My LiveStatus.

28 June 2011

A month after IB, this is my life.

Hi and salam! Well,aku tau agak lama dah aku tak wat any updates kat blog aku,hahah. Entah la,nak kata aku busy tak gak,memang aku tersaaaanggaaattt lah free smpaikan satu tahap,aku kadang2 tak buat ape kat rumah. Bangun dah tengah hari,makan sarapan (or skrg ni byk puasa sbb tgh bulan2 penuh keberkatan) dan the rest of the day,i'll watch anything on the TV or just simply online,n waiting for any of my frens to come and approach me,or sometimes i'll join any conversation on FB. Haha..what a heck,sgt la simple but nothing life. Aku rasa macam masa lepas SPM, tapi time tu lagi dahsyat,bayangkan 6 bulan aku hidup dgn do nothing,huu~ memang perit. Nampak mcm best,tapi aku muda lagi kot,tenaga tgh byk,bukan masa yg baik ntok hidup ala2 org dah 40 tahun kerja n bersara. -__-"

Ni la rutin aku,kdg2 tggu notification FB smpi tertido,sumpah~
Dan skrg ni dah tiba ke bulan Julai,bulan yg penting dlm kalendar aku sebab rasanye time ni la aku baru busy,insya'allah i'm not going to just sit and do nothing kat rumah. Why? Coz it's a month of judgement. After 2 years struggling in IB,and put all my effort,going thru hustle and bustle of the IB life. Kebetulan hari ni gak la adik2 superjunior KMB aku mula nak rasa jadik dak KMB,so aku agak gembira bagi pihak diorg,knowing the fact that they really appreciate my presences in their FB group and I hope that I've shared lots of important things with them bout IB,n KMB.

masa aku muda2 kat KMB,hahah *oze kat tepi,enter frame*
So a few facts above psl adik2 superjunior. Ape lagi aku ade bulan Julai ni? Selain bulan Sya'aban yang pastinye penuh keberkatan dan penuh dengan aktiviti ibadah sbg persiapan menuju Ramadhan,aku akan mula sibuk dengan persiapan persembahan nasyid pada 30-2 Julai ni ntok persembahan di Malam Kesenian Islam KMB 2011. Insya'allah aku try upload video persembahan tu later. Hehe. Dan pada 6 Julai pulak hari terbesar dlm kalendar IB aku,ade result announcement and kalendar aku bersambung pada program2 pre departure dan urusan nak fly, which is pada 27 Julai (kat HQ MARA) dan 22-25 Julai (JOM2011).

Tak lupa,sbg tanda aku ni rindu kat kwn2 lama kat Johor,insya'allah aku akan kembali ke sana pada bulai Julai gak. Oyeah! Semoga perancangan aku ni diterima Allah dan diperkenan. :) Sebelum aku akhiri post ni,aku nak kongsi satu doa yg patut la kot diamalkan skrg,doa diminta agak kita bertemu dengan bulan Ramadhan taun ni. :)


اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
(Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan)
 
+ Hadis riwayat Ahmad dan at-Tabrani, daripada Anas R.A
 
Semoga dapat dimanfaatkan bersama. Okay,GTG! Nak lepak KLCC arini n do nothing. -______-" Salam israk mikraj buat semua! :)

20 June 2011

Pesanan Buat Para Wanita | iluvislam.com

"Nikah gantung jom?Saya nak kahwin dengan awak"

Wanita solehah,tidak akan sesekali berani menawarkan dirinya untuk di kahwini dengan berkata sedemikian rupa kepada lelaki malah dia juga tidak akan sesekali mengajak seorang lelaki berkahwin dengan cara sedemikian kerana dia sentiasa yakin bahawa jodohnya telah ditetap sejak azali lagi.Selain itu seorang wanita solehah juga,lazimnya memiliki sifat malu kerana dia sedar bahawa malu itu sebahagian daripada iman.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Sifat malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan".
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Namun, ramai diantara wanita-wanita zaman sekarang yang telah lenyap sifat malu didalam diri mereka.Oleh sebab itu mereka tidak berasa malu untuk berpakaian dengan pakaian yang menjolok mata dikhalayak ramai,merokok di tempat-tempat awam seperti di taman permainan dan kafe-kafe,bergurau senda dengan lelaki yang bukan mahram tanpa batasan dan banyak lagi.Oleh kerana tiada sifat malu ini lah perkara-perkara buruk dan negatif seperti ini berleluasa,maka telah menjadi tugas dan kewajipan seorang wanita muslim itu untuk membataskan diri mereka dengan menanamkan sifat malu yang tebal dalam diri mereka.

Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Iman itu lebih daripada tujuh puluh atau enam puluh cabang,maka yang paling afdalnya ucapan 'Laailahaillallah' dan yang paling rendahnya membuang perkara yang menyakiti dari jalan dan malu sebahagian daripada iman".

Wahai wanita yang solehah,renungilah kata-kata pujangga ini:

 "Orang yang dituntun oleh agamanya,yang diluruskan oleh akalnya,yang dijaga oleh hartanya dan yang dihiasi oleh rasa malunya maka dia telah menghimpunkan semua nilai keutamaan dalam dirinya".

"I love you...I love you so much...ILYSM...MY (I love you so much....miss you)

Macam-macam ungkapan yang diungkapkan untuk menerbitkan isi hati atau menyatakan cinta dan kasih kepada seseorang.
Patutkah seorang wanita yang berpendidikan agama,menutup aurat sepenuhnya dari hujung rambut hingga hujung kaki berkata begitu pada seorang lelaki yang bukan sesiapa pun pada dirinya,jauh sekali suaminya.Dimana letaknya maruah diri sebagai seorang wanita muslimah?

Jika dia benar-benar seorang wanita muslimah,dia tidak akan sesekali berani berkata begitu,kerana dia sentiasa takut akan kemurkaan Allah Swt.Dia juga akan sentiasa berfikir akan kesan-kesan yang mungkin timbul apabila dia menuturkan kata-kata sedemikian rupa terhadap seorang lelaki yang belum sah menjadi suami.Selain itu wanita solehah juga akan sedar bahawa bukan semudah itu caranya untuk menyatakan cinta kerana wanita solehah sentiasa mengharapkan syurga Allah untuk dirinya.

"Nikah gantung save dan safe...save duit,duduk asing tak apa,i tak kisah.safe hati,boleh jauhkan diri dari maksiat".

Bayangkan sekiranya seorang wanita yang berpendidikan agama,menutup aurat dari hujung rambut ke hujung kaki  mempelawa seorang lelaki berkahwin dengannya dan menyatakan ayat seperti diatas.Alangkah malunya apabila seorang wanita itu berkata seperti ini demi untuk mengajak seorang lelaki yang amat dicintainya mengahwininya sedangkan seorang wanita solehah perlu menyulamkan dirinya dengan perasaan malu dan berederhana ketika bertutur.Seorang wanita dibenarkan mengajak seorang lelaki bernikah namun perlulah dilakukan dengan cara yang betul dan tidak memalukan diri sendiri.

Renungilah Firman ALLAH dalam surah An-Nuur ayat:21 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui".

ALLAH berfirman lagi dalam surah An-Nuur ayat:26 yang bermaksud:

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia".

Bagi para lelaki diluar sana,sudah tentu anda menginginkan seorang isteri yang solehah dan baik budi pekertinya.Lantaran itu,sebagai seorang lelaki anda juga harus berusaha untuk menjadi hamba Allah yang soleh sebelum anda bercita-cita untuk menemui wanita solehah yang anda iimpikan.Antara ciri-ciri solehah seorang wanita yang diimpikan para lelaki ialah wanita itu mesti menjaga solat,taat kepada ibu bapa,berakhlak mulia,menuutup aurat,pandai mengaji al-qur'an,rajin melaksanakan puasa sunat dan lain-lain.
Sememangnya,mencari wanita yang solehah adalah sukar kerana sudah tidak ramai lagi wanita yang memiliki sifat-sifat mulia sebegitu dek kerana hanyut dengan 'trend' zaman sekarang.Tidak kurang juga bagi seorang wanita solehah,semakin sukar untuk menemui lelaki yang soleh  kerana realitinya kini tidak ramai lelaki yang mempunyai sifat-sifat soleh seperti sahabat-sahabat Nabi suatu ketika dahulu.Malah,yang menjadikan pencarian soleh dan solehah ini lebih sukar apabila seseorang itu perlu bijak 'menilai' batiniah seseorang kerana sifat solehah dan soleh itu tentulah berada di dalam hati individu itu sendiri dan tidak boleh dinilai dari sifat luaran seseorang semata-mata.Jika kita hanya menilai seseorang melalui caranya menutup aurat,belum tentu orang yang kita nilai itu baik dari segi akhlaknya. Ada pepatah melayu menyatakan,'Kulit baik,belum tentu isinya baik' manakala pepatah inggeris pula menyatakan 'Dont judge book by it's cover'

