My LiveStatus.

21 May 2011

Jamuan-jamuan-jamuan bfore abes IB

Hai. Hahah...macam biasa la,kalau kita nak blah dari satu-satu tempat tu,mesti kne raikan kn? Macam kat sekolah dulu la,bila time ank abes SPM je,macam2 persatuan la nak buat jamuan ntok celebrate senior diorg,dan aku pon sekali lah termasuk dalam jamuan2 tu. Jamuan rumah sukan la,jamuan kelab la,jamuan pustakawan la,jamuan batch lagi,pergh..in spite of being sad coz the fact that u gonna leave dat school,aku jadi gembira lak jamuna jadi banyak. Hahah.

Dan the same thing goes when I was in KMB. Banyak gila jamuan dan semuanye enak dan lazat,tu la yang pasti. dan kali ni, aku cuma ade la dua jamuan before aku start IRP lagi (jamuan kelab2) dan bila time exam,aku ade 4 jamuan, which make it overall,aku ada 6 jamuan,makan sume free (bestnye klau ari2 cmnih!) dan aku nak share la pasal jamuan yang aku ade mse da exam ni.

# JAMUAN 1 : With Miss Belle (Our English Teacher)

Ni adalah jamuan yang tukang anjurnye memang da lama sangat berhajat nak jamu kitorang dengan mi spaghettinye yang sangat famous dalam kalangan student beliau. ye,Miss Bella memang sangat terkenal dgn masakan spaghettinye yang sangat lazat,dan lantas tu la menu utama jamuan beliau. Aku pon seronok mse jamuan ni sebab pg jamuan mentor aku,which the teacher dat I really close with. Dan berlatarkan rumah beliau di suatu petang yang hening,aku,dak2 kelas aku dan dak2 kelas Koci (bukan nama sebenar) pon makan dengan enaknye kat umah dia.

Kelihatan tuan rumah sedang memikirkan cmne nak layan budak2 ni. (yg btudung n jeans tu)

Koci (bukn nama sbnar) sedang enak menjamu spaghetti Miss Belle.
Turut dihidangkan ialah sate,dan memang abes kat aku dgn Kori jelah sebab memang kitorg dok dekat kat area sate tu je. Buerrkk! Kenyang gile. Then bila da abes makan,macam biasa la,ade la amek gambar beramai-ramai sikit. Bosan da sebenarnye masuk gambar ni,tapi layan~

M09T dan M09G bersama dgn english teacher mereka.
Dan harapnye ni bukanlah kali terakhir aku makan spaghetti beliau,sebab sedap dan aku nak tambah lagi,mcm mse kat jamuan ni,dua kali aku tambah. :)

# JAMUAN 2 : With PCZ (Our Naqib Usrah)

Lokasi jamuan seterusnye.
Lepas makan kat umah Miss Nabilah,aku gerak ke majlis jamuan seterusnye, bersama Pak Cik Zul (a.k.a PCZ) di GP jati Baryani House kat jalan nak pergi bandar dengkil,dari KMB (dak KMB selalu perasan). Dan nama pun Baryani House,makan tu la kan,kalau tak makan ape lagi? Dan kali ni aku pergi bersama usrahmate aku,seramai 8 orang. Dan dalam makan2 tu.kitorang buat pengisian usrah sekali dan alhamdulillah,PCZ telah tinggalkan pesanan terakhir dalam usrah dan sampaikan penghargaan terima kasih kerana setia bersama usrah dengan dia.

