My LiveStatus.

13 July 2009

Ijtima' Malaysia 2009

Assalamualaikum n salam sejahtera buat kalian sume..:0 Alhamdulillah,setelah sekian lama diri ini menyepi,kini tangan dan jari-jari ni dah gatal semula nak menaip..sebenarnya dari lama dulu lagi aku nak menaip untuk menceritakan pengalaman yang aku rasa,maybe sekali seumur hidup je aku lalui..ye,bukan senang aku nak dapat peluang ni dan sebaik saja aku terdengar waktu perkara, atau majlis ini mula dihebahkan, aku langsung tak berfikir panjang dan terus mendaftarkan nama diri ini untuk menyertai Ijtima' Malaysia yang akan diadakan di Kompleks Masjid Transit KLIA, Nilai..segalanya bermula kira-kira seminggu sebelum perhimpunan seluruh umat islam sedunia ni bermula,seniorku,Yard (bukan nama sebenar)mula offer jemputan ke Ijtima' 2009..katanya,majlis ni dibuat untuk kumpulkan seluruh umat Islam dan dianggarkan kira-kira 100,000 umat Islam dari seluruh pelusuk dunia bakal menyertai jemaah Ijtima yang akan dilangsungkan selama 4 hari,bermula dari 9-12 Julai 2009..tapi ape yang lebih penting, perhimpunan antara umat Islam ini sangat jarang diadakan di Malaysia dan kali terakhir diadakan pada tahun 1983,agaknya r...n atas sebab itu, kalau aku tak join sekarang, aku rasakan maybe lagi 30-40 tahun baru aku dapat sertai perhimpunan tu,entah ade masa ke tidak waktu tu untuk aku join aktiviti macam ni,dengan sibuk dengan kerja lagi, anak bini lagi..(hehe..:p) Jadi,alang-alang diberikan kelapangan oleh-Nya sekarang ini, dengan Izin dari-Nya,aku terpilih dalam kalangan hambaNya untuk menyertai jemaah ke Perhimpunan Ijtima Malaysia 2009....agak-agak kenapa aku terlalu-lalu-lalu excited nak join Ijtima ye? Jawapannya agk mudah untuk difahami logik akal dan iman,saya ingin melihat bagaimana agaknya umat Islam yang kini ditindas dan lemah kerana cintakan Al-Wahn,bersatu mengukuhkan iman dan mencari makna Iman yang sejati bersama tanpa mengenal sempadan geografi dan budaya, dan juga bersatu menegakkan agama Allah yang Maha Suci ini serta mengembalikan kegemilangan Islam ke tempatnye semula. Dan aku datang sebagainya hambaNya yang dahagakan ilmu dakwah, yang sangat aku perlukan untuk membina jati diri yang kian terhakis diratah nafsu yang sering termakan hasutan syaitan dan pujuk rayu duniawi...


Haa,ni r gambar dan reaksi muka aku masa mula-mula sampai..macam hepi je kan? Haha,mula-mula pergi tu memang hepi coz ni r first trip keluar dari KMB dan bersama dengan kawan-kawan seperjuanganku..mula-mula bas berhenti tu,ingatkan dah sampai,rupa-rupanya kena menapak lagi..jauh pulak tu..dan wajah yang tadi tersenyum riang mula mengeluh.."addoooiiihhh...jauhnye!" Tapi,semua tu dugaan dan aku chill je,tetap aku redahi perjalanan tu...setibanya aku di tapak perhimpunan,semua bayangan or first impression aku sebelum sampai kat sini,terus lenyap. Kenapa? Aku menyangkakan perhimpunan tu dibuat betul-betul di masjid dan khemah yang disediakan macam yang biasa aku tengok,rupanya lain sekali...macam mana pandangan pertama aku kat tempat tu? Macam ni...


Haa..tapi aku still chill lagi..dan aku berfikir sejenak,mungkin banyak hikmahnya kenapa aku dapat ujian seperti ini..lagipun jemaah yang datang bukan beratus orang, tapi beratus ribu! So,macam impossible gak kalau nak sediakan katil sorang satu,dan bagi aku,kalau macam ni lagi meriah kot..ye la,ramai-ramai tidur,makan dan beribadah..lagipun kalau tengok balik kat nawaitu aku datang situ,nak mencari ilmu dan bukan makan angin..dan selepas berjaya melilau dan mencari lokasi petempatan kami...(kenapa aku tak sebut bilik kami? sebab kat sana just ade khemah besar,tidur ~10000 orang satu khemah) kitorang pun mengemaskan diri dan solat Asar..dan bila nak solat,aku berdepan dengan satu lagi ujian..."Kat mana nak amek wudhu' ni saudara,paip kat mana?" tanyaku pada seorang Jemaah dari ******, bernama Karim (bukan nama sebenar), dan katanya dengan girang,"Mana ade paip nak wudhu kat sini,kita berwudhu macam ni.."


