My LiveStatus.

07 September 2011

Apa yang aku baca dalam solat ni??

Masa kecik2 dlu,aku masuk kat skola agama. Tp sebelum tu masuk kelas KAFA dlu,sbb sistem pendidikan agama di Johor cmtu la. Mula-mula amek KAFA dlu dua taun,then sambung 6 tahun Sekolah Agama,then amek Darjah Khas. Aku tak abes la smpi darjah khas malangnya,sebab aku da masuk boarding school.

Okay,tu psl sistem. Mostly antara kita,semuanye menerima pendidikan awal dalam solat,dari cara nak duduk tahiyat (teringat lak,dlu aku smpi kne rotan ngan cikgu aku kat tapak kaki,sebab tak reti2 nak duduk tahiyat) dan semuanya diajar,sampai la bab nak hafal doa qunut. Alhamdulillah,dalam usia yang muda (8 taun) dapat gak aku tunaikan solat dengan asas yang baik,ihsan dari ustazah dan mak ayah yang didik,dan terapkan budaya ni dlm hidup aku. Bersyukur seketika,selamanya,tak ramai yang dikurniakan nikmat seperti yang aku perolehi. 

Bila da besar,mula kita pelajari solat-solat sunat dan amalkannya. Aku masih ingat,sejak aku masuk sekolah menengah,alhamdulillah begitu baik terapan nilai solatnya. Aku mula diajar apa itu solat rawatib,solat hajat,solat taubat dan solat tasbih,serta qiammullail. AKu mula ligat amalkan bersama rakan-rakan. Seronok berjamaan dan bersolat sunat dengan kalian.  

Namun bila semakin banyak aku belajar tentang apa solat yang boleh kita buat,aku rasa aku tertinggal sesuatu. Aku mengerjakan solat dan apabila didedahkan dengan solat sunat,aku hanya menurut. Bacaan arab yang panjang,aku hafaz dan amalkan. Namun aku tertanya.apa sebenarnya yang aku baca ni? Aku asyik ikut,tapi aku faham ke apa yang aku baca?


Doa qunut ni yang payah2 aku hafal mse kat skola ni,apa maksudnya? Apa yang terkandung dalamnye? Tasbih ke? Doa ke? Ayat quran ke? Ke takde maksud?


Persoalan itu terus tergantung,bertahun lamanya. Sampai la pada satu malam,di Kolej MARA Banting..


Kami didatangi penceramah. Maaf,da lupa namanya. Tapi ajarannya yang beliau bawa pada malam itu menjawab persoalan ku selama ini. Tajuknya simple,pasal solat. Bila melihat tajuknye,tergetus dalam hati kecilku,"lame nye tajuk ni.." tapi...sapa tau,berbeza sungguh dengan apa yang aku banyak dengar sebelum ni..


Dia mendedahkah satu persatu perkara yang membuat aku kagum,bacaan2 dalam solat itu,jika dihayati maksudnya,sangat berkesan. 

Berkesan dari segi apa? Dari segi kekhusukkan,kerana sejak doa iftitah,dalam bacaan kita telah berikrar bahawa aku hadapkan wajahku kpd Yang Maha Pencipta,da Solat kita hanya utknya.


Berkesan dari segi memohon hajat,kerana dalam sujud dan duduk antara dua sujud,dalam bacaan,kita telah berdoa sebenarnya (yess,now i knowww). Apa doanya? Ampunilah Aku, Kasihanilah Aku, Cukupkanlah ( Kekurangan )-Ku, Angkatlah ( Darjat )-Ku, Berilah Aku Rezeki, Berilah Aku Petunjuk, Berilah Aku Kesihatan Dan Maafkanlah ( Kesalahan )-Ku. Ya Allah! Andai aku membaca bacaan itu dengan sepenuh hati memahaminya,bukankah hati ini akan menangis terharu dalam sujudnya? Kenapa la selama ni aku tak nak amek tau ape yang aku baca? Ruginye!

Berkesan dari segi kesetiaan. Kenapa? Sebab banyak ikrar kita kepada Allah dalam setiap bacaan tu. Namun dok2 cakap setia kat tuhan tu,masih gatal lg nak buat dosa,dengar fitnah,lihat maksiat. Apekah?

Dan apa yang paling aku suka dgr malam tu,ustaz dia cakap.."Insya'allah jika tiap bacaan ni,maksudnya kuta fahamkan dan hafalkan,insya'allah solat kita akn berbeza,lebih khusysuk dan pemikiran kita tak melayang fikir psl mende lain. Percayalah. Tak caya cakpap ustaz ni? Pergi try sendiri."


Aku try sndiri dan alhamdulillah. Betul rupanya. Aku bersyukur sebab Allah izinkan aku mendapat nikmat ni. SEBELUM TERLAMBAT. Ye,sebelum terlambat. 


Tapi apa maksudnye sume bacaan tu? Mari kita hafalkan,ade dibawah ni,hasil share dari FB,demi manfaat bersama. :)

DOA IFTITAH

Allah Maha Besar, Maha Sempurna Kebesaran-Nya. Segala Puji Bagi Allah, Pujian Yang Sebanyak-Banyaknya. Dan Maha Suci Allah Sepanjang Pagi Dan Petang.