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku di dalam sembahyang".
(Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai)

Oleh kerana itu wahai para wanita diluar sana,binalah benteng keimanan dalam diri kalian,jadikanlah sifat malu itu sebagai perisai diri kalian,hiasilah diri dengan akhlak yang menawan dan keperibadian yang anggun..moga-moga diri anda akan tergolong dalam kalangan wanita solehah yang sejati yang menjadi idaman setiap lelaki yang soleh...insyaAllah.

ALLAH berfirman dalam surah Al-Ahzaab ayat:35 yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar".

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI WANITA.

Sumber imej : Google Image
-Artikel Iluvislam.com

13 June 2011

Renungilah cerita di neraka ini...

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

✿Na’uzubillah, Ajirna minannar.

✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

p/s : m0ga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..

p/s : artikel ni adelah copy dari sape ntah,tapi tak tau sape penulis asal. moga halal di share. :D

12 June 2011

Hobi aku,dan wallpaper aku.

Hai! Haha..alang2 tengah bosan dok kat umah ni,macam2 gak la mende yang aku da buat. Dah bosan online,aku designing pulak. Kalau da bosan design,main game la. Tapi aku bukan kaki heavy game yg besar2 mcm MMORPG,mahupun DoTA *aku tak paham main DoTA cmne* tapi aku kalau main game,yg simple2 je,mcm chess. Teringat kwn2 aku dlu,dok kata aku org tua,sbb satu faktornye,aku tak enjoy masa remaja dgn main game. Hahah,btol gak. Ye kwn2,aku tak reti main Red Alert sekalipun. Main Counter Strike pon asek kene bunuh,mmg takde art nak main game. Hehe.

Tapi kalau ramai yang suka main game kat komputer diorg time2 diorg bosan *mcm ape yg dak2 batch aku sure tgh buat kat rumah la ni* aku lak memang memanfaatkan komputer aku ntok berlatih n reka design, n edit pictures. Tu la hobi aku,dan byk yg edit adalah gmbr2 yg aku amek atau gmbr yg dikongsi dgn kawan2. Contohnya,gambar batch aku. Tu aku edit sndiri,dan banyak la. Aku pn pernah post psl photography & design dlu. *klik klu nk usha*. Dalam post ni, aku just nak share ngan korg wallpaper aku. Ye,aku suka edit2 gmbr n aku jadikkan wallpaper aku. Ditambah ngan elemen lain akt wallpaper aku,mcm Rainlendar 2.0 and ObjectDock,jadik la dia satu kombinasi yg menarik.

Dan kalau ditanya kenapa aku suka tukar2 wallpaper? Sebabnye,aku suka tukar mengikut mood aku. Bila aku baru balik dari satu2 tempat or trip,aku akan tukar wallpaper aku kpd gmbr aku n org2 yg join trip tu, n of course aku edit dlu. Bagi aku,sebab aku byk wat keje kat laptop Acer kesayangan aku ni,so wallpaper tu sedikit sbyk enlighten mood aku nak bekerja. Mcm sape2 pon,nak bilik dia kemas ntok dia berehat sebaiknya,cmtu la aku,dan laptop aku. :)

Dan kat bwah ni ade la sikit,antara wallpaper yg aku paling suka:


Ni wallpaper sempena aku pegi trip ke Bukit Cerakah,pegi amek gmbr kat sana. Haha. Aku edit sikt guna Adobe Photoshop CS2 dan Adobe Photoshop Lightroom. Dan ni la hasilnye. Jam kat tepi tu dari Rainlendar dan aku download template rainlendar yg ade jam sekali. Sama macam gambar bawah ni. Aku tgh makan eskrem dgn rakusnye.