Dan alhamdulillah,aku tanpa banyak bicara,terus mengambil wudhu dengan kemudahan itu lantas mensyukuri nikmatnya.sekurang-kurangnya,Allah permudahkan urusanku..cuba kalau air takde,mana aku nak cari debu tanah buat tayamum? Haa...tapi lama-lama aku macam seronok pulak amek wudhu macam tu. selain dari mengajar diri ni berjimat masa wudhu, cara ni agak baru buat aku dan aku teruja setiap kali amik wudhu macam tu..so sekarang dah hepi sikit! So lepas aku amek wudhu,amek possed pic la pulak,dengan roomateku...


Pada malam harinya pula,aku rasa macam nak mandi,tapi memandangkan kat sini nak amek wudhu pon air selalu takde,nak tak nak kena r tahan je,mandi pagi esok lah nampaknya..pujuk diri ni kepada sang hati..tapi takpe,aku ingat aku sorang je yang tak dapat mandi..ade kawan aku tu,sampai habis Ijtima baru dapat mandi..lagipun kat sni air memang susah nak dapat untuk kegunaan selain wudhu. Selepas sembahyang maghrib berjemaah,jiwa dan nurani kami dihidangkan dengan Bayan, atau orang Melayu kata,ceramah..mula-mula aku pelik gak,orang dok sebut-sebut "Bayan,bayan..." baru aku faham ape itu Bayan..tapi Bayan kat sini ade kelainan sikit..bukan satu bahasa diorang guna,tapi ceramah ni disampaikan dalam DUA bahasa, Urdu dan Melayu(slanga Urdu gak) coz Urdu difahami oleh masyarakat atau jemaah dari Pakistan,Bangladesh,Nepal dan area-area situ...dan melayu sebab venue ni kat Malaysia..haha...dan mula-mula masa dengar Bayan tu,macam seronok r jugak sebab teruja dengar ceramah dua bahasa..tapi lepas tiga jam,aku jadi terlampau 'seronok' sebab ingatkan sejam dua je ceramahnya,tapi lepas 3 1/2 jam baru habis! Powernye penceramah ni,boleh cakap sampai 3-4 jam...aku yang dengar pon dah letih..:) Dan masa terus berlalu..aku pun makin letih...dan pukul 1 pagi,aku terus tidur dengan tak mandinya..haha,lantak la..janji aku nak tidur..nak tau macam mana bilik kami? Macam ni...



_______________KEESOKAN HARINYA_______________

Kira-kira jam 5 pagi,sewaktu azan belum berkumandang dan ayam masih mamai-mamai nak bangun untuk berkokok,aku dah kena bangun dulu dari ayam tu...lupakan pasal ayam tu,aku pagi-pagi kena bangun..aku hairan,lagi 45 minit nak solat Subuh..kenapa nak kena bangun? Datang jemaah lain,berkata,"Cepat amek wudhu nak oii..air untuk wudhu dah nak habis,nak mandi jangan haraplah.." Adoi,bila aku nak mandi ni? Nak tak nak,kena r aku amik wudhu dah tahan wudhu tu sampai solat subuh,70 minit kemudian...dan pagi-pagi tu aku dah menapak ke tapak wudhu yang agak 'dekat' dengan khemah atau Khitta kami,kira-kira 200 meter sahaja...dan lepas Subuh,ade bayan pulak...mula-mula ingatkan nak dengar,tapi memandangkan aku diberitahu bayan tu akan berterusan sampai pukul 10,aku terus cari selimut,tarik dan tidur semula..ade gak member aku yang tak tidur,buat hal sendiri dan bual-bual tentang gosip hape ntah..


Pukul 10,aku dan rakan-rakan dipanggil ke sebuah khemah yang dikhususkan untuk ceramah khusus buat mahasiswa..aku sekali ke? YE...ujar kawanku,Nazwan (bukan nama sebenar) dan disana,kalau malam tadi Bayan speak in Urdu+Melayu,kat sini,pakai English je coz yang datang semua Mahasiswa,Insya'allah english mantap-mantap belaka..dan yang pelik kat sni, banyak perkataan ni diucapkan..

"Insya'allah tuan-tuan.."
"Siapa nak keluar ke jalan Allah 40 hari?"
"Segalanya dari Allah,tuan-tuan..."

Perkataan yang mulia untuk disebut,tapi cara sebutan tu macam dah jadi trademark Ijtima,sampai bila balik KMB,kami tetap gunakan kalimah trademark ni pada kawan-kawan lain dalam seharian...Insya'allah tuan-tuan! Haha...dan takde ape sangat dalam ceramah kali ni,cuma ditekankan agar umat Islam diminta meneruskan perjuangan rasullullah dalam menyebarkan dakwah...tapi bila aku renungkan sejenak,ceramah ni semua langsung tak sebut tentang kehidupan muslim didunia,ataupun tanggungjawab muslimin di dunia ini,atau hak-hak yang wajib kita tunaikan..semuanya dilihat dari aspek ukhrawi 100%...baru aku teringat,yang datang kat Ijtima' ni semuanya Tabligh belaka,patutlah...tapi ade gak input dan ilmu yang berguna buat aku,sekurang-kurangnya kita takde lah teringatkan dunia je sepanjang masa..kan?

