My LiveStatus.

24 April 2011

Lirik lagu 'Semalam' nyanyian Munawwar

Hai dan salam! Haha..dalam busy2 nak exam ni,aku still meluangkan masa ntok nak update blog ni. Well,aku dapat permintaan dari sahabat aku yang berada kat luar KMB yang ade terdengar lagu semalam (yang kitorang nyanyikan kat event2 kat KMB ni),nak liriknya, tapi sayang satu recording pn kitorang tak wat lagi. Huu, takde rezeki lagi kot. Dengan rakaman masa kitorang nyanyi pn takde,tapi takpe,insya'allah bila kitorang da fly nnt (klu ade rezeki) kitorang join venture dengan former Munawwar ntok hasilkan recording tu,sebab diroang ade kepakaran nak wat recording dari rumah saje,takyah nk kelaur duitt pergi studio.

So untuk liriknya,ni aku ade tuliskan kat bawah ni. Lagunya? haa..tak tau la bila nk record,haha..:~

**********

SEMALAM

Nyanyian: Munawar (KMB 2009-2011)
Ciptaan: Soutul Sufi (Ex-Intergomb 2007-2008)

Semalam kita
seriang kicau burung camar
mengharapkan sesama
ku dibelai manja

disaat itu
aku kesepian keseorangan
kau tiada lagi
derai tawamu hilang ditelan masa

Kini kau dan aku
jauh terpisah
entah bila dan dimana
kita kan bersua

akan ku doakan
agar kau bahagia
disamping yang esa
kau diredhai selamanya
oh teman..

semalam aku
kau berikan didikan berguna
buat pedoman
selama-lamanya

pemergianmu tiada pengganti
jasamu teman
takkan aku lupai

Kini kau dan aku
jauh terpisah
entah bila dan dimana
kita kan bersua

akan ku doakan
agar kau bahagia
disamping yang esa
kau diredhai selamanya
oh teman..

Ya Allah
peliharalah temanku
sepertimana temanku menjaga daku

Kini kau dan aku
jauh terpisah
entah bila dan dimana
kita kan bersua

akan ku doakan
agar kau bahagia
disamping yang esa
kau diredhai selamanya
oh teman..

**************

Munawar 09-11 in training.
So,itu lah liriknya! So kepada mereka yang telah dari dylu bertanya,sila dapatkan segera. Oh ya, kredit ntok Faiz Kadir ntok lirik ni,da juga former member of Soutul Sufi. :D

20 April 2011

Dan segala suratan itu ditangan Ilahi.. Placement Ep.1.

Pagi ni,pagi yang tenang. Aku ade test english, math dan juga chem paper 3. Segala persiapan sudah diatur. Aku okay je. Tapi aku tak dapat fokus sgt dalam prepare ntok test malam semalam. Tatkala Usop (bukan nama sebenar) datang kat aku:

"Weyh,ko da bukak email ko blom? Email yang placement kite tuh?"

"Belum lagi,apahal?"

"Doc. Saai da keluarkan email psl placement kite, and aku try nak tgk,t kne amek offer letter kat bilik kaunseling. Sekarang da tutup da. Esok la kot."


"Okayy..so maknanye memang takleh study la malam ni dok risau pikir pasal placement?"

"Agak la,haha..tenang je..ko mintak UCD kan? Mesti dapat punye,jangan risau la..aku pon nak UCD gak.."


"Haha..okay2.."

Notification dari Usop membuatkan hati aku makin tak tenang. Dah la memang hati aku tak tenang ngan exam minggu ni,tetibe lak datang satu berita yang wat aku tsangat excited. Sampai malam tu nak tidur pun susah. (Biasa aku susah nak tido sbb excited mase aku kecik dulu je,time kalau nak sampai hari2 family holiday). Tapi takpe,aku tetap cuba buat2 lupa pasal placement tu,even memang obvious susah la nak lupakan even wat sementara je.

Oh ya, sebelum ni aku da state yang aku dapat placement ke Ireland, tapi lalu twinning path la,maknenye aku wat 2.5 taun dulu kat Ireland dan the rest of my medicine study (in clinical year) kat PMC, Penang. So bila time interview, Mr Philip Curtis (Irish representatives yang interview) tanya kat aku;

"Well,that's all with our interview session. Btw, which uni will u prefer to have for your pre-clinical year at Dublin soon?"


"Perhaps there will be available vacancy seat for me in UCD..I prefer to have UCD as my destination"

"If u wanna share with me y you are chhosing UCD, maybe it helps.."

"Well, I prefer to go to UCD bcoz bla3x....(aku bubuh segala fakta yg aku jumpa kat wikipedia).."

"Okay,impressive..well,if there is available for you,than it's yours. Thank you.."

"Wilkemmen.."

Memang dari dulu lagi hasrat hati ni kalau boleh nak la pergi ke UCD (University College Dublin). Bukan aku tanak ke RCSI Dublin, cuma dengan pelbagai kata2 yang kurang memberangsangkan (RCSI ni payah la,byk ni la,tu la..) aku pon macam more interested to pursue study kat UCD je. Lagipun nak la rase belajar kat universiti. Ni tak,takkan masuk kolej lagi kot (even RCSI tu kolej diRaja). It does not matter actually,rezeki jangan ditolak,lagipun kerajaan berhak bubuh aku kat mana2,depa spend RM 1.5 juta ntok bagi aku belajar je.

So kembali kepada realiti semasa,pagi ni aku bangun dengan segar, dengan satu mende je kat kepala aku. Aku nak tgk placement aku kat Dublin,dapat mana. Harap2 la dapat UCD.

Mandi pikir UCD, serapan pn pikir UCD. Solat subuh je tak pikir UCD. Haha~

Lepas aku bersiap,aku gerakkan langkahan aku ke bilik kaunseling. Jam kat tangan baru pkul 8. Ade 30 minit sblm masuk dewan exam.