*************


Wallpaper ni pulak masa aku baru balik dari I-City,dan ini antara nite picture paling awesome aku pernah dapat dengan setting yang aku buat sendiri *setting kat DSLR tu* Lampu2 kat I-City tu bjaya dikekalkan warna asalnye, dan mcm tu gak la warna yg kalau dipandang dengan mata kasar. Macro pon dpt dilihat dengan jelas,tu yg aku sgt suka wat gmbr ni jadi wallpaper. No color enhancement. Aku cuma guna Photoshop CS2 ntok tulis nama aku kat bawah tu je.


Dan yang ni pulak antara wallpaper paling byk step aku nak buat. Gambar asalnye adalah portrait, dan diamek ngan kamera Nokia N8 pnye cam,tapi pixelnye,dan gambarnye sooo amaze me! Mmg lawa. Dan pasal gmbr ni, aku amek pas abes interview ntok RCSI-PMC nye placement,dan aku pakai blazer org tu. Nseb bek muat. Tapi gmbr ni still byk kne edit sbb ni nmpk jggal,maybe sebab left side gmbr ni cerah sgt kot.

Tu je yg aku nak share,ttg satu dari hobi aku n ape yg aku dapat dari hobi aku ni. Actually byk je lagi koleksi wallpaper aku,tapi nnt2 la aku citer. :D Ape pulak hobi korg? Share2 la ye? :) Salam.

09 June 2011

Mai makan! Restoran Nasi Lemak City Garden.

Hai dan salam! Dah bosan asyik post psl travel je, and psl gmbr2 je memanjang,aku nak try post psl mende lain pulak. Okay,kali ni aku nak share satu port dinner yg sgt masyuk n jadik port tetap family aku kalau keluar. Nape best? Banyak la sebab,maybe sebab sistem serving nye yang agak menarik dan cepat,takyah nak tunggu order siap lama2. Maybe ade orang KL yg baca post ni yang familiar ngan tempat ni. So,aku tengah tengok match Johor vs N.Sembilan main futsal,final SUKMA tadi,tetibe je my dad ajak makan luar mlm ni.

Tengah tengok futsal yg berakhir dengan kemenangan Johor. :D
So,aku pon bersiap dan dalam pukul 9,kami bertolak la. Lokasi restoran ni agak dekat dengan rumah aku,ade la dalam 5 kilometer je. Kalau naik LRT pon boleh je dari rumah,tapi since hujan lebat tadi dan satu famili join sekali,so aku pon naik la kereta.

Peta lokasi. *klik kalau tak berapa nak nmpk*
Peta ade aku sediakan kalau2 la korang rasa nak pergi gak. Haa..lokasi restoran ni ialah kat Kampung Baru,dekat sgt dengan masjid Kampung Baru yang sangat popular dengan hidangan bubur lambuknye, yang aku jangka akan kembali mendapat perhatian warga KL lagi dua bulan. Sekarang pon da bulan Rejab,memang dah dekat sangat la. Tu be more exact,dekat sebelah Kelab Sultan Sulaiman. Haa..aku rasa orang KL da tau da kat mana tempat ni. Perjalanan naik kereta dari umah aku ade la mengambil masa dalam 10 minit. Kawasan restoran ni gak dikelilingi dengan sekolah,iaitu SK Kampung Baru and SMK Puteri Wangsa (or ape ntah,tak berapa nak ingat). Takpe,tak penting,ahaa. Selepas 10 minit perjalana,akhirnye aku tiba,disambut dengan hujan renyai....(dekat je padahal).