Kuhadapkan Wajahku Kepada Zat Yang Telah Menciptakan Langit Dan Bumi Dengan Penuh Ketulusan Dan Kepasrahan Dan Aku Bukanlah Termasuk Orang-Orang Yang Musyrik.

Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku Dan Matiku Semuanya Untuk Allah, Penguasa Alam Semesta.

Tidak Ada Sekutu Bagi-Nya Dan Dengan Demikianlah Aku Diperintahkan Dan Aku Termasuk Orang-Orang Islam.

AL-FATIHAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai Hari Pembalasan.
Hanya Kepada-Mu lah Aku Menyembah Dan Hanya Kepada-Mu lah Aku Memohon Pertolongan.
Tunjuklah Kami Jalan Yang Lurus.
Iaitu Jalan Golongan Yang Telah Kau Berikan Nikmat, Bukan Jalan Golongan Yang Kau Murkai Dan Bukan Pula Jalan Golongan Yang Sesat.

RUKU’

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung Dan Dengan Memuji-Nya.

I’TIDAL

Semoga Allah Mendengar ( Menerima ) Pujian Orang Yang Memuji-Nya ( Dan Membalasnya ).

Wahai Tuhan Kami ! Hanya Untuk-Mu lah Segala Puji, Sekalian Langit Dan Bumi Dan Sekalian Perkara Yang Kau Kehendaki Sesudahnya.

SUJUD

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi Dan Dengan Memuji-Nya.

DUDUK DIANTARA DUA SUJUD

Ya Tuhanku ! Ampunilah Aku, Kasihanilah Aku, Cukupkanlah ( Kekurangan )-Ku, Angkatlah ( Darjat )-Ku, Berilah Aku Rezeki, Berilah Aku Petunjuk, Berilah Aku Kesihatan Dan Maafkanlah ( Kesalahan )-Ku.

TASYAHUD/TAHIYYAT AWAL

Segala Kehormatan, Keberkahan, Rahmat Dan Kebaikan Adalah Milik Allah.
Semoga Keselamatan, Rahmat Allah Dan Berkah-Nya ( Tetap Dicurahkan ) Atas Mu, Wahai Nabi.
Semoga Keselamatan ( Tetap Dilimpahkan ) Atas Kami Dan Atas Hamba-Hamba Allah Yang Soleh.
Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Selain Allah. Dan Aku Bersaksi Bahwa Muhammad Adalah Utusan Allah.
Wahai Allah ! Limpahkanlah Rahmat Kepada Penghulu Kami, Nabi Muhammad !.

TASYAHUD/TAHIYYAT AKHIR

Segala Kehormatan, Keberkahan, Rahmat Dan Kebaikan Adalah Milik Allah.
Semoga Keselamatan, Rahmat Allah Dan Berkah-Nya ( Tetap Dicurahkan ) Atas Mu, Wahai Nabi.
Semoga Keselamatan ( Tetap Dilimpahkan ) Atas Kami Dan Atas Hamba-Hamba Allah Yang Soleh.
Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Selain Allah. Dan Aku Bersaksi Bahwa Muhammad Adalah Utusan Allah.
Wahai Allah ! Limpahkanlah Rahmat Kepada Penghulu Kami, Nabi Muhammad Dan Kepada Keluarga Penghulu Kami Nabi Muhammad.
Sebagaimana Telah Engkau Limpahkan Rahmat Kepada Penghulu Kami, Nabi Ibrahim Dan Kepada Keluarganya.
Dan Limpahkanlah Berkah Kepada Penghulu Kami, Nabi Muhammad Dan Kepada Keluarganya.
Sebagaimana Telah Engkau Limpahkan Berkah Kepada Penghulu Kami, Nabi Ibrahim Dan Kepada Keluarganya.
Sungguh Di Alam Semesta Ini, Engkau Maha Terpuji Lagi Maha Mulia. Wahai Zat Yang Menggerakkan Hati. Tetapkanlah Hatiku Pada Agama-Mu.

Alhamdulillah,marilah sama-sama kita amalkan,dan sebarkan. :) Semoga tatkala ditanya apakah dakwah yang perna kita taburkan kepada saudara seislam diakhirat kelak,kita punya bekal nak menjawab,insya'allah. Salam! :)

6 comments:

Adib Safwan said...

Aku nak bookmark post ni boleh tak? sgt membantu aku, sbb mmg tgh cari tp tak jumpa2.
Btw, ko amek dari mana ni? Bukan Googlr translte atau ko translte sendiri kan?

+firdausmatnoh+ said...

aku izinkan. kalau tak keberatan,share n spread la solo. aku okay je. btw ni pn share dr org lain. aku ade bukunye tp kat amir rosli.

fy said...

sgt berguna nak mohon share :)

+firdausmatnoh+ said...

silakan...:)

hafif said...

tahniah...semoga lepas ni solat kita bertambah khusyuk..:)

+firdausmatnoh+ said...

insya'allah. :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...