My LiveStatus.

29 May 2010

Karangan Ter'baek' ...ape yg ade kat kpala adik-adik anda..

 Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu..

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

p/s-ni karangan sorg bdk drjah empat,sje upload coz klaka..credit Pn azwani md nor.

(ada tak gaya mcm karangan korg mse kecik2 dulu?)

26 May 2010

Oh,mahkotaku!

Setelah mendapat desakan yang hebat
serta saranan dari rakan-rakan..
akhirnya perjanjian aku dan Juraimy dah pun tamat
kalau ikut kontrak
kitorang dah janji tanak potong rambut sampai abes sem 2
so skrg. da nk masuk sem 3
so,aku dengan rela hati
dan setelah didesak oleh Ms. ***** dan Ms. ^^^^^
serta mak aku pnye pesanan
"Rambut ko ni da ayu,panjang mcm pmpuan"
sangat menusuk kalbu pesanan itu
tapi aku sendiri pon da rimas sebenarnya
sebab dah panjang sangat
every day pas mandi
aku akan gayakan rambut aku
samapi da naik rimas tengok
tu baru aku
orang lain aku tak tau la cmne
haha~ amir,fiza n shuk
thanx coz gtau yg korang rimas tengok rambut aku
n oze,sowi sebab ko tak smpat nak main ngan rambut aku
tapi klu ko still nak main gak
aku ade bwk balik dari kedai gnting rambut td
dan actually
dr dulu lagi aku memang jnis rambut botak
coz da tbiasa kne kawad
tp bila aku da msuk kolej
rasa nak try lak brambut panjang
dan aku da rasa peluang tu
so rasanya
tu la the first n the last
tp tak tau gak la
gerak hati manusia
boleh gak berubah,haha~


dan actually bila da potong ni
rasa lebih puas ati gak la
nmpk mcm lebih cantik dari dulu
ne yang lg pnting
simptom2 dibawah ni takde lagi!

telinga aku ilang sebab dicover rambut yang tebal
bgn tdo je,rambut mcm hape mggerbang
rimas nk kne pki minyak zaitun byk2 kat rambut
ape lagi?
nk kne jge rmbut slalu,ssh btol~

so,ksimpulannya?
aku dengan wajah baru~
thnx,brader barber!

Cinema's! I got u!

ALKISAH
Macam biasa la
adat kalau da abes exam
memang nak bersronok puas2
macam baru pas abes seksaan je
tapi memang btol pon
haaha~
dan sebagai permulaan percutian tiga minggu aku ni
aku mulakan dengan plan pertama
tengok wayang
dan tengok wayang
sahaja
dan begitulah seterusnya
dan pada plan pertama aku
time pergi alamanda aritu
aku,amir n apam tengok crita shrek
forever ever after
mula-mula tu terfikir gak dua tiga kali
ape kne la aku nak tengok cerita merepek ni
biasa la,before masuk panggung mesti aku cakap camtu
tapi bila da keluar panggung
tak cukup mulut nak cerita
btapa seronok lak cerita tu
tapi anyway memang sngat best la
coz cerita tu berunsur lawak komedi n romantis
(tema romantis tu mcm tak kne ngan aku coz aku solo)
tapi anyway,sgt best!
then
bersambung lak pada hari isnin yang lalu
fakar lak ajak aku pergi tengok wayang
tapi kat KLCC la plak
rite after makan tengah hari
nnt kat sne takyah makan lunch lagi
aku terus pergi beli tiket
Iron man 2..


mula2 aku tanak gak tengok cerita tu
sama la macam biasa
aku akan merepek.."ape best ke crita ni,nmpk merepek je.."
tapi bila da tengok..
hmm..mula la aku crita yg best gler r crita tu
siap kalau boleh,nk gtau kat facebook
(tapi memang aku tulis kt fb pon)
dan cerita tu,again sanagt best..
cerita apa yang tak best kat panggung ea gaknya?
haha..pas abes tengok wayang tu ngan faka
aku terus ke kinokuniya
ntok carik buku yang bagi aku sangat best
n membantu aku skrg yang tengah wat personal statement
hehe~ buku Denyut Kasih Medik
title nmpk jiwang kan? tapi~
bagi aku
maksud kasih tu,cmne kasih dia kpd Medik
bkan kasih jiwang2 tu..:)
so,jgn salah tafsir lak
nnt kte aku mncari cinta lak
no,aku tetap mcm dulu
takde makne nk bcinta
so,sape yang dok bergosip aku dgn F***a (nama dirahsiakan)
sila bertaubat ea,takpn cpt2 mntak maap ngan aku,haha~


erm,,anyway buku yang menarik
dan padat dengan kisah seorang HO..
dan wayang yang next (ade lagi?)
 ialah pd smlm..pagi2 dato' faiz da call aku
time aku tengah lepak2 bce surat khabar pg2
kat tman permainan kt rumah aku
(macam gaya old folks)
bliau ajak pergi Wangsa Walk
waw! sanagt best dan aku tak pernah kesana pon
even dekat je ngan umah aku
so,aku mengarahkan dato' ntok amek aku dr rumah
maka terkial-kial la bliau da kwnnye dlm keta tu
nak mencarik rumah aku
dan bila sampai lak
takot nak masuk sebab ade askar pompuan guarding kat pos pengawal
tkot kne tembak gamaknye~ haha
then aku terus ke Wangsa Walk dan cerita ketiga aku kat panggung
Robin Hood la plak
so,sampai kat kaunter tu
terus je beli tiket n terus masuk panggung
coz tiket pukul 11.45
 n kitorg plak beli pkul 11.45
so,layan la..
yang ni aku tak mengomel sgt la
sbab aku mmg nak tengok cerita ni..