PCZ (paling kiri) sedang ckp2 sikit.
Dan ape menunye? Ye,baryani yang kitorang order ade tiga jenis,baryani kambing,daging dan ayam, n aku pilih daging. Kenapa? Sebab aku tau nanti jamuan batch ade makan kambing dan ari2 kat KMB aku da akan ayam. So,pilih la yang jarang makan. Heheh. Cmne rupa masakan tu? Hah,ni saudara ajis (bukan nama sebenar) tolong gtau~

Diri dia je da cukup menceritakan betapa sedapnye nasik tu.
Dan akhirnye setelah beberapa jam berada disitu,kitorang pon gerak pulang dan sambung study kat asrama. Tu je la ntok jamuan ni. :)

#JAMUAN 3 : With Miss Loh Mei Lin (Our T.O.K teacher)

Yang jamuan ni pulak time kitorang memang da abes IB. Maknyenye,exam baru jelah abes dan jamuan ni memang sangat happening! Dengan gelagat Miss Loh yang klaka2 sikit bila dok ngan kitorg,memang syok~. Miss Loh pon memang dari dulu dia gtau nak wat mini-party (kalau ikut faham dia la,bagi aku kira mcm makan2 biasa) dan akhirnye sehari lepas IB exam abes,dia dapat tunaikan hajatnye ntok kenyangkan perut kitorang. Hahah~

Miss Loh sedang melayan tamunye.
Maka,konsep yang dipilih ialah sarapan. ye,maknenye diawal pagi la,dan sebab aku memang mslh nak bangun,aku datang lambat 15 minit dari jadual asal. Aku ingat aku sorg je lambat,tengok2 aku antara paling awal. What the? Tapi,Miss Loh cool je pon,dia lagi lambat sebab dia nak settle makanan semua. Oh ya,menu ape? Miss Loh memilih nasik lemak simpang tiga kat depan KMB dan roti canai Bhai sebagai juadah utama. Simple,tapi memang sedap la. Dengan MILO yang 3-in-1 punye,bancuh sendiri pulak tu,sumpah memang cool la cikgu aku ni.

Suasana time makan tu.
Dan lepas makan tu,dia mula la buat sesi luahan hati dia,memang touching la sebab dia memang sangat sayangkan kitorang dan kitorang ni last batch dia la,sebab dia nak bersara next sem. So,kiranye memang kekal abadi la kenangan kitorang dengan dia selamanya,macam memori time tertido kat kelas TOK, time lambat masuk kelas dan tak lupa time kena bedal buat esei TOK. Hahah.

#JAMUAN 4 : With my beloved batch KITA @ BATCH KITA GRADUATION DINNER

Banner jamuan Batch KITA.
Ni adelah jamuan dalam skala paling besar yang aku pergi. In fact,siap buat kat dewan dan aku yang tolong susun meja dan hias dewan sume,dan sumpah penat gila malam tu bila da abes jamuan,tapi memang kepuasan tahap maksima la sebab dapat tengok kawan2 sume hepi je,muka sumpah ceria dan pakaian sume cantik2 macam pergi jamuan dato'2 je. Tapi aku agak kesal gak bila tengok ade segelintir kawan aku yang perempuan,pakai keterlaluan sangat sampai aku rasa tak 'sedap hati' bila tengok. Takpe,yang penting kita enjoy!

Antara waita yang gembira gile dalam jamuan tu. (Credit:drhatta.com)

Kelihatan dak laki sedang enak dibuai persembahan yang disediakan. (Credit:drhatta.com)

Overview dewan cmne malam tu.
Dan semestinye malam tu bukan la makan semata-mata,tapi banyak la event yang menjdai penyeri. Diserikan dengan kehadiran MC (Master of Ceremony) yang gempak,iaitu Hanif Kamail (pemenang anugerah Most Infectious Laugh Award, for Batch KITA 2009-2011) dan K-Man (calon pemenang anugerah Emperor of Lawak Award, for Batch KITA 2009-2011). memang kamceng la gandingan dua orang MC berkepala gila ni,jadik meriah la malam tu even pada mulanye saudara K-Man agak kayu dan malu2 sikit. =.="

MC dok kat tangga je, Punye la sempoi.
Apa lagi,menu? Haa. malam tu kitorang dijamu dengan nasi beryani (what,again??) dan kambing panggang (aku tak dpt makan sebab abes dah. :( ) dan cendol serta banyak gila la jamuan lain. Lepas makan,ade la persembahan nyanyian. Paling takleh blah ialah gimik trailer drama yang dihasilkan oleh Pau Panas Production,memang gempak gila. Siap bergelap dewan! Tapi aku gembira la banyak feedback positif dari trailer tu,ade yang kata unexpected la,gempak gile la. hahah. Tapi sumpah penat kot wat video tu.