Entrance kedai makan ni.
Cuba tengok,nama kedai makan tu nasi lemak kan? So,memang tu la menu utamanye,memang nasi lemak je ade. So jangan la gatal2 korang nak order roti canai plak kat sini,mau kena free2 je ngan tokey kedai. Hehe. Dan selain dari itu, antara faktor lain yang buat aku suka lepak sini,ialah senang nak makan,order...nasi lemak da siap2 dibungkus tiga segi (mcm sarapan tu) and korang just amek dulang dan amek la nasik lemak tu brape byk yg korg rasa korang nak makan. Kalau aku,standard 3 bungkus je da kenyang. Tak macam restoran lain yg nk kena order n tggu dekat 30 minit baru makan,yg ni just amek je,n makan terus. Tapi bayar dulu la~

My dad tengah angkat nasi lemak tu. Nampak kn?
Nasi lemaknye pulak saiznye tak la besar mcm saiz nasi lemak yang aku makan time sekolah agama kat johor dulu,besar sampai kalau habis sebungkus,boleh tahan smpi malam. Yang ni kecik je,tengok bawah ni haa.

Comparison ngan jari telunjuk tangan kiri aku. Kecik je nasik nye.
Dan hidangan kat sini tak la pulak makan nasik lemak je semata-mata,ade la lauknye,kira ni la pelengkap hidangan nye. Hahah. Ape lauk yang ada? Lauk standard la utk makan nasik lemak,macam ayam goreng (upin mesti suka) dan sotong sambal,dengan harga yang sangat berpatutan. Hehe,aku ni da macam promoter restoren ni je.

Adik aku dan lauk pauk yang ade dijual sbg pelengkap nasi lemak.

Harga lauk pauk yang ditawarkan pada kadar berpatutan.
So,bila da abes pilih lauk,amek minuman (minuman pon sama konsep ngan amek lauk n nasi lemak,just amek je kat kaunter,or tuang je). So bayar la pastu,eheh. Ni la summary ape yg aku makan malam tadi,kat gambar bawah ni.

Nasi lemak bawah timbunan lauk2.
Seisi keluarga aku sedang mula nak menjamu selera. :D
Kalau nak kira kos,sgt la okay sebab famili aku yang 7 orang (kira 5 dewasa n 2 kanak2 punye hidangan) cuma dlm RM 30. Kat KL,tu kira okeh la kalau nak buat port regular dinner,sebab murah. Kualiti lak memang takleh cakap la,memang sedap and sambal dia manis n tak pedas sgt. Nasik nye tak la lemak sangat,so jangan risau lak badan korg naik mcm kena pam kalau selalu makan kat sini. Heheh,memain je.

Notis buat pelanggan tersayang~
Tu jela komentar aku ntok visit aku ke restoran ni kali ni. Before aku end tulisan2 ni,ni antara kesan kenaikan harga fuel kat dunia ni,ksian makcik pengusaha restoran ni,dia pon kena naikkn harga nasik lemak dia ntok tampung kos proses makanan n harga bahan mentah yang naik sekali. hehe. SO tu je ntok kali ni,sok kite pegi makan tempat lain lak,salam~ :D

08 June 2011

A Picnic, The Story of Us (Batch KITA)

Weekend lepas,aku balik kampung aku kat Johor dan well, nama pon balik kampung, mesti la aku nak spend masa aku kat kampung tu ngan atok and nenek aku (dalam jawa,gelarannye mbah,bukan tok or nek). Aku punya la hepi dok kat kampung sampai lupa nak bukak internet,lepas 5 hari tak online (dari hari Khamis lepas) baru aku online semula. Uhhh..100 notification,gile la. Hahah. Okay,tu bukan perkara pokok yang aku nak ceritakan, tapi more to ape yg aku nampak kat notification.

"You have one invitation to an event. [A Picnic, The Story of Us+POTLUCK]"
Location, KLCC (eh,ni dekat gile ngan umah aku)
Time: 7th of July 2011, 14:00-17:00 p.m
30 members are attending.
Created by: bla3x~
Zaman sekarang,camni la jemputannye,tak pakai kad2 lagi da,maju kan? :D
"Oh,ni menarik sgt ni.." kata aku dalam hati. Cantik la,memang time tu aku da sampai kat KL semula dari kampung aku and takde masalah nak join. Dari grup fb tu,aku dapat mbaca dan hidu riak2 keriangan dan keterujaan dari setiap butir ayat yang ditaip,tak lupa juga ayat yang berbaur harapan dan semangat yang tinggi untuk berjumpa denga teman2 satu batch kat KMB. Oh ya,baru 17 hari tak jumpa,tapi aku rasa macam lama sangat...dan yang pasti,perasaan ini turut dikongsi yang lain juga~