tapi bila aku da abes tengok wayang lak
rasa macam rugi
dua muvee previous ni lagi best rsenye
haha~ takpe..
pasni,ade dua yang menanti..aku nak tengok prince of persia
n lagenda budak setan lak..


tapi rasanya,aku bukan kaki wayang
ape da jadi? asal aku lak gila tengok wayang ni?
aduhh~

Mi segera disahkan selamat dimakan! Yeay!

KUALA LUMPUR: Hasil analisis makmal Kementerian Kesihatan mendapati mi segera selamat untuk dimakan oleh orang ramai.

Analisis oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mengenai kandungan garam di dalam sepeket mi segera itu mendapati kandungan bahan berkenaan tidak melebihi tahap yang disyorkan pihak kementerian.

Pengarah BKKM, Noraini Mohd Othman, berkata secara purata, kandungan garam dalam satu peket mi segera di negara ini adalah antara dua gram (g) dan tiga g, manakala pihak kementerian yang merujuk pada Panduan Diet Malaysia mengesyorkan pengambilan lima g sehari bagi orang dewasa dan 4.75 g sehari bagi kanak-kanak selaras saranan Institut Perubatan.

“Ini bermakna sepeket mi segera tanpa bancuhan air mengandungi lebih kurang 50 peratus garam daripada yang disyorkan dan jumlah berkenaan akan menjadi lebih rendah apabila 400 mililiter (ml) air dicampurkan dalam penyediaannya,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.

Selain itu, beliau berkata, kementerian turut menjalankan analisis makmal ke atas 73 jenis bekas makanan, termasuk bekas mi dalam cawan yang diperbuat daripada plastik jenis polipropilena serta polistirena dan ujian mendapati semua sampel yang digunakan membuat cawan mematuhi piawaian yang ditetapkan.



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sebelum ini meminta kementerian itu menjalankan kajian makmal bagi membuktikan kesahihan dakwaan mi segera tidak mendatangkan mudarat kepada pengguna khasnya terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.

Noraini menjelaskan tahap piawai garam dalam mi segera tidak termaktub dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana penggunaan garam oleh pihak industri bagi produk mereka adalah bergantung kepada formulasi produk dan tahap penerimaan pengguna.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna supaya bijak memilih makanan bagi memastikan pengambilan garam dalam diet seharian mengikut syor yang
disarankan bagi mengurangkan risiko masalah kesihatan selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan bersenam.
_________________________________________________________________________________________________________

Dipetik dari sumber Berita Harian Online. Adakah ini membuktikan atau mnjadi satu evidens bahawa sebenarnya megi ni tak berbahaya pon sebenarnya? Atau cmne? Yang penting,hakikatnya ramai yang makan megi,dan dalam statistik terbaru, rakyat Malaysia consume 1.2 bilion (1,200,000,000) megi dan kadar tu jadi lebih tinggi,dengan 44 megi per kepala kat sabah dan sarawak berbanding 38 megi di semenanjung per kepala. (Sumber,bharian online)

25 May 2010

Yeay! Exam da abes! ^^

Alhamdulillah~
sekarang da abes exam..
so,what next?
aku sekarang terfikir satu mende je
adik aku
sebab dia salah sorg dari 1000 orang applicants SPC MARA
yang tengah tunggu
dapt ke tidak biasiswa MARA
n yang paling penting
dapat ke tak masuk KMB
sebab kalau diizinkan Allah
aku nak dia ke KMB,mcm aku
bukan sebab nk tnjuk megah
tapi aku tau
KMB la tempat terbaik sebelum pergi overseas
aku nak dia berjaya macam aku
kalau boleh lebih lagi
biar parents kitorg bangga dengan kami
dan rasa bersyukur dengan kurniaan Allah ni.

dan petang tu
lepas solat jumaat
aku dan Farizzaidi mula mengemas bilik kitorang
dan abes je kemas
miss Fazila mula check bilik kitorang,haha~
suka lak aku tengok dia check bilik kitorg
mcm ssh je nk crik kesalahan or area yang kotor kat bilik tu
hehe~
abes je clearance dr dia
aku terus online internet
sebab nak tggu result mara
agak mengejutkan
sebab kalau nk ikutkan,result tu keluar pukul 4
dan agak jam la trafik internet time tu
tapi tengok2
pukul 4 tu la aku berjaya akses dan semak keputusan MARA tu
dan alhamdullah
aku tau berita gembira ni lagi awal dari famili aku
dan aku terus gtau famili aku
yang adik aku dan aku skrg
adalah KMBians
dan aku sangat bangga dengan dia
berjaya gak dia akhirnya
aku dapat rasa 
apa rasanya mak dan bpk bila tengok anak diorang berjaya
sebab aku sebagai abg pn
dan tersangat gembira dengan stiap kejayaan adik2 aku
alhamdulillah
sesungguhnya rezeki mu itu sgt luas
dan kami bersyukur atas kurniaaMu,Ya Allah.,~

