My LiveStatus.

13 December 2010

Travel Diary : Day 1 & 2

Assalamualaikum and hye to evryone! Well,as i tell u in previous post, aku akan travel mcm ape yang aku plan and alhamdulillah,lepas berbincang ngan kawan-kawan yang akan join trip ni.. (Fazmi,Acap,Anep,Faka,Ju and Amir) so kami mulakan trip kami dengan bermula dari Bukit Jalil. Well,trip ni bermula masalah cket sebab sorg member dalam plan trip ni terlepas bas dari Bukit Jalil sebab.. tak tau,macam sebab salah urus masa dia (time management) tapi maybe gak on the event of Jom Heboh kat Std Bkt Jalil, so dia tersekat kat situ,kesian diucapkan kepada beliau,haha.

Trip ni bermula dengan perjalanan ke Iph dulu,sebab tiket dah beli ke Ipoh ngan naik bas,tapi kalau kitorg tau kat Manjung pon ade stesen,takde la berhenti ke Ipoh je. Sebab tak tau,da jadi dua mende nak kena beli tiket ke Manjung lak lepas kitorg sampai kat Ipoh. Takpe, kira macam Amazing Race gak la,berkejaran nak sampai final destination kitorang kat Manjung, Perak. Oh ya, perhentian pertama yang akan menjadi rumah singgahsana kami di percutian ini ialah Rumah Fazmi, kat Sri Manjung,Perak. Kira selesa la rumah beliau,dan sangat lebih dari cukup buat kami berlapan semua. Setibanya di rumah beliau selepas 7 jam perjalanan, kami selamat tiba. Selepas selesai membersihkan diri dan solat jamak, kami terlena dan ade antara kami yang berhajat utk ke mamak untuk menonton Man Utd vs Arsenal punye match, dan beberapa insiden berlaku pada malam itu selepas mereka mengetahui hakikat yang match Man Utd ditunda lagi, iaitu tak tido satu malam dan layan game sampai ke pagi. Aku punye la tertidur dari awal malam lagi,bagus tol aku~

Keesokan harinya; Jam 0800.

Kami bermula untuk perjalanan kami ke Pulau Pangkor seawal jam 9 pagi dan untuk kesana hanya mengambil beberapa minit saja. Dan pada jam 9.15  pagi, kami tiba di jeti Pangkor dan bersiap untuk menaiki bot untuk kesana.

Saye bersama salah seorang rakan. 

Dalam proses nak collect duit and susun perjalanan. 

Tiket untuk ke Pangkor (pergi dan balik)

Dan selepas selesai dengan urusan tiket, kami mula bergerak dan setibanya disana, kami terus bergerak ke destinasi percutian kami dan salah seorang rakan yang turut menyertai trip ni, Hanif (bukan nama sebenar) telah menyusun segalanya dan kami akan menikmati bayu laut dan perjalanan menaiki bot disekitar Pangkor dengan khidamt tourist guider. Kos keseluruhan? Hanya RM 130,dan kira-kira dalam RM 10 seorang sahaja. 

 Bergambar dihadapan pintu masuk resort aktiviti kami

 Dengan wajah excited sebelum aktiviti bermula

Bersama bot yang bakal kami naiki untuk sightseeing

Keindahan dan kejernihan pantai yang memukau pandangan kami

Kenang-kenangan bersama semua yang menyertai trip ini.

Dalam keriangan ni,kami telah lakukan banyak aktiviti bersama seperti berenang, main jetski (thanx to Hanif sebab mandu macam nak bunuh aku) dan juga banyak lagi. tapi antara yang tak dapat aku lupakan,ialah menikmati pemandangan pantai yang sangat bersih dan memukau pandangan. Tak tau lak kat Pangkor pon ade pantai yang sangat cantik,malah kami sempat bermandi di permukaan pantai yang sangat memukau pandangan ni. Alhamdulillah,Maha Suci Engkau yang menciptakan keindahan ini. Aku seolah-olah terpukau dan aku tak pernah terpukau dengan alam macam ni,sebelum ni.

Bila dah habis menikmati pandangan disekitar pulau, kami melayan karenah anak-anak diri kami dengan macam-macam, seperti main pasir, timbus kawan dan sebagainya. Lepas bermakan tengah hari dan jetskiing, kami pulang dan memang penat, tapi ianya ibarat satu pengalaman yang sangat berharga~

Baru lepas main korek pasir,ape kene ntah~

Mandi-manda..half naked?

