My LiveStatus.

20 February 2011

Alhamdulillah~

Bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah,mungkin ni lah perkataan yang terbaik utk aku ungkapkan, menggambarkan betapa riang dan sukanya hati ni..Allah Maha Mengetahui,mcm tau2 je ape yang aku harapkan dan apa yang aku dapat dariNya..ya,dia Maha Mendengar dan Maha Memeberi Rezeki...

Dalam masa dua bulan ni,banyak sangat yang aku da lalui,dan aku tak jangka akan berlaku,bila 2011 menjelang. terlalu banyak. hanya allah saja memahami hatiku sepanjang melalui 2 bulan pertama ni, dan ade 3 bulan lagi depan aku, yang aku perlu lalui. Ya,3 bulan menuju IB final examination. It's tough,thou..but it's a thing that I have to solve, yang aku kena hadapi gak..dalam dua bulan ni la,aku dapat selesaikan nightmare2 yang aku geruni dan sampai terbawak2 dalam mimpi sepanjang semester 3, macam IA, EE dan placement...EE memang sumpah aku cuak,sampai dah mimpi macam2 pasal EE tu..ade skali aku mimpi EE aq kne reject dan kena bakar ngan advisor aku,punya lah takut mse tu even thou cuma mimpi je...placement? Alhamdulillah,bagi aku,perancangan jangka panjang aku dikira berjaya dan aq berjaya berada di tempat yang aku nak dan terbaik wat aku.

Ingat lagi mula2 isi borang placement masa semester 3 dulu..antara IUMC dan PMC,aku memilih PMC sbg top list aku,dalam hati aku...dan aku tengok yang lain semua nak IUMC,sbb nak full year kat Ireland..rasa macam bangang je tetibe,orang sibuk nak full year,aku sorg je isi nak twinning...rasa macam ape dah..tapi aku betulkan balik niat aku..aku nk study dan belajar,bukan nak melancong kat overseas and travelling around europe..kalau aku niat nak melancong,baik aku melancong lepas aku jadik Pakar O&G je nanti..lagi puas,ni pon nanti dok Ireland,kepala pening belajar psl badan orang,bukan best pun..

Maka aku pon berbalik la kepada niat aku semula,ade perancangan sebenarnya dalam kepala aku,kenapa aku letakkan twinning dalam top list choice aku..ade kaitan dengan keluhan rakyat Malaysia kat para housemenship tempohari~ Pasal doktor pelatih tak cekap, dan aku agak setuju. Mungkin saja aku belum belajar kat sana, tapi aku sedar akan something. Antara wang,niat dan....long-term effect dari keduanya. Aku melihat ramai antara mereka berjaya ke luar negara kerana wang. mereka ade wang tetapi mereka tidak ada niat, belajar kerana nama dan maruah keluarga (or maybe kerana gelaran) dan mereka tak berdiri atas niat membantu orang yang memerlukan dan membantu ummah, maybe ni la sebab utama kenapa mereka tidak menghayati profesion ni...memang profesion ni ntok berkhidmat kepada yang memerlukan.

Tapi cmane lak ntok yang memang ikhlas nak belajar tapi kurang mendapat pendedahan? mana silapnya? entah lah,ade saja yang mengatakan silapnya pada mereka yang melihat wang dan bukan keikhlasan,pastinya pada kolej mereka. Some of them even claims that they din't get enough exposure towards ethical,moral study and even practical (real-life practice) with patient and medical environment,i'm kinda doubting either, it there only theory that they learnt in overseas? not to mention some of the country where most of their main medical uni. done this, and the impact is most of medical student from these country were so weak in analyzing and diagnosing patient, and thus giving back, a bad impression towards doctor-in-internship... O MG! Aku mengeluh gak la masa baca artikel tu, sedang malaysia nak banyakkan bilangan doktor kepada nisbah yang munasabah,kuantiti yang banyak pula bermasalah dalam kualitinya...hai nasib,ape la silapnya? Mungkinkah kerana niat kita semua salah, jadi ini petunjuk allah untuk membetulkan semula niat kita? Apekah ini petunjuk kepada para pemimpin kita,kerna mungkin niat mereka juga kurang tepat,jadi ini hasilnya? wallahu'alam..kita semua manusia biasa. Aku cuma terfikir sejenak,bukan menuduh..

Tinggalkan kisah tu,dalam aku meniti saat akhir di dunia IB,aku mendidik diriku ke jalan dakwah. Alhamdulillah,aku rasa aku sudah berada di haluan yang baik,tinggal terus berdiri dalam jalan ni dan terus menyebakan agama Allah melalui teladan. Dengan 'petunjuk' dan isyarat yang akhi Amin dan Ikram tolong 'tunjukkan' masa sem 2 dulu,aku dihalakan kejalan dakwah ni. memang pada mulanya,agak berat rasa hati untuk mengikutinya. Malah walaupuna ku diberi peluang memegang post penting dalam agama kat kolej ni dn kat sekolah dlu lagi,tapi hati ni sangat berat dalam berdakwah,malah aku sellau berbisik dalam hati. Aku tak mampu berdakwah,aku sangat tak tau ape dan takde kekuatan nak menyampaikan pada yang lain. kenapa ea,banyak makan kenikmatan dunia sampai hati ni berat nak ikut jalan Allah. Aku tak kenal tuntuan dakwah sebab aku tak kenal lagi Syahadatul Haq,aku tak memahami kalimah Syahadatain yang aku ucapkan selalu..aku termakan Gazwul Fikr,dan aku tak mengenal dan mengikuti orang yang selama ni aku kononnya cintai, Muhammad SAW. Aku cuma cinta pada kalimah,tidak pada hati..dan bila aku renungkan semula semua kesilapan lalu ni,aku harap aku berada di laluan,jalan yang betul untuk bermula dalam jalan dakwah. Alhamdulillah,aku dah kenal semua tu dan insya'allah aku hayati. Tugasku kini,bukan mencari anak usrah yang ku utamakan, tetapi aku mahu mengajak orang yang aku sayangi, dan berada disisiku selama ni untuk ke jalan yang sebenarnya,moga Allah perkenankan hasrat aku dan moga aku menjadi pendakwah yang agung, seperti Rasulullah habibullah...yang sangat gempak dalam berdakwah...

Banyak tol luahan aku,ni la kesannya kalau tak tidur pepagi buta ni...till then,assalam..:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...