Pada sesi petang pula,selepas aku mandi (at last! haha...sedapnya mandi,alhamdulillah..nikmat betul!!) pada waktu Zuhur,kami beramai-ramai pergi ke Bazaar yang disediakan sepanjang jalan di kawasan perkhemahan Ijtima ni..macam-macam yang ade disana,dari aspek makanan,hiasan-hiasan Islamik,baju,selipar (penting ni,sebab selipar aku 3 kali hilang kat sana n need to buy anither one) dan wangian..penat shopping,kita tengok balik ape yang kita beli tadi...


"Disebabkan duit tak mengizinkan nak beli kambing sekor ni,kita amek pic je la.." kata Fariz (bukan nama sebenar)


Sape la,snap gambar aku balik ni...haha..dan pada petangnya,kami menerima khabar yang kurang baik sebab ramai antara kami yang berhajat ingin memanggil bas untuk pulang ke KMB,kerana ramai yang mengadu sakit,tidak selesa dan ingin pulang..pengurus pasukan,Yard (bukan nama sebenar) terpaksa akur dan tunduk kepada permintaan mereka untuk kembali dan digugurkan dari perjuangan survival selepas sehari disini..akhirnya,seramai 45 orang menarik diri dan hanya 15 orang sahaja yang tinggal meneruskan perjuangan yang berbaki...langkaha kuteruskan..walaupun kekurangan kawan disini,tapi hari berikutnya semakin indah..petang tu juga,kami dikejutkan dengan satu suara dari corong speaker,suara yang macam familiar sanagt..suara Dato' Sri Najib ni,memang dia pun..beliau diiringi timbalannya datang untuk mengalu-alukan tetamu dari serata dunia..dan kami berkesempatan untuk berkenalan dengan beberapa orang sahabat dari Algeria dan Habsyah,serta bertukar-tukar pendapat dan pandangan antara satu sama lain...dan member aku,Ally (bukan nama sebenar) sempat mengabdikan gambar dengan Khalid (bukan nama sebenar.)


Pada malam terakhir kami disisi,aku tak bersama dengan jemaah Ijtima selepas maghrib sebab aku tak rasa macam nak dengar bayan malam ni (lagipun bayan malam ni abis pukul 12.30 pagi,lagi lama dari semalam) dan aku berjalan-jalan dan singgah di Masjid transit KLIA yang berhapiran untuk menunaikan fardhu Isya' dan berehat sebentar disana..dan sedang kami berehat disana,datang seorang pensyarah fizik sebuah kolej yang ternama di Malaysia kepada akmi..tapi dia bukan nak sampaikan ilmu fizik..(we're future doctor,sorry..) tapi nak sampaikan dakwah sikit..alhamdulillah,kami terima dengan baik dakwahnya dan pertemuan kami ber akhir disitu...selepas pulang dari Masjid Transit KLIA,kami pulang ke tapak perkhemahan untuk menjamu selera dengan hidangan Talam...ape itu Talam? Talam ni hidangan yang disediakan pihak penganjur, yang dimasak oleh para tahfiz dan untuk satu hidangan Talam,bayaran yang dikenakan ialah RM 10. Lepas makan,tidur dan menanti untuk hari esok...


_______________KEESOKAN HARINYA_______________

Fajar menyingsing lagi,dan pagi ini pagi terakhir kami disini,dan tak banyak yang kami lakukan hari ini,kecuali selepas subuh,kami bergerak ke Masjid Transit KLIA sekali lagi untuk mandi berjemaah di tempat wudhu masjid tersebut (sebab tands masjid tu penuh) dan sambung tidur selepas mandi,juga di masjid tersebut..haha,dan selepas jam 12,kami berkemas untuk berangkat pulang.Senyuman kegembiraan mula terpancar diwajah kami...


Segalanya terungakai lengkap sudah..Ijtima' 2009 berakhir sudah..pada jam 2.00 petang,langkahan mula diorak keluar drai tapak perkhemahan..bersama 200,000 jemaah lain,kami pulang ke tempat kami masing-masing...ade yang pergi bersama jemaah,yang aman keluar 40 hari ke jalan Allah,maknanya keluar berdakwahlah mereka ni,ade yang ke Pakistan..dan ade yang ke KMB...aku r tu! Dalam melangkah keluar,aku berbisik kepada sang hati,agaknya bila aku bertemu dengan peluang seperti ini lagi?

2 comments:

mufazai said...

yang penting, gambar aku ada!
haha..

yeah2 dis kind of prog gave me new experiecelah.
of course, met ppl around the world
especially those who were there were all tabligh!

~dcharminglady~{@ said...

Hmm..byk main budak neh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...