Antara mende merepek yang kami lakukan~

Dan balik-balik rumah,sume terkorban dengan tido dan dengo kate nak join tgk bola kol 4,tak tau la jadik ke tak..so,sok lak...Tambun,Perak~

10 December 2010

It's travelling time!

Ye, aq tau yang aku da lama sangat tak update blog ni
sian blog ni,kalau la blog ni sebuah objek 
dalam dunia realiti, nescaya beliau akan berhabuk
dan macam biasa, masa cuti panjang ni je la aku ada masa
nak belek-belek sikit blog ni
and update apa yang patut,huhu~
well, actuaally takde ape sgt la yang menarik
minggu ni,abes je examination sem 3
aku terus ngan plan aku
ntok travel spanjang cutui ni
and hari selasa (sehari pas kluar KMB)
aku terus packing barang n bgerak ke Ipoh
ntok holiday ngan famili
and destinasi kitorang yang paling utama~ 
Lost World of Tambun, Ipoh..huhu
da berapa kali aku jejak kaki ku kat Tambun
tapi baru ni la sekali aku nak merasa mandi kat sana
dengar kata macam mahal
aku mati-mati ingat macam tak berbaloi
tapi lepas berabis keringat mandi macam tak ingat dunia kat sana
baru la aku rasa sangat-sangat puas hati
and kalau boleh nak kerja terus kat situ
so that boleh la aku mandi free setiap hari kat situ
sumpah best! haha
and mcm biasa gak,sebab da byk kali aku pergi Tambun
so aku kena la jadi Tourist Guider percuma buat famili aku
and puas la berjalan, even tiga hari je..
dan kini, aku baru ada masa nak berehat kat rumah dalam dua hari
nanti hari Ahad, aku dah keluar lagi dari rumah
sebab nak join trip Perak ngan classmate aku
dari Ahad sampai ujung minggu rasanya, bergantung la kepada plan
sebab hari pertama tu nak port umah Fazmi
soknye nak pergi Pangkor
lusanye nak pergi Tambun
tulatnye nak pergi Penang
tunngingnya nak pergi Kedah
(ape dah tak tau)nye nak pergi Perlis
then baru balik..memang superb la plan
tak tau la larat ke tak,haha..
so,doakan la aku selamat berjalan dan kembali ke rumah semula
utk siapkan IA ITGS, EE Chem n TOK Essay aku
yang utk ke sekalian final draftnye~
so far,sebab aku banyak travel,so aku proceed ngan baca novel-novel
yang cikgu dah 'hadiah'kan ntok aku
and tak lupa,hafazan ntok sem 4
surah 78 sampai surah 92...
aku rasa ni la masa terbaik ntok aku wat hafazan
senang nak menghafaz time-time lapang ni..
ok,till then! doakan perjalanan aku! ^^

04 October 2010

Tinggal Solat Dosanya Lebih Besar Dari Zina!

Kelihatan seorang wanita ayu jalan terhuyung hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.

Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.
Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam.
Apabila terdengar ucapan 'silakan masuk' dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.
Air matanya berderai ketika dia berkata: "Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,"
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya," jawab wanita cantik itu. "Katakanlah, jangan ragu-ragu," desak Nabi Musa.
Lalu wanita itu memulakan cerita, "Saya... telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.
Perempuan itu meneruskan, "Dari penzinaan itu, saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati," cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.
Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, "Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh.
Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan.
Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.
Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?"
Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" tanya Nabi Musa kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
"Ada," jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa lagi.
"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina."
Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula.
Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya.
Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya.
Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.

'Solat Itu Tiang Agama' dan itulah yang diterapkan kepada kita sejak azali, meninggalkan solat diibaratkan meruntuhkan agamanya.
Tidakkah kita sedar berapa banyaknya waktu telah kita tinggalkan? Hari ini? Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Bulan lelps? atau tahun lepas?.
Sesungguh besarnya dosa meninggalkan solat tetapi ia bukanlah tiket untuk kita menghampiri zina.
Maka penuhilah tanggungjawab ibadah solatmu sebaiknya. Buat para ibu bapa turutilah saranan Rasulullah S.A.W dalam mendidik anak-anakmu.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka (bila tidak mu) pada usia 10 tahun dan pisahkan mereka ditempat-tempat tidur". - HR. Ahmad dan Abu Dawud

Kredit:iluvislam.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...