My LiveStatus.

08 June 2011

A Picnic, The Story of Us (Batch KITA)

Weekend lepas,aku balik kampung aku kat Johor dan well, nama pon balik kampung, mesti la aku nak spend masa aku kat kampung tu ngan atok and nenek aku (dalam jawa,gelarannye mbah,bukan tok or nek). Aku punya la hepi dok kat kampung sampai lupa nak bukak internet,lepas 5 hari tak online (dari hari Khamis lepas) baru aku online semula. Uhhh..100 notification,gile la. Hahah. Okay,tu bukan perkara pokok yang aku nak ceritakan, tapi more to ape yg aku nampak kat notification.

"You have one invitation to an event. [A Picnic, The Story of Us+POTLUCK]"
Location, KLCC (eh,ni dekat gile ngan umah aku)
Time: 7th of July 2011, 14:00-17:00 p.m
30 members are attending.
Created by: bla3x~
Zaman sekarang,camni la jemputannye,tak pakai kad2 lagi da,maju kan? :D
"Oh,ni menarik sgt ni.." kata aku dalam hati. Cantik la,memang time tu aku da sampai kat KL semula dari kampung aku and takde masalah nak join. Dari grup fb tu,aku dapat mbaca dan hidu riak2 keriangan dan keterujaan dari setiap butir ayat yang ditaip,tak lupa juga ayat yang berbaur harapan dan semangat yang tinggi untuk berjumpa denga teman2 satu batch kat KMB. Oh ya,baru 17 hari tak jumpa,tapi aku rasa macam lama sangat...dan yang pasti,perasaan ini turut dikongsi yang lain juga~

Dan...hari yang di tunggu pun tiba,aku datang awal ke KLCC ari tu sebab aku nak hantar application form aku ke Petrosains dlu,and nak usha tiket wayang dulu. Aku n Faiz Kadir plan nak tengok wayang dlu,sebab kalau kitorg gerak ke sana exactly pukul 2,sah-sah takde sape lagi yang emnanti apatah lagi menghidang makanan. So,layan la Kungfu Panda dlu,teringat aku kat member aku sorang bila tengok cerita tu.Panda tu mmbuatkan aku teringat kat dia,hehe. Bukan ape,nampak comel je,hahah. Abes je menonton, aku, roomate aku, Faiz and Capika terus gerak ke tempat potluck tu.

berempat lepas tengok wayang,jalan lenggang kangkung pegi sana.
Bila da sampai,aku baru teringat yang tema gathering ni potluck and kena la bawak makanan,tapi aku lenggang pulak. Sori la organizer,bukan aku tanak bawak,terlupa,hehe. Tapi tengok makanan yang ada kat sana pon da banyak,macam2 la. Ramai gak yg memasak semata2 nak jamu kawan2 yang datang,contohnya macam Amirul Juraimy Azhar yang masak sardine roll yang maha sedap tak hengat,semata-mata nak bagi aku makan. Thanks la Ju,memang sedap. :D Tak lupa gak,kpd yang masak spaghetti (aku makan je,lupa nk tnye sapa yang masak) memang best!

Tengah syok2 makan,ade yang tlg amekkan gambar. Kenangan nih,hehe
Dan tak lupa gak,lepas makan tu,ade je mende yang budak2 ni buat,memang tak kering gusi,dok ketawa je. Teringat macam masa kat asrama dlu,muka2 ni gak la yang dok ketawa dan buat lawak kat asrama tu,huu~ Yang paling aku suka,acara telan gas helium (IB-ish sungguh~) and speak out. Hasilnye? Mcm suara tersepit,kecik je suara and Tapah berjaya membuktikan tekak dia memang sesuai dengan gas helium tu..

Freddy (bukan nama sebenar) tengah siapkan bahan utk experiment dgn gas helium.
And lastly,bila da makan,puas mabuk2 minum Barbican (not really mabuk,memain je..) and telan gas helium, kitorg pon amek gambar. Aku tak bwk kamera,so gmbr2 ni sume Danny and Raihan yang upload,aku just tlg tangkap je. Lawa gak guna DSLR diorg,i like la...bila la nak amek guna kamera DSLR sendiri,pandai pakai dah,tapi i didnt hve one. Nnt la kot. Okay, sesi bergambar 40 orang yang hadir,cmne gambarnye? Cmni la..yg ni aku yang snap. :D

Total=40 orang yg happening+sporting!
So,dalam pukul 4.30 cmtuh,sume pon bersiap dan balik,lepas penat dan puas makan2. Ade jugak yang sambung aktiviti diorg ngan grup2 kecik,mcm Usop n gang pegi karok kat Wangsa Maju,and Alip n gang pergi tengok wayang lagi (again?) dan Intan n gang pergi Masjid India. Ntah buat ape la kat sana. Aku? Jumpa ngan kwn kat sekolah dulu,dia pon join Petrosains gak. Yang aku tak tahan,dia terperanjat tengok aku,sebab katanye dah lagi tinggi and besar. Aku pon..haha,ntah la. Btol gak..:D

Okay,so tu jelah ape yang aku buat ntok harini. Overall,aku hepi sebab dapat saving duit (takyah keluar belanja lunch) and dapat jumpa korg sume. To organizer,thanks alot and u guys mmg sporting. :) Jumpa lagi

4 comments:

fy said...

barbican bukan dh diharamkan ke?

+firdausmatnoh+ said...

haha. ntah la,tak minum pon sbnrnye,saje je cerita coz my frens kemaruk sgt ngan air tu..hehe

fy said...

x silap air yg dickp haramtu barbican..xtau la...

+firdausmatnoh+ said...

a'ah,,sebab kandungan alkohol dia lebih drpd 0.05% rasanye..tp yelah,org da minat kan,ckp la ape pon,dia ttp nak..mcm rokok la,sama gak haram,tp klu da org suka,nk buat cmne?

things to ponder..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...