lepas aku habis checking result MARA tu
aku terus bersiap ke alamanda
nak raikan exam da abes
so amir,apam n anep ajak pergi alamanda
tengok wayang n makan katanya
aku ok je..hehe
dan alhamdulillah
setakat ni smuanya ditanggung oleh mereka
aku just keluar duit tengok wayang je,hehe~

so,malam pn da semakin larut
smpi KMB je,aq terus pg blok senior
ntok kutip buku2 IB yang diorang da tak pakai
aku kutip ntok aku dan adik aku :)
jimat sikit duit nak fotostat semua buku2 ni
bukan jimat sikit,tap sanagt banyak~

keesokan arinya
aku pulang dengan Miss Fazila
sambil rancak berbual ke sana
aku mula berkongsi banyak cerita dan perasaan dengannya
kesian kat dia
tertekan dengan tugasnya sebagai guru
tapi smue tu normal,katanya
apa yang dceritakan,tatap mnjadi rhsia
:)
thanx cikgu,coz sending me home!

sampai dirumah
aku peluk mak aku dan bapak aku
aku cium pipi dan dahi diorg
trasa nikmat kepulangan.

End of Sem II

Bismillah pembuka bicara..
Alhamdulillahirrabbil al'amin..
segala puji bagi Allah
tuhan sekalian alam..

Akhirnya
setelah dua n tiga minggu aku berhempas pulas
dan rehat yang makin tak teratur
tdo yang makin kurang
segalanya berakhir semalam
deng pengakhiran yang sangat baik
dan hampir sempurna dalam sebuah perjalanan yang panjang
aku dipertemukan dengan kesudahan cerita pengorbanan tiga minggu ni
dengan peleraian yang menyeronokkan 
yang menenangkan jiwa aku
yang dah toga minggu tertekan dengan exam dan benda2 lain
walaupun aku dah tertekan tiga minggu ni
tekanan demi tekanan ni sebenarnya memberi kita suatu dimensi pemikiran baru
yang lebih matang dan aktif
yang selama ni da mmakin jarang aku dapat
sebab kiwa makin lalai dengan tugas dan hedonisma dunia
dalam controllable atmosphere
dan aku boleh melihat jauh kehadapan dengan mudah
kalau nak banding dengan
dengan dulu..hmm
takpe la
yang penting sekarang,exam dah habis
dan bermula pukul 12.20 semalam
pas paper biology yang last
aq terima banyak khabar gembira

(i) chemistry aq lagi dua markah nak dapat gred 6
(mintak2 dapat la nnt)
(ii) adik aku jadik junior aq kat KMB since dia layak ke sni
(iii) aq diblanja amir,ngan hidangan pizza hut n teksi percuma ke Putrajaya

haha..indahnye la dunia bila dapat semua ni ari2
tapi sebelum ke cerita semalam
aku nak rewind ke ape yang aku dah alami
sepanjang tiga minggu ni..

************

maka bermulalah cerita 
sekitar awal mei 2010
aku mula dilanda internal konflik
antara kerja,test dan tugas
dan tekanan hebat dari orang yang macam takde kaitan dengan diri ni
tapi nak mengaitkan diri ngan aku..apekah?
aku mula tertekan dan time tu lom exam lg
tapi da mula mcm malas nak blaja
sebab banyak sangat mende yang useless aku kne wat
dan aku tak leh nk study n even prepare for this coming exam
haa~ mak,aku nak study la!
aku rasa macam nak menjerit je time tu
biar orang sume tau ndiorg takkn kacau aku
tp jeritan batin je la yang aku mampu

masa pun terus berlalu
aku mula berhadapan dengan test2 dari cikgu
macam test math yang standardise
test biology
test chem
dan alhamdulillah
semua aku rasakan ade banyak peningkatan 
dari previous test
dengan semua ni
aku rasa diri aku lebih well-prepared la nak berperang kat examination hall
alhamdulillah
even aku tertekan,macam yang aq cakap tadi
tapi still boleh success dlm test
^^

maka dengan berkat persiapan yang baik ni
aku melangkah la ke minggu kedua persediaan ntok exam ni
aku mula study..(eceh!) tapi setakat recall sem i punye chapter la
termasukla baca balik semua sem i punya silibus
itu memang wajib
then aku mulakan dengan study bio..
tapi knape bio? bukan bio last subject ke time exam?
haa~ tu la,korg tak tau
sebab last exam la aku bce biology dulu
sebab malam last tu memang aku takleh concentrate punye
n memang proven pon
aku dok teringat nak balik umah je
n excited sangat nak balik
hehe! tp plan aku yang ni berjaya
aku berjaya wat preparation awal dan memang malam last exam tu
aku takleh baca buku pasal excited nak balik
thus,aku wat latihan past year question je la
tp strategi ni sangat-sangat membantu,alhamdulilah
thanx god,u've shown me da rite path

then,aku dapat pembakar semangat
dihari ibu yang mulia
famili aku datang
nak celebrate hari ibu ngan aku skali
tu yang aku suka kat famili aku
bila nak celebrate sumthin
mesti tggu famli gather dulu
maybe ni la cara bapak aku nak eratkan ukhuwat inter-family 
danhydrogen bonding antara kami
dan yang lebih manis
mak aku masak special ntok kitorg lunch kat KMB
teringat lagi udang masak sambal yang mama buat
yummy! nak lagi..^^
then aku dapat hadiah=sandal croc..
diorang ni da macam celebrate birthday aku je
padahal hari ibu tu
takpe..tapi yang lagi penting
mak aku datang sebab nak bagi moral support
ntok exam ni,dan parents aku bagi ciuman berkat kat aku
aku sangat terharu
sebab sekarang aku masih mampu dapatkan pelukan dan ciuman kasih sayang diorang
dan aku tahu
satu hari nanti aku takkan dapat lagi mende ni
so,sementara ada masa dan kesedaran
aku manfaatkan kasih mereka..