Dak Batch KITA sedang khusyuk mencedok makanan.
Antara persembahan yang ditampilkan malam tu.
Dan lepas makan tu,dak2 sume macam tanak blah. Dah la aku siap buat acara 'tambahan' malam tu,(coz aku jaga multimedia mlm tu) dengan display gambar mega Batch (aku ade post earlier) dan gambar masa registration,dan siap MC komen satu2 gambar,n sume feeling je layan gambar mse muda2 daftar dulu,hahah. Dan aku tak sengaja tertayang gambar arwah Jannah,dan bagus gak,kitorang ingat gak salah seorang ahli batch kitorang yang tak sempat menamatkan misinya kat KMB ni. Al-fatihah buatnye. Lepas 12.00 tengah malam,baru kitorang nak gerak balik. Tu pon still ramai yang nak amek gambar la,hape la....haheii~

Sesi bergambar bersama peminat (dari kiri,najihah,chepik dan az)
So, ape lagi pastu? Balik la,tapi ade lagi acara tambahan malam tu. Dak laki ramai2 pg main futsal kat...mane ntah,aku tak ikut,hahah. So tu je la summary setiap jamuan yang aku da pegi. Bestkan? Haa...jawabnye makin naik la badan aku ni. =.=". K,till then!

Keluarlah diriku dari asrama ini..

Alhamdulillah,segala proses berjalan dgn lancar dan aku hari ni boleh keluar sbg diri aku yang baru,bukan lagi pelajar KMB. Dan ini satu yang sangat la asing buat diri aku. I mean,selama ni dak KMB memang dilatih dan di train ntok jadik seorang yang sangat sibuk n multi-tasking,bmaksud kalau sambil jalan2 kat memane pon,sambil discuss pasal mende2 IB or sambil baca nota. Tapi sekarang da abes IB ot,aku nak buat ape? Nmpaknye terpaksa la aku start baca nota Anatomy ke,hape2 ke.. =.="

  
Buku ANATOMI yang sangat....adoi,byknye nk hafal!
Erm..well,actually aku nak share je pasal proses nak kosongkan bilik ni. Since aku da dua tahun dok KMB,so memang bilik ni pack sgt la ngan barang. Aku rasa dak KMB kenal kot bilik aku since bilik aku emmang jadik lokasi tetap penggambaran semua 10 video yang Pau Panaz Production terbitkan *thanx kat alip,the producer yang promote bilik aku* dan memang sangat pack bilik ni.

tengok gambar ni pon da tau packnye bilik aku,baru kat study carrol ni.
Dan proses ni bermula semalam la. Since aku ade adik aku yang still buat IB diploma kat KMB ni.. *ye,adik kandung,bkn adik angkat* so banyak la harta aku,jatuh kat dia,kira wasiat IB la,macam nota2 dan segala harta karun aku. Including rak kasut,rak buku dua ketoi, dan banyak lagi. Ringan sikit beg aku nak balik rumah nnt. Thanks to my ex-roomate,Farizzaidi, yang sgt sporting and tolong aku kemas bilik ni sekali. U rock man! Elok-elok bilik aku sangat la pack dan nampak macam takde ruang,jadik sangat lapang. Aku ngan roomate aku pon tak pcaya,sangat la macam time registeration kat KMB dlu. Heheh.

Kelihatan roomate aku tengah kemas bilik. Ni baru 40% je kemas.

lepas kemas barang. urghh..penat. =.="
Dan lepas setelkan kemas barang,aku panggil la warden aku ntok check n tgk kos ganti rugi. Alhamdulillah,tak banyak la kena bayar,just RM 9 je,tu pun sebab kos bilik2 awam tak bersih n aku tak lap tingkap. Malas. :( dan bila aku da abes kemas bilik,aku round la untuk tengok bilik lain clearance cmne. Dan aku melihat satu pemandangan yang mesti kalau cikgu tengok,dia frust.