Dan...hari yang di tunggu pun tiba,aku datang awal ke KLCC ari tu sebab aku nak hantar application form aku ke Petrosains dlu,and nak usha tiket wayang dulu. Aku n Faiz Kadir plan nak tengok wayang dlu,sebab kalau kitorg gerak ke sana exactly pukul 2,sah-sah takde sape lagi yang emnanti apatah lagi menghidang makanan. So,layan la Kungfu Panda dlu,teringat aku kat member aku sorang bila tengok cerita tu.Panda tu mmbuatkan aku teringat kat dia,hehe. Bukan ape,nampak comel je,hahah. Abes je menonton, aku, roomate aku, Faiz and Capika terus gerak ke tempat potluck tu.

berempat lepas tengok wayang,jalan lenggang kangkung pegi sana.
Bila da sampai,aku baru teringat yang tema gathering ni potluck and kena la bawak makanan,tapi aku lenggang pulak. Sori la organizer,bukan aku tanak bawak,terlupa,hehe. Tapi tengok makanan yang ada kat sana pon da banyak,macam2 la. Ramai gak yg memasak semata2 nak jamu kawan2 yang datang,contohnya macam Amirul Juraimy Azhar yang masak sardine roll yang maha sedap tak hengat,semata-mata nak bagi aku makan. Thanks la Ju,memang sedap. :D Tak lupa gak,kpd yang masak spaghetti (aku makan je,lupa nk tnye sapa yang masak) memang best!

Tengah syok2 makan,ade yang tlg amekkan gambar. Kenangan nih,hehe
Dan tak lupa gak,lepas makan tu,ade je mende yang budak2 ni buat,memang tak kering gusi,dok ketawa je. Teringat macam masa kat asrama dlu,muka2 ni gak la yang dok ketawa dan buat lawak kat asrama tu,huu~ Yang paling aku suka,acara telan gas helium (IB-ish sungguh~) and speak out. Hasilnye? Mcm suara tersepit,kecik je suara and Tapah berjaya membuktikan tekak dia memang sesuai dengan gas helium tu..

Freddy (bukan nama sebenar) tengah siapkan bahan utk experiment dgn gas helium.
And lastly,bila da makan,puas mabuk2 minum Barbican (not really mabuk,memain je..) and telan gas helium, kitorg pon amek gambar. Aku tak bwk kamera,so gmbr2 ni sume Danny and Raihan yang upload,aku just tlg tangkap je. Lawa gak guna DSLR diorg,i like la...bila la nak amek guna kamera DSLR sendiri,pandai pakai dah,tapi i didnt hve one. Nnt la kot. Okay, sesi bergambar 40 orang yang hadir,cmne gambarnye? Cmni la..yg ni aku yang snap. :D

Total=40 orang yg happening+sporting!
So,dalam pukul 4.30 cmtuh,sume pon bersiap dan balik,lepas penat dan puas makan2. Ade jugak yang sambung aktiviti diorg ngan grup2 kecik,mcm Usop n gang pegi karok kat Wangsa Maju,and Alip n gang pergi tengok wayang lagi (again?) dan Intan n gang pergi Masjid India. Ntah buat ape la kat sana. Aku? Jumpa ngan kwn kat sekolah dulu,dia pon join Petrosains gak. Yang aku tak tahan,dia terperanjat tengok aku,sebab katanye dah lagi tinggi and besar. Aku pon..haha,ntah la. Btol gak..:D

Okay,so tu jelah ape yang aku buat ntok harini. Overall,aku hepi sebab dapat saving duit (takyah keluar belanja lunch) and dapat jumpa korg sume. To organizer,thanks alot and u guys mmg sporting. :) Jumpa lagi

07 June 2011

Hidup lepas IB berakhir.

