subhanallah...sgt la awesome! Dah la buat kat kem BTN yang fasilitinye sume lengkap dan memuaskan ntok kem,kat bukit lak tu. Kali ni JOM 2011 dianjurkan kat Kem BTN Ulu Sepri,Rembau. Memang mantap la,sebab ade bukit bukau,dingin je kalau malam,haha.

bergambar kat depan kem ni.
itu baru citer pasal tempat. okay,mula2 cmni. aku bertolak dari rumah rite after smyg jumaat kat rumah,terus rushing ke KL sentral sebab pihak penganjur ade ckp,gather kat situ ntok amek transport ke sana. so bila sampai kat sana,maka dipertemukanlah aku ngan ramai gile dak2 yang nak pegi JOM skali,n aku tengok da macam student gather kat airport,tggu masa nak fly je. haha. KL sentral tu pon ade la rupa mcm airport sket. ok,then bila semua da gather,kitorg pon jalan la ke sana. perjalanan ke sana dari KL da memadai la nak jadik musafir.

sampai je kat sana da lewat gak,dekat pkul 7. lepas siap check in,register n kemas barang,kitorg solat jamak qasar berjemaah dan malam tu bermula program. masa majlis pembukaan tu,diorg (pihak penganjur) bagi syarat2 mcm biasa la,ala2 kem BTN. dah tmpat pn kat kem BTN kan? tapi yang paling tertarik,aku suka satu syarat kem ni..

"tak dibenarkan sape2 dalam kem ni menunjukkan kemurungan,kne ceria setiap masa...." abg kem komandan,Muzal.

da la ckp cmtu ngan gaya serius,siyes aku rasa klaka n nak tergelak. oh ya,ade dalam 300++ gak la yang join. ade yang dari UniKL,INTEC,KYUEM,KTJ dan byk lg la institutsi slain dari KMB je. aku rasa best sebab banyak la org yg aku kenal dari kem ni. dari cambridge,imperial, southampton,manchester,dublin n byk la lagi. semua ade kelebihan dan keunikan masing2. dan maybe tu la yang buatkan kem ni agak seronok.

kelihatan mereka2 beramah mesra lepas kemas bilik. duduk dorm ngan kipas atas kpala.
so overall malam first tu just lebih kpd pengenalan program dan suai kenal la ngan yang lain2,mcm abg fasilitator. Oh ya,fasilitator program ni adelah abg n kakak senior yang da lama kat sana. and, malam tu gak kitorg da berjamu dengan BBQ yang superb n membuatkan kitorg jadi leka makan smpai knyg gile tak ingat. -___-"

cmni la makannye. dalam tray,tapi lauk sume memang alhamdulillah,mantap~
okay,menjelang hari esok,kitorg mulakan pagi tu dengan senaman ringan dan aktiviti sukan2 ukhuwah. aku bagi nama sukan ukhuwah coz sukan ni gatherkan korg ngan dak2 kolej lain,dan bila korg together as a team dlm games ni,korg akan jadi baik sgt ngan diorg,bond memang mula terjalin la. diorg sgt best anyway. hehe. Macam2 game,siap angkat org la,buat menara manusia la,main bola baling la. huuuh,memang kepuasan la. then,mula la pulak sesi perkongsian ilmu dengan penceramah jemputan pertama.

cmni la gaya masa perkongsian tu,hahah. muka sume fokus je.
Perkongsian ilmu yg pertama ni dari Ustaz Zainal Adidin yang diterbangkan khas dari Yaman. Muka nmpk je tegas tapi dia ni sorg yang kool n smgt gak bg ceramah dan pengisian kat kitorg,hahah. Btw,mainly slot ni bertajuk "Fiqh Traveller" dan tajuk pengisian tu sendiri da memberitau kita ape pengisian yang disampaikan.