so,where r we?
owh..a'ah,ttg prepare nak exam ni
so,rasanya aq da ptot start ngan persediaan pecutan akhir ke exam
dan aku mula siapkan jadual study aku for exam
n alhamdulillah,sehingga abes exam
semua jadual tu aku dapat patuhi
n aku dapat buat persiapan ngan sebaiknya.

maka bermulalah cerita perjalanan exam aku..

aku mulakan semua ni dgn prancangan yang sebaiknya
dengan tdo awal pd malam ahad tu
dgn harapan,aku akan bgn awal pagi tu
dan alhamdulilah,nampaknye sume tu bjaya
tapi tu utk hari pertama je la
hari yang lain sume
 jadi macam biasa je
biasala
kalau hari2 pertama,memang semangat tu membara

DAY 1
kertas pertama:english B HL
sebelum aku sit for dat exam
aku pergi jumpa
dengan org yang aku anggp mcm kakak aku sndiri
miss nabilah
aku pg ngan harapan nk seek advice from her
sbg bekalan utk exam nnt
n alhamdulillah
kata-kata semangat dari seorang guru sgt2 indah
dan memberikan keyakinan buat aku
utk terus berjuang untuk exam ni
da aku berjaya lalui exam tu dengan baik
macam tu gak la dengan paper two
eventhough aku tnye mcm2 psl format n teknik mnjwb dr tchr before exam tu
tapi sudahnya,aku ttp jwb exam mcm biasa
tchr siap psn lagi..
"..daus,nnt klu jwb,make sure jgn lebih 3 page.."
sudahnya? aku buat 5 page..
hadoyai~
dan paper malay A1 SL aku pd ptg tu
aku hadapi dengan baik
alhamdulillah
walaupun responses to the questions from others agak berbeza
tapi aku yakin dengan haluan aku
da aku teruskan pada hari kedua

DAY 2
bermula dengan paper agama
malam tadi dekat satu malam aku dok study agama
even agama bukan kredit utama dlm IB
tp aq tetap treat agama tu penting mcm subjek lain
malah lebih dari tu
sebab agama yang aku bwk smpi mati
yg lain tu aku tak bwk
n alhamdulillah,agama aku brjaya tmpuhi dan siap awl
aku siap ttido lagi,astaghfirullah~
mgkin sebab aku lambat tdo mlm td
dan exam bersambung ke paper kimia,kertas 1
dan alhamdulillah,seperti dijangka
latihan dengan past year question byk mmbantu aku
tapi halangan sebenar
berada depan aku pasni..
bila aq mula mnduduki kertas kimia,paper 2
dan aku mula mnjadi bingung
tak smena-mena..
knape? ape yang tjadi kat diri aku?
kenapa aku takleh jawab soalan ni,even senang?
aku tak tau..
dan nmpknye,bkn aku sorg cckp cmtu
rmai yang dilema pas jawab paper tu
dan hasil result sndiri da buktikan
markah paper 2 kelas aq
average sume bawah 40,per 60..
dan bermula saat ni,aku da mula rasa down
masya'allah,ape yang berlaku ea?
astaghfirullah al'azim
aku beristighfar banyak2 kpd allah
teringat psan mama bila kita dlm kesusahan
beristighfarlah kpdNya
mungkin saja kita sdg diuji

DAY 3
aku terus mnapak ke dewan exam arini
dengan semangat semalam
bukan semangat baru
aku mula terasa bahang exam yg sbenar
dan keperitannya
kkecewaan aku pada paper chem smlm masih berbekas
dan hari ini,mathematics
subjek yang paling tough
dan aku mula bersikap acuh tak acuh
myakinkan diri sndiri
yg paper SL boleh aku lalui
tapi hakikatnya
tak ada bezanya antara HL dan SL
level difficulties tetap sama
dan menyesallah mereka yang menganggap SL tu senang
termasuklah aku
aku sangat kecewa dalam arini
dan semalam
aku mula rasa sangat takut
kalau aku tak mampu teruskan peperiksaan ni
bila aku balik dari exam
aku terus berdoa
dan sujud kepadaNya
aku mengadu kepadanya
Ya Allah..adekah sume ni ujian buat hambamu?
aku berlindung dengan namaMu yang Maha Perkasa
Maha Agung dan Maha Pengasihani
andai kesilpa,kelalaian hati dan dosa menutup pintu kalbuku
ampunilah diri ini,Ya Allah..
izinkanlah hambamu ini berjaya,Ya Allah
izinkanlah aku lalui semua
ini demi agamamu
demi kedua orang tuaku
demi engkau,Ya Allah
izinkanlah aku berjaya
izinkanlah aku melihat cahaya kejayaan dipenghujung perjalanan ini
walau sepahit mana ranjau dihadapan menanti
bekalkanlah aku dengan iman dan takwa
semoga dapat ku akhiri perjuangan ini dengan baik
dan semoga ianya berkesudahan dengan pengakhiran yang sempurna..
***
harini aku balik awal
samapi je kat bilik,aku terus berehat dalam 30 minit
dan aku terus study for ITGS sok
memang aku tengah penat
tapi semangat aku belum mati
biar aku penat skrg
aku tanak menangis dikemudian hari
lgpn,cuti leh je nk brehat puas2~


