My LiveStatus.

13 August 2009

KMB In News (yet,not in action)

Assalamualaikum to all readers..actually I am interested to let you know about this.n i'm pretty sure that most of the KMB n KMS student had known about this..when our college have been mentioned by the national press as the best among IB World School..well,here gows the article..[taken from Berita Harian;here]

*************************************

KOLEJ Mara Banting (KMB) dan Kolej Mara Seremban (KMS) muncul antara pusat Program Diploma International Baccalaureate (IB) terbaik dunia apabila prestasi pelajarnya mengatasi pencapaian gred purata dunia dalam peperiksaan itu.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin, berkata keputusan peperiksaan IB tahun ini menyaksikan dua kolej terbabit, masing-masing memperoleh 38 dan 37 mengatasi pencapaian 30 gred purata dunia.

Beliau berkata, prestasi pelajar kolej terbabit berdasarkan subjek juga amat membanggakan kerana turut melepasi gred purata dunia dalam semua mata pelajaran, khususnya Sains dan Matematik.

“Empat daripada 338 pelajar KMB, iaitu Mohamad Fathul Aizat Kamarizan, Hammad Fahli Sidek, Nigel Sim Boon Wei dan Tan Jiong Jian mendapat gred mata penuh, iaitu 45.

“Mereka sebahagian 85 peratus pelajar kolej itu yang berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, perubatan dan bioteknologi di pelbagai universiti terkemuka dunia.

“Antara universiti terbabit ialah Oxford University, Imperial College London, Royal College of Surgeon, Ireland,” katanya dalam satu kenyataan.
 
Nam berkata, 92 peratus daripada 75 pelajar KMS pula berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di universiti India dan Republik Czech.

Beliau menjelaskan, prestasi pelajar program IB ditawarkan di KMB sejak 1991, manakala KMS pula tiga tahun lalu, bukan saja konsisten malah mengharumkan nama negara di mata dunia.

“Perkembangan ini membuktikan keupayaan lepasan IB yang kini mengikuti pengajian ijazah di universiti luar negara mencatat pencapaian lebih cemerlang,” katanya.

Sejumlah 1,770 pusat menawarkan Program IB di seluruh dunia dan daripada jumlah itu 165 di rantau Asia Pasifik termasuk tujuh di Malaysia.
IB adalah program pendidikan bersepadu dikendalikan International Baccalaureate Organisation, iaitu badan bukan kerajaan beribu pejabat di Geneva, Switzerland.

Diasaskan pada 1968, program itu mendapat reputasi meluas kerana sistem penilaiannya sangat terperinci, selain menyediakan peluang lebih mudah lulusannya mendapat tempat di universiti terkemuka dunia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...