Hari ni,Isnin. Genap 17 hari aku bergelar ex-student IB kat Kolej MARA Banting. Macam biasa,dan amcam ape yang dak2 batch aku rasakan gak, hidup ni agak janggal bila dah abis IB. Sume mati kutu,dah blank tak tau nak buat apa. Masing2 da mula rindu kawan2 sepermainan dan sama2 study,lepak kat fudkot KMB dan pape lagi. In fact,even lepas sehari kuar KMB pon,aku da start mimpi aku pergi kelas semula mcm dlu,n jmpe kawan2 n cikgu2 tersayang. Punye la dahsyat rindu2 smpi msuk mimpi. =.=" Tapi again,cuti da datang dan IB life dah abes,ape nak buat nih?

Nak pegang buku,tak tau nak baca buku ape,yang bdak medic pon takkan la dah nak start baca anatomi kot? Hahah. So layan la buku ape yang ade. Sape yg mmg suka mbaca,pastinya byk je buku yg boleh dibaca. Aku? Tak byk sgt beli buku,ade pon byk buku nak buat study2 je, bukan bce sbb hobi. Ade la sikit,novel~

Nak online,rasanye aku pon da bosan beronline,ber-FB,berupload gambar dan macam2 lagi. Tak masuk usha blog orang, and buat mende2 lain,memang banyak la. Tapi,smpi satu tahap,aku pon da bosan dengan social networking, sebab tengok2 tak ramai yang online,sama je macam masa tengah exam IB Fever dulu, banyak kerat tu jelah yang online. Main amnesya.com? Erm..sangat mencabar minda sampai aku give up dan tak tau la bila nak sambung lagi. Bagi sape yg tgh bosan mcm aku (aku tau ramai gile dak2 uni yg tgh sem break mcm aku) boleh la main skali. Tp jgn mintak hint la dari aku. Oh ya, tu game teka-teki yg sgt2 la payah. Main la kalau rasa da cukup geliga. :)


Nak keje? Haa. maka bernula lah hidup dak2 KMB sbg pekerja kat luar yang cuba bekerja mencari sesuap nasik menyara hidup memasing. Eceh,padahal saje je keje nak carik duit poket buat nak merayap,nak tengok movie and bla3x. Byk la mende yang nak dibuat katanye,time cuti ni. Ada gak yang plan nak melancong dengan kelas lah,ape la. Tapi kalau nak dok harapkan duit dari mak ayah, nak buat berhibur, agak kurang sedap la kan? So,tu la rasanye tujuan utama ramai yang keje...aku? Tengah apply volunteer kat Petrosains, tapi tak tau la dapat ke tak,kena tunggu dia panggil interview dulu la.

Nak berjalan dan melancong? Ini memang plan yang ramai gak yang tunggu, dan rancang, tapi aku tak join mana-mana vacation trip yang dak2 kelas or batch aku plan,so far. Bukan takde org ajak,ade je, tapi bagi aku mcm kurang sesuai la nak melancong skang,even masa lapang, ekonomi tak berapa nak stabil ntok aku melancong mcm cuti ujung taun yang lepas dan sebelumnye,memang melancong sakan. Hahah. Smpai kering dompet aku,memang tak boleh pgg duit,mesti abes. Buruk btol perangai.

Jadi,ape plan aku lepas ni? FYI,result exam akan keluar 7th of July, so maknenye aku ade exactly 1 bulan ntok figure ouit n do anything dat i feel boleh di buat sekarang,selain kerja volunteer kat Petrosains (insya'allah dapat la~). Dan ujung bulan ni,aku akan perform ngan team nasyid aku sekali lagi kat MKI 2011 kat kolej aku. Tapi kali ni sbg jemputan dan aku akan bergabung dgn former MUNAWWAR dari Ireland, yang da ade pengalaman bertanding kat United Kingdom. Hopefully nnt aku boleh upload kat sini

Ni contoh je,bukan yg sebenar (IBO,sila jgn saman aku.)

September? Masanya sudah tiba,aku perlu berangkat (insya'allah,amiin~) Moga hasrat aku nak ke RCSI (Royal College of Surgeon in Ireland) dimakbulkan. Doakan ea?

So far, tu jelah plan aku. Tapi always expect the unexpected,maybe smthing akam berlaku sok,tapi sape jangka kan?

Salam ukhuwah~ :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...