DAY 4
dan hari ni
berbeza dengan semalam
kalau semalam aku datang dengan semangat yang pudar
harini aku datang dengan semangat yang baru
selepas aku bermuhasabah diri
dan menyiapkan bekalan ilmu dengan sebaiknya
aku menjejakkan kaki ke dewan peperiksaan dengan yakin
siap tak bwk lappy lg
cuma berbekalkan nota sbg persiapan terakhir
dan alhamdulillah
aku berjaya lalui exam ni dengan kepuasan
dapat jawab dengan sebaiknya
dan even tak la panjang macam orang lain 
tapi aku yakin dengan jawapan aku
alhamdulillah..syukur kehadiratmu,Ya Allah
habis je exam
aku terus balik bilik
untuk study subjek kegemaran aku
and luckily
exam kali ni letakkan bio pada hujung exam
dan aku da pon wat persiapan ntok exam bio seminggu lebih awal
dan persiapan2 tu masih tetap segar dalam pemikiran aku
so,dengan berbekalkan kurniaan allah yang mencurah dingin kat luar
pabila pohon menyubur disirami rahmat Ilahi
hati aku bagaikan turut subur sekali
tatkala diingati seseorang yang turut menyukai situasi 
hujan yang dingin ni
beliau lantas menghubungku
katanya
hujan adalah rahmat allah yang paling bernilai buatnya
baginya
bukan sahaja rahmat air hujan itu sendiri yang menggembirakannya
malah
suasana dingin dan selesa ini sangat kondusif
alhamdulillah~
kadang2

apabila allah turunkan sesuatu buat kita
terlalu banyak nikmat yang dibawa bersama
hanya hati yang bersih melihat
dan mensyukuri nikmatnya
maka rugilah mereka yang tidak bersama mensyukuri kurniaan allah ini
walau dengan semudah mengucapkan alhamdullah..
***
petang ni,alhamdulillah
PCZ dtg utk sama2 berbuka or iftar together dengan kami
dari kumpulan usrahnya
dan dengan bekalan yang beliau bawa dan makanan DS dlm talam
aku
ah tong
amir rosli
wan asyraf
kitorang buka sme2 kat belakang surau
sounds cliche?
tp aku bersyukur
sebab ade la gak orag yang sud bawak kami
raikan kami
dengan ukhuwah dan famili bonding dalam usrah
sungguh
apa yang diasaskan oleh Imam As-Syahid Hasan Al Banna
berdasarkan teladan hidup baginda
adalh satu pendekatan terbaik buat umat Islam bersatu
bermula dengan foundation yang paling utuh
diperingkat akar umbinya
bermulanya proses Ustaziyatul Alam
dengan mengukuhkan diri sendiri
dan itulah apa yang kami cuba dapatkan
sebelum bergelar doktor 
suatu hari nanti
***

DAY 5 : FINAL 
dengan kesegaran maksimum
aku melangkah ke dewan exam pg ni
dengan keinginan kepada noktah perjuangan tiga minggu ni
aku bangkit awal pada pg ni 
seawal jam 5 pagi
sebab tertido awal,kat surau plak tu
sangat nyenyak tdo kat sana
aku yakin dengan persiapan yang aku dah lakukan semalam
aku mampu lakukannya
dan pada paper 1
aku lalui dengan yakin dan mudah
  tatkala bahang balik rumah
mula terasa
aku mula menyiapkan persiapan akhir
utk kertas terakhir
bila aku mula pegang kertas akhir bio
aku tersenyum riang
alhamdulillah
nampaknya
bekalan aku teoat dan mencukupi untuk jawab semuanya
dan aku tersenyum riang menjawab paper bio ni
dan aku katakan pada diri ku
allah mendengar den menerima permohonan ku kelmarin
untuk aku dapatkan pengakhiran yang sempurna dari exam ni
dan tepat 12.20 tengahari
aku serahkan tinta perjuangan terakhir aku dlm peperangan ini
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
segala puji buatmu
dan dengan izinmu
aku berjaya akhirinya,ya allah
aku nak balik
dan khabarkan kepada org tuaku
aku lalui semua ini dengan baik-baik saja
***

END OF EXAM

***
 

16 May 2010

Hustle 'n' bustle of exam.