Banyak sangat yang aku belajar dlm slot figh pengembara ni. As ramai yang mintak aku share,so boleh je tengok kat sini,aky tulis apa yang aku catat,k? :)

  • Jamak boleh je kalau nak buat selain masa musafir. Ade beberapa sebab yag menggalakkan rukhsah solat ni jatuh ke atas umat islam, seperti bila ade kecemasan yang boleh mendatangkan musibah lebih besar jika solat dilaksanakan (macam masa surgeon bedah org,takkan nak tinggl kan? mati la patient. XD ), pada waktu hujan (dgn syarat buat kat masjid scr berjemaah,atas reason payah nak gerak time2 ujan) dan juga masa sakit (alasan? boleh rehat masa sakit)
  • Qasar je yang boleh buat masa musafir. Jamak tu bebila bole buat (and now I know~)
  • Kalau kita naik flight and nak solat,nak ikut waktu solat mana? Haa..ikut waktu tempatan,tempat kite bertolak.
  • Bertayamum boleh gna apa juga jenis debu yang diyakini bersih. Kalau delam flight,memadai la (ni kalau takde air) dengan tepuk kwsn tempat duduk (amek debu sket) dan bertayamum je.
  • Waktu nak start solat (takbiratul ihram saje) yang WAJIB hadap kiblat. Pastu just solat terus,tak kisah ngadap mana (ni kes pesawat tukar arah)
  • Rukhsah khuf (sapu air keatas stokin yang tebal dan tak berlubang) keatas musafirin selama 3 hari dan sehari saja buat yg tak bermusafiir (musim sejuk jadi sebab kenapa still pakai law of khuf ni,sejuk nak wudhu)
  • Kiblat sebenarnye memadai dengan mengahdap tanah haram. Tak la exact ke kaabah. (payah nak tepat!)
  • Sebarang mnde haram yang berubah bentuk fizikal (lemak babi > proses kimia > bahan kimia) menjadi bahan baru lantas hukum yang baru yakni halal. Rujuk artikel fiqh utk penjelasan.
  • Salam dibenarkan kecuali dengan niat bernafsu syahwat (kalau cmni,kes takleh elak nk kne salam lain jantina)
  • Baginda menyebut dalam hadis cuma air liur anjing yang disamak sebanyak 7 kali. Lain2 bahagian anjing jatuh dalam najis mutawassitah.
  • Boleh memakan sembelihan ahli kitab (jews especially sebab diorg still practise sembelihan) dan ahli kitab ni menganut agama yang asalnye dari allah dan hukum dari allah meski sudah terseleweng.
So ni adelah summarise dari apa yang aku catat. Dalilnye ade sekali,jangan risau,cuma blom nak tulis lagi,hehe. So slot ni berlanjutan selama 2 jam dan sangat best,sebab banyak sgt explain segala kekeliruan. Mazhab dan sebagainya,memang byk dipelajari.

Sesi LDK lepas dengar ceramah tu.
Petang tu lak kitorg diserikan dengan game explorace+kembara hutan+jungle trekking. Yang ni aku paling suka,memang puas bila aku dapat completekan mende tu, dan siap dapat solat dalam hutan. Bila aku da complete sume aktiviti ni,aku still tak paham nape aku muntah kat trek Broga,padahal trek ni lagi mencabar. Huu,fobia tol broga tu. Nk tgk gmbrnye? Ade dalam video yang aku letak kat bawah nnt.

Malam tu lak ade slot ceramah lagi,dan kali ni bkn calang2 orang yang bagi. Seorang lelaki yang namanye digeruni di University of Oxford. Oxford tu sendiri org da gerun nak dengar,lagi la dia ni digeruni dgn kehebatannye kat sana. Prof Mohd Zaini,twice jadi fellow kat Oxford,hadir dan berkongsi pengalamannye dari dia belajar physics kat US sampai la sekarang. Overall,seronok dan first time aku langsung tak ngantok sebab terlalu teruja dgr ceramah dia. :)