Lambakan nota cikgu bagi yang sure memang da tak pakai.
Ye,tu la hasil ape yang cikgu curahkan kat budak2 ni selama dua tahun,dibuang begitu saja. Tapi ni memang setiap tahun jadik cmni,sebab byk sgt mende yang nak dibawak balik rumah,so diorang just simply tinggal je kat sini. Lagi pun dak2 IB mane simpan ilmu kat kertas,sume dalam kepala :) *husnudzan* heheh. Dan aku jengah lah gak tempat lain.

Ampaian dan pakcik cleaner sedang bersihkan sampah. Thanks pakcik.
Faiz Kadir dan biliknye yang baru je bersih.
Haa..ade orang tengah posing tu,sowi sikit. At last,aku berjaya la gak bersihkan bilik ni awal,so aku ada masa banyak untuk bual2 dengan kawan2 aku buat kali terakhir. Agak touching la sebenarnye.huu~ ok,tu je kot. Bye~

20 May 2011

Tamatnye satu episod yang panjang.

Hari ni,19 Mei 2011
Aku melangkah kaki kedalam dewan peperiksaan
Dengan perasaan yang gemuruh,berdebar
Bukan sebab aku takut nak jawab
Tapi mengenangkan ni la paper terakhir aku
Dlm exam IB ni.
Aku cukup terkesima,terpaku
Macam tak caya sume ni dah berakhir
I mean,setelah 2 tahun hidup dalam kesibukan
Dengan macam2 tugasan dalam IB
Aku da sampai ke kemuncaknya.
Menunggu detik nak jawab paper last ni,
sampai aku takleh tido malam sebelumnye
sebab terlalu berdebar.

Tepat jam 10.45 a.m
exam is officially ended
dan perjuangan IB aku tamat dengan rasminya
lalu aku bermonolog dalaman
dengan sang diri;
"Apa langkahku selepas ni?"
aku pn tak punye jawapan
ia retoris,tak memerlukan jawapan konkrit
kerna aku tak pnye jawapan buat soalan itu
Aku pun da buntu,keliru
sebab da lama tunggu nak abes exam
nak abes IB life
tapi bila dah abes,tak tau nak buat apa
coz dak IB diajar ntok sentiasa busy ngan mcm2
dari academic smpi non-acedemic thingy

Selepas 2 jam abes exam,
aku termangu di study carrol
menghadap laptop yang sedang online.
aku macam tak tau apa yang aku buat
online dengan fikiran kosong dan hati kosong
aku sedang mengalami euphoria
macam orang yang da takde tujuan hidup
hati ni macam nak bukak buku
nak baca nota,nak berdiscuss
tapi IB da abes!
tetibe hati jadi sayu...
tak sangka,ianya dah berakhir.
aku perlu mengisi kekosongan ini.
Macam mane ye? Ntah la
Hanya waktu dan hati yang menentukan.

******

INTERNATIONAL BACCALAUREATE?
been there,done that.

01 May 2011

Batch 'KITA' Official Pictures.

Hai dan assalamualaikum! Actually gambar ni aku da uploada sebulan yang leps,tapi baru arini aku sempat nak komen n letak abit review psl gambar ni coz baru abis exam IB. :D Actually ni la gambar BATCH KITA yang official,tapi tak jual punye la. Aku amek dari photography club junior KMB n edit sendiri. Maaf sebab kualiti gambar ni agak rendah even saiz besar,sebab salah teknik amek gambar rasenye. So,kepada sape2 yang nak amek and download gambar ni pada saiz dan kualiti asal (yg ni previw quality,rendah sikit) boleh download kat link ni. Tak pun kalau setakat nak review,just simply klik kat gambar ni,okay?
Batch KITA Official Pictures
Credit to Farah Nadia Zikhtar,from Photography Cub KMB 2011-2012 coz share dis pic with me.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...