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedar tak sedar
da satu semester dah berlalu
banyak mende yang kitorg da jalankan semester ni
dan banyak sangat mende yang aku dah belajar
dalam semester ni
buka je dalam kelas
malah pembelajaran luar darjah
sangat banyak 
dan syukur teramat sangat
nikmat yang teramat luas 
kurniaan Allah buat diri aku
alhamdulillah
da nak masuk semester tiga dah
kepala masih lagi tak ready dengan cabaran sem iii
dengan sibuk kat co-currricular xtvt
then dengan math portfolio
(aku da mintak wat time cuti sem ni,tp tak dpt)
then, world lit malay yang aku pon tak antar lg proposal
extended essay? aku tak pasti cmne
last aku consult advisor aku, time deadline title
tu pon aku rasa macam nk tukar title lg
ingt nak try cari orang dalam r
senang sikit,hee~
ape lagi bebanan sem 3?
IA ITGS? haha~ cuti sem ni siap la kot..

dan memandangkan semester dua aku kat IB world school ni dah nak habis
skrg la masanya aku duji
whether aku blaja ke tak sepanjang sem ni
i mean...
kalau exam sem ni aku fail
sama la mcm aku tak belajar ape2
kan?
so,berbekalkan persiapan 10 hari
berkejaran kpala aku nak habiskan semua revision
tapi at last,alhamdulillah
skrg aku tinggal nak baca ITGS je
then settle r kot
tinggal nk sum up semua mende yang aku da baca
tp tu malam nak exam la baru aku buat
hehe ^^
tapi agak takot la sbenarnye
rasa macam tak wat preparation pon nak exam
even da macam2 buku aku baca
maybe aku rasa camtu sebab gemuruh kowt
tapi,never mind
kita berusaha
allah menentukan segalanya
semoga usaha aku diterima allah
^_^
mungkinkah? insya'allah
sekali lagi
moga allah terima usahaku
aku nk berjaya
nk fly pg Ireland
nak mak bapak aku bangga ngan aku
biar diorg rasa
tak sia-sia diorg besarkan aku
tak sia-sia diorg habiskan masa mereka
utk mmbesarkan anak sulung diorang ni
aku nak berjaya
depan mak bapak aku
mungkinkah? insya'allah


 so,exam akan berlalu
then wat happen?
cuti sem aku,aku plan for first week je
lagi dua minggu tu wat keje je la rasanya
tiga ari first, dari 22-26 mei
aku ke tambun,perak
for our Love Symphony project
kali ni kitorg nak cat umah anak yatim ni
then ari Isnin, aku balik Kluang ngan member aku
sebab nak balik Johor
rindu sangat kat Johor
dan 6 bulan aku tak balik sana
kampung? lagi r lama
aku wat kali pertamanya kol mbah (nenek) aku sebab rindu tak blek kampung
insya'allah cuti sem ni la masanya
belum fly oversea da tak balik kampung
jangan la nnt bila da fly,tak balik langsung
then,kat kluang tu pon niat aku nak visit
nak jumpa orang yang selalu tolong aku dulu
kak ziza? maybe dia akan tercari aku kalau dia tau aku balik T6..
sian dia..ape khabar la dia..
teringat dia selalu mengadu kat aku pasal dia nak kahwin
tapi dia mintak pesanan dari aku n pandangan
even dia dekat 8 tau lagi tua dari aku
tapi dia trust aku ntok bg pandangan tentang perkahwinan dia
kenapa aku? sebab muka aku matang ke (bak kata kawan aku ea..)
sebab perangai aku ke? ntah la..
kita tak nampak diri kita
tapi orang yang nampak+menafsir diri kita
berbalik kepada isu perjalanan aku
esoknya
aku ke SM SAINS KOTA TINGGI
utk dua ari
ke bumi waqafan
tempat diri aku dilahirkan
tempat bakat aku digilap
tempat ilmu aku dimantapkan'
tempat terselah diri
tempat aku memulakan erti kehidupan
rindu nak jumpa semua junior
dan cikgu,terutamanya
dulu,time kat skola
tak pernah terfikir yang aku akan merindui skola tu
tapi bila da abes skola
mula termimpi2..
sangat excited sebenarnya nak ke sekolah
nak tidur kat sana
n nak share experience ngan junior
ahaa~ semoga allah permudahkan urusanku..
amiin~

so,back to the mood
wish me luck in this exam
will be offline for a week
bye~

~assalamualaikum~

04 May 2010

DE'sign for UMMCollege

To amierul ameen..aku charge ea for dis design..hehe..
klu ko nak fail .psd (photoshop file) design ni,cntct aq k?

03 May 2010

A weekend to be remembered..

Assalamualaikum..
akhirnya apa yang aku nantikan da pon tiba..
da sampai pun kat bilik dari Jugra,Banting..
for Kem Perkhemahan Tahunan Kadet JPAM KMB..
dengan badan yang agak sengal dan rimas..(coz kat sana mandi kerbau je)
dan mata yang mengantuk..
da la malam first kat kem tu takleh tido..
coz aktiviti habis pukul 5.45 pagi..
apahal? first time dlm hidup aku, tak tido satu malam tu..
tapi nice la, aku suka hadapi cabaran tu..^^
tapi, even aq da smpi kat KMB..
ati aku still kat sana lagi..
banyak mende yang aku nak abadikan dalam blog ni..
banyak memori yang manis tercipta..
antara aku dan sahabat-sahabatku..
ingat lagi.
time sampai-sampai je..
da mula kena sound...
"korang bising, macam langau!!"
"korang tau tak langau tu ape?"
*mesti la kitorg tau, kalau tak tau, takdenye buat IB..
ingat lagi that moment, jurulatih tu macam dah fed-up gila ngan KMBians..
diorg claim yang dak2 KMB ni semua ego melampau-lampau..
bajet bagus katanya,maybe sebab semua nak fly..
bakal kenamaan n org pnting negara la katakan..
haha..agak stress pada mulanya, sebab
aku kat situ dok elok-elok je..
dok marah aku skali plak..cian aku..
well,da puas kena bebel, kitorg pegi pasang khemah pulak..
then aku, alip, azzeem and asyraf pon spakat nak dok satu tent..
da tu la dalaam hidup aku,first time pasang khemah sndiri..
before this, aku pg kem Pushing Boundries pon, khemah dah siap..
macam biasa, badan pon da rimas, mula la bersiap..
untuk aktiviti malam tu...
__________________________________________________________