Abes je ceramah malam tu,kitorg main game macam2,game ukhuwah lagi la,hehe. Sampai pecah2 tingkap cermin sume. Memamng ganas dan malam tu aku main sampai berpeluh2 and kena mandi lagi sekali malam tu,huu~. Malam tu tak tido awal sebab seronok sangat habiskan ayam BBQ n nasi goreng yang muslimat tak abes makan malam tu. :P

Sok paginye,pagi yang terakhir adelah sesi ceramah gak. Cuma pagi tu di pihak muslimin,kitorg diajak ntok senam pagi bersama uncle JPAM. Eh,silap...pakcik BTN. Senaman BTN dan larian setempat BTN,sebijik mcm pakcik Sani yang latih kitorg kat kem BTN Kuartes KLIA. hahah. Ceramah pagi tu bersama encik Shamsul,bekas pelajar negara. Sama macam semalam,tentang dunia oversea. Tu je. :P

Agak2 penat dgr ceramah,amek gmbr ngan fasi and model yg blakon dlm trailer promo JOM
So bila da tamat sesi perkongsian,tibalah saat yang paling aku tak tunggu,sesi closing ceremony. Alaa~ dah abes ke JOM ni? pergh.. So,majlis perkongsian ni berlangsung dan byk la sgt ucapan dia. Tapi aku pon amek port gak,bila dia tnye comment dari peserta,aku yang first pergi. Aku pon tak tau amende yang aku ckp kat mic tu masa sesi mengomen tu. 

Sesi penutup JOM. Abg komandan, Muzal sdg ckp ape ntah,lupa da.
So bila berakhir sume tu,maka officially this program has come to its end. Abes suda,huu. Kemas2 barang,kami semua pon berpelukan la,amek nombor (dak laki je,aku tak usha lain,haha) dan sempat la kitorg ucap slmt berjaya kpd kwn2 INTEC,KYUEM,dan lain2 yang akan amek result A-Level diorg 11 Ogos ni. Kitorg balik semula ke KL sentral dgn bas dan sebelum balik tu,aku sempat la gak lepak makan McD ngan member jap. Tak puas makan BBQ lg ke kat JOM? XD.

So,overall program ni,aku rasa kalau aku tak pergi,memang silap besar la. Banyak mende yang aku belajar dan dapat dari program ni. Tak lupa kwn2,seniors yang sporting,sayang u all,dan sape2 nak ilmu tambahan tentang persiapan fiqh dan ilmu agama kat luar negara,aku sarankan boleh la korg baca buku ni:

Harga? RM 19.00 je,tapi sgt berguna.
So,itu saje ntok edisi kali ni,sebelum aku akhiri karangan panjang lebar,memoir aku kat sana,ade satu video yang korg leh tengok,nto dapatkan gambaran lebih jelas cmne program tu,macam aktiviti jungle trekking dan solat dalam hutan,dan ukhuwah games. K,semoga berjumpa lagi,salam! :)

Lagu tema JOM 2011,Titik Ajaib. :)

26 July 2011

Blog designing~

Salam. Hai korang! Haha...arini aku saje je nak update psl design yang aku baru buat. Lepas aku abes kontrak ngan aku nye klien aritu,Adri dan MRSM Merbok Alumni,aku terus le mendesign,rasa gian lak. haha. Kali ni aku dapat order dari sorg junior ntok design blog dia from start gak. Dan aku mula try cmne nak letak header n alhamdulillah,header yang aq design integrate ngan baik ngan blog tu. :)

Blog yang dah di design
So,ni la blognye,so sape2 yang rasa nak berkunjung bley la try link ni. http://lovesymphonykmb.blogspot.com. Actually ni blog dari Love Symphony Project,kumpulan humanitarian project kat KMB yang dulu aku join,tp skrg adik aku lak yang pegang. Huu. So,tu jela. Sape2 rasa nak design,bleh kot cntct aku..insya'allah kalau ade kelapangan aku buat,k? Salam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...