My LiveStatus.

09 June 2011

Mai makan! Restoran Nasi Lemak City Garden.

Hai dan salam! Dah bosan asyik post psl travel je, and psl gmbr2 je memanjang,aku nak try post psl mende lain pulak. Okay,kali ni aku nak share satu port dinner yg sgt masyuk n jadik port tetap family aku kalau keluar. Nape best? Banyak la sebab,maybe sebab sistem serving nye yang agak menarik dan cepat,takyah nak tunggu order siap lama2. Maybe ade orang KL yg baca post ni yang familiar ngan tempat ni. So,aku tengah tengok match Johor vs N.Sembilan main futsal,final SUKMA tadi,tetibe je my dad ajak makan luar mlm ni.

Tengah tengok futsal yg berakhir dengan kemenangan Johor. :D
So,aku pon bersiap dan dalam pukul 9,kami bertolak la. Lokasi restoran ni agak dekat dengan rumah aku,ade la dalam 5 kilometer je. Kalau naik LRT pon boleh je dari rumah,tapi since hujan lebat tadi dan satu famili join sekali,so aku pon naik la kereta.

Peta lokasi. *klik kalau tak berapa nak nmpk*
Peta ade aku sediakan kalau2 la korang rasa nak pergi gak. Haa..lokasi restoran ni ialah kat Kampung Baru,dekat sgt dengan masjid Kampung Baru yang sangat popular dengan hidangan bubur lambuknye, yang aku jangka akan kembali mendapat perhatian warga KL lagi dua bulan. Sekarang pon da bulan Rejab,memang dah dekat sangat la. Tu be more exact,dekat sebelah Kelab Sultan Sulaiman. Haa..aku rasa orang KL da tau da kat mana tempat ni. Perjalanan naik kereta dari umah aku ade la mengambil masa dalam 10 minit. Kawasan restoran ni gak dikelilingi dengan sekolah,iaitu SK Kampung Baru and SMK Puteri Wangsa (or ape ntah,tak berapa nak ingat). Takpe,tak penting,ahaa. Selepas 10 minit perjalana,akhirnye aku tiba,disambut dengan hujan renyai....(dekat je padahal).

Entrance kedai makan ni.
Cuba tengok,nama kedai makan tu nasi lemak kan? So,memang tu la menu utamanye,memang nasi lemak je ade. So jangan la gatal2 korang nak order roti canai plak kat sini,mau kena free2 je ngan tokey kedai. Hehe. Dan selain dari itu, antara faktor lain yang buat aku suka lepak sini,ialah senang nak makan,order...nasi lemak da siap2 dibungkus tiga segi (mcm sarapan tu) and korang just amek dulang dan amek la nasik lemak tu brape byk yg korg rasa korang nak makan. Kalau aku,standard 3 bungkus je da kenyang. Tak macam restoran lain yg nk kena order n tggu dekat 30 minit baru makan,yg ni just amek je,n makan terus. Tapi bayar dulu la~

My dad tengah angkat nasi lemak tu. Nampak kn?
Nasi lemaknye pulak saiznye tak la besar mcm saiz nasi lemak yang aku makan time sekolah agama kat johor dulu,besar sampai kalau habis sebungkus,boleh tahan smpi malam. Yang ni kecik je,tengok bawah ni haa.

Comparison ngan jari telunjuk tangan kiri aku. Kecik je nasik nye.
Dan hidangan kat sini tak la pulak makan nasik lemak je semata-mata,ade la lauknye,kira ni la pelengkap hidangan nye. Hahah. Ape lauk yang ada? Lauk standard la utk makan nasik lemak,macam ayam goreng (upin mesti suka) dan sotong sambal,dengan harga yang sangat berpatutan. Hehe,aku ni da macam promoter restoren ni je.

Adik aku dan lauk pauk yang ade dijual sbg pelengkap nasi lemak.

Harga lauk pauk yang ditawarkan pada kadar berpatutan.
So,bila da abes pilih lauk,amek minuman (minuman pon sama konsep ngan amek lauk n nasi lemak,just amek je kat kaunter,or tuang je). So bayar la pastu,eheh. Ni la summary ape yg aku makan malam tadi,kat gambar bawah ni.

Nasi lemak bawah timbunan lauk2.
Seisi keluarga aku sedang mula nak menjamu selera. :D
Kalau nak kira kos,sgt la okay sebab famili aku yang 7 orang (kira 5 dewasa n 2 kanak2 punye hidangan) cuma dlm RM 30. Kat KL,tu kira okeh la kalau nak buat port regular dinner,sebab murah. Kualiti lak memang takleh cakap la,memang sedap and sambal dia manis n tak pedas sgt. Nasik nye tak la lemak sangat,so jangan risau lak badan korg naik mcm kena pam kalau selalu makan kat sini. Heheh,memain je.

Notis buat pelanggan tersayang~
Tu jela komentar aku ntok visit aku ke restoran ni kali ni. Before aku end tulisan2 ni,ni antara kesan kenaikan harga fuel kat dunia ni,ksian makcik pengusaha restoran ni,dia pon kena naikkn harga nasik lemak dia ntok tampung kos proses makanan n harga bahan mentah yang naik sekali. hehe. SO tu je ntok kali ni,sok kite pegi makan tempat lain lak,salam~ :D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...