bersambung pada malam plak...
malam tu wat ape ea? *tlupa
owh..ingat dah..malam tu pulak, kitorang kena dgr crmah ice breaking...
ice breaking ke? macam tgk show lawak berunsurkan motivasi la..
dari en. syamsul..seorang yang da mmg terkenal kat kolej aku..
aku punya la gelak malam tu dengar crmah dia,
smpi aku da takleh ketawa lagi da...hanip lagi la..
separuh mati dia ketawa malam tu..
tapi yang paling klaka malam tu..
drama sebabak dari pengrusan JPAM.
adela babak lakonan ni sikit..
yang mngisahkan ketua-ketua anggota JPAM KMB ni kena hantar balik KMB (kononnya)
sebab diorang ni tak guna jadi leader
tapi anak buah macam langau..(again?)
tapi tu la, cara penmentasan drama tu agak kaku la..
macam plan last minit je..
siap ade demonstrasi nak halang trak JPAM dari hantar diorang balik KMB..
aku dok kat belakang sekali dalam rusuhan tu..
sebab nak gelak kat diorang..klaka plak aku tengok demonstrasi tu..
sangat tak real..

(bukan gambar sebenar)

tapi last2 keadaan yang teramat bising (macam langau) tu kembali normal
normal tu,mksudnya macam langau la..
then pastu, diorang declare yang aktiviti malam tu dah abis..
so balik la tent, nak tido..
tapi tak sampai 10 minit tdo..
ade lak siren call (bunyik ala-ala siren dalam silent hill)
panggil sume peserta kem..
coz ade aktiviti special ntok diorg,..
ingatkan ape sangat..stakat panggil roll-call biasa je..
tengok2..
"memandangkan kamu pon malam tu tak boleh tidur dan sangat cergas,(apekah)?"
"kita akan buat jungle trekking+night walk kat bukit bosan ni"
adoyai~ aku ngantok.. da lah cerita-cerita dan pesanan dari Sgt Sukri wat aku rasa cuak sangat-sangat
dengan pocong dua ekor yang dipaku kat puncak bukit tu..
tak tau la betoi ke tak..tapi aku da cuak..haha^^
then kami dibahagikan pulak kepada satu barisan yang sgt panjang..
dan dihadapan aku, 61 (shuk;bukan nama sebenar) dan 63 (anis suriani;pon bukan nama sebenar)
diorang ni la yang wat aku sronok malam tu..
nak-nak time tunggu orang belakang yang aku da tinggalkan jauh..cian 63..
dok tjerit-jerit suruh aku tunggu..
yang aku tak boleh tahan tu...orang yang jauh dari aku dalam barisan tu
yang panggil aku sepanjang malam tu..76 (usop; bukan nama sebenar)
wat aku terpekik nak reply each call dari dia..
memang seronok la aku sakat 61 malam tu..
then lepas brapa jam ntah panjat bukit tu, kitorg habis game dalam pukul 4 pagi..
tapi tak smpi campsite lagi..
pkul 4.30 baru sampai..
sambung ngan beberapa sesi bebelan lagi..
dalam pukul 5 baru dapat tdo..
aku dapat tdo smpi 6.15 je kat tent..
then bersambung la ke hari seterusnya..
__________________________________________________________

Hari kedua : Sabtu; 1 Mei 2010
hari ni plak camne ea kengkawan?
arini stat ngan baik la,sebab aku bangun awal..
sempat mandi and solat subuh kat surau..
pnting tu sebab kalau tak, pagi tu aku akan masuk baris dalam keadaan tak mandi
macam hari last ni..
pagi ni bermula dengan senaman ringan dan lari pagi.
or in other words, ade PT pagi..
ala2 PLKN la...
so pepagi tu berlari la sampai pancit..
aktiviti pertama hari tu bermula dengan kelas ikatan dan pertolongan cemas..
yang paling sronok kat kelas pertolongan cemas rasanya..
satu sebab, time tu dak platun 3-5 kena kawad kat panas terik
then kitorang just tengok je dari Balai Jati..
siap ikat orang dalam kelas ikatan tu..
and cian murshid time tu..da la ttdo then jatuh macam nangka busuk..
then kena buli lak, kena ikat and sakat ngan budak-budak ni..
then petang lak ade latihan kawad..so berkawadla aku..
dengan tak tido mlmnye..
nseb baek aku dapat jurulatih kawad yang sporting..(thx Pbt Muslimat! ^^)
sangat puas ptg tu sebab dah lama sangat tak kawad..
and petang tu la jugak, time paling baran aku kat kem tu..
time kelas kebakaran..dah la tengah penat lepas latihan kawad..
then teruk lak kena bebel dengan Sgt. *****..
dekat bawah sunlight plak tu..
mmg patut la dia buat klas latihan mengawal kebakaran time tu..
ntok tlg padamkan kebakaran dalam hati aku ni..
tapi bila sampai time simulasi kebakaran tu, aku da seronok balik..
sebab dapat kena siram ngan air bomba..
first time tu..^^
__________________________________________________________________

bersambunglah malam tu plak..
so malam ni ade curtural night performances..
and for our team, we supposed to have a meeting regarding to the event..
coz nak plan malam tu nak present ape..
but then.. aq accidentally ttdo kat surau lepas solat maghrib..
start gak show tu dalam pukul 9.30..
so aku dengan tengah sakit perut time tu..
pergi la gak join wat show for that event..
whr each team kena wat show malam tu..
ade yang menyanyi
ade yang berdarama
ade yang menari...?
kalau macam team aku, ade je semua elemen ni..
dan aku bwk watak juri dalam "JPAM idol" (ke JPAM got talent ea?)
aku ingat la aku takleh nak perform malam tu..
tp alhamdulillah, aku dapat wat perfromances aq spontanously malam tu..^^
pukul 12.30 baru habis curtural night tu..
aku ingatkan cerita hari sabtu smpi situ je..
ade lagi mende tak setel..
malam tu kena wat latihan untuk majlis penutup sok pulak..
aku join team kawad utama untuk mjlis penutup ni...
bukan sebab aku nak..
tapi sebab aku da join team kawad lama time perbarisan kemerdekaan dulu..
so berlatih la malam tu..
pukul 2.00 baru balik tent, pas dapat baju uniform utk masing2..
_____________________________________________________________________

so..ke ari yang terakhir..ape ade arini ea?
well,arini la sume orang dok tunggu..
ngan aku skali dok tertunggu arini..
arini la ari last kitorang kat sini and majlis penutupan pon arini..
tapi pagi ni aku tak bermula dgn baik..
aku bangun bila aku terdengar siren roll call pkul 7..
maknanya?
aku masuk baris dalam keadaan tak mandi n tak smpat nak solat subuh..(huu~)
tapi aku da gosok gigi la before masuk baris..
(satu pndedahan eksklusif! ^^)
ingatkan pagi tu ade jogging lagi macam smalam
tapi pagi tu just ade senaman fizikal
dan senaman telinga
(sebab kena bebel lagi, coz kehadiran lewat)
dan aku teruskan pagi tu ngan latihan kawad for majlis penutup nanti
so, credit to ketua platun aku, acap mokhtar coz struggle nak command kat depan tu..hee~
and thanx to syafiqa izzati, coz komen dan teguran time kawad..^^
pagi tu berlalu macam biasa..
lepas latihan tu, sarapan n terus mandi..
then terus sarung baju kawad JPAM..
after that, terus ke majlis penutupan sebenar..
memang best dapat sarung uniform tu, and kali ni
uniform aku tu memang fit dengan badan aku..
(dulu aku kawad time sambutan kemerdekaan,pakai baju tu tapi saiz besar,sangat tensen)
so, dengan bestnye aku pon pakai baju tu pg kawad
sampai masanya, ucapan demi ucapan berlalu
aku dengan steady diri la kat situ sampai berpeluh..
tapi yang aku tak bleh tahan tu
time majlis tu MC plak wat hal..agak biadap bagi aku..
dan rasanya rmai gak cakap beliau biadap
sebab dia salah sebut nama VIP jemputan..
plak tu nama VIP tu agak plek..dan dia pg gelak..
kalu tak dgr kat mic takpe gak..
ni sampai semua orang dgr dia gelakkan nama VIP tu
takpe,lupakan~
time paling best
bila demonstrasi padamkan kebakaran berlangsung..
tapi diorang tak padamkan api
diorang padamkan haba yang tengah membakar kitorang..
(maknanya,kami disiram)
sangat best time tu..
then lepas majlis berakhir, kami pun bergambar macam nak rak
dengan camera woman (miss ashimah) dan ksian kat beliau sebab kne layan perangai gila kitorang..haha~
dan semua pon dah habis...
sampai la time nak balik..~
___________________________________________________


lepas berkemas, kami kena pergi makan sbnarnye..
tapi aku tak tau kenapa
aku tak lalu nak makan lunch time tu..
tak ade selera langsung
haus je melampau-lampau..
maybe sebab aku tengah penat, so malas nak makan
tapi rasanya aku rindukan sesuatu
memang adat la klau aku nak berpisah dari kem tu
memang malas nak balik..
rindukan suasana kat kem tu
rindukan semua kenangan kat kem
rindukan partner satu team
rindukan suasana kawad
dan banyak lagi~
memang susah aku nak dapat peluang tu lagi
dan ni la kali terakhir aku wat aktiviti camni..
sedihnye~ tapi aku nak blek gak..
bila sampai time nak balik..
aku sangat emosional..
macam sedih sangat nak balik..
nak kawad lagi
nak naik bukit lagi
nak nightwalk lagi
nak tido dalam khemah lagi
nak kacau ********* lagi
dan nak semua yang aku lalui kat sne..
tapi..
setiap yang bermula pasti berakhir..
aku pon balik...
TAMMAT

*****





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...