Aku ketuk pintu bilik kaunseling. Ade Pn. Faizah kat dalam tu,tengah sarapan. Rasenye leh la aku amek result tu! Yay!


"Assalamualaikum teacher. Result PMC nye placement kat Dublin dah keluar kan?"

"A'ah..you ni PMCians ke? Nak amek offer letter ea? Masuk la.."

*Jantung berdegup kencang*

"Teacher amekkan offer letter you ea. Nama penuh ape ea?"


"******* Firdaus bin Mat *****" (nama dirahsiakan demi kepentingan awam))

"Owh..okay."

5 minit lepas tu,dia pun datang dengan senyuman.

"Agak-agak kat mana you ditempatkan ea?"

Wah,macam soklan time PMR dulu,time aku check result PMR via telefon sbb sekolah banjir.


"Haha..tanak la saspen cmni teacher. Wallahu a'lam,saya terima je.."

"ala teka la dulu,haha.."

"Errr....UCD kot,ke camne?"

"Takk..awak dapat RCSI Dublin. Tahniah ye,pasni leh pilih accommodation kat RCSI, and settle evrything. okay?"

" =.=" "

"Btw, thanks teacher!"

Aku melangkah keluar dan kebingungan. Apa yang aku harus lakukan sekarang,mengeluh atau bersyukur? Patut nye bersyukur la,sebab rezeki ni bukan semua orang dpt, dalam brape orang je kat Malaysia ni yang layak wat medic kat RCSI.

Aku berjalan berjumpa sahabat2 ku yang sedang menelaah dan bersedia nak jawab paper exam. mereke bertanyakan aku dapat uni mana. Tatkala mereke mendengarkan jawapanku,mereka mengucapkan tahniah dan depa ckp aku patut bersyukur sebab bukan senang nak dapat tawaran ni. Memang. Tapi ujian tu besar. RCSI terkenal dengan sistem yang agak ketat dan payah la senang kata. Ingatkan kat KMB je payah,ade lagi kepayahan tu kat RCSI.

Tapi bila mendengarkan pesanan dari member aku,Shuk, dia kate..;

"La tahzan, Allah tahu yang terbaik buat kita..kan? Allah tau mane keupayaan ko,dia takkan turunkan ujian yang hambaNya tak mampu nak laksanakan. Ingat.ni rezeki yang besar,amanah rakyat Malaysia taw. Ko guna duit diorg RM 1.5 juta kot."

Betul gak,aku patut bersyukur. RCSI kot! Kalau ramai yang bejaya dari RCSI,kenapa bukan aku sekali kan?

Bila aku menanti khabar dari sahabat yang lain,mereka juga mengatakan dapat RCSI gak. Aku terus carik Fazmi,dan tanye;


"Jom Faz,kita dok satu bilik kat Ireland!"

"Jom! Ko nak bilik mane?"


"Bilik yang ade high speed internet connection,aku nak ko download movie lagi!"

"Okay..set! Satu sem bayar brape euro?"


"Dalam 7000 euro la. Okay kan? MARA bayar.."

"Ha'ah..okay2,deal!"


Macam tu je la...so,pasni,ape tindakan kita? MARI STUDY!!! :D



RCSI: My next destination (Credit to Tiara Fazlin,seniors in RCSI n KMB)

15 April 2011

Batch 'KITA' production logo~

And...hai! Selepas kepala ni makin pening dengan timbunan kertas dan past-year paper collection yang aku perlu discuss, jawab dan semak dalam IRP (Intensive Revision programme) group aku,aku rasa malam ni aku nak lari seketika dari dunia IB ni jap ntok tenangkan kepala aku. Ohh..tenangnya..btw,aku design logo dan wallpaper ntok krew BATCH KITA PRODUCTION. Ni adelah satu grup yg responsible ntok collect sume gmbr batch dari plbagai event dan individu,regroup all those pics and wat documentation to be displayed on our IB Diploma Graduation Day at PICC,Putrajaya masa puasa nnt. Ni logonye~


Actually ni aku nak jadikan logo batch aku (BATCH KITA) tapi nanti la kot,haha..so whose in the team? Fazmi,Salwa,Faiz Kadir,Asyraf Sukor,Alif Haiqal,Azim Amin,Adib Safwan dan Syed Hadi. Kira ni la orang yang bertanggungjawab buat 12 video montage ntok grad dikala exam fever ni,fuh! So ntok gambar tu,tggu je nnt masa grad,korg tgk kay? Bye~

10 April 2011

Light Painting Technique Experiment 2

Assalamualaikum and hai! Well,actly minggu ni aku tak berapa nak sihat sejak hari Rabu hari tu,tapi aku start demam dari hari Khamis ni. Ntah la,nak kata aku demam sebab stress nak exam pon,macam tak berapa nak tepat,maybe lebih tepat kalau aku cakap yang demam ni datang sebab memang da Allah da tetapkan nak datang,so dengan redha aku terima dan sampai sekarang,aku masih blom sepenuhnye baik dari demam. Takpelah,Allah kurniakan masa utk aku bermuhasabah dan dekatkan diri kat Dia,moga aku manfaatkan masa ni dengan sebaiknya.

Anyways, aku keluar tgh malam lagi malam Sabtu yang lepas utk amek gambar Light Painting lagi sekali dan kali ni,aku pergi ngan Abbas n Alip sekali. Dua org ni mmg sgt mbantu,sebab Abbas agak kreatif dlm bagi idea ape yg kitorang nak lukis dan Alip sgt sesuai jadik 'tugu' utk statik thru out time amek gmbr ni. Dan dengan mengenalpasti kesilapan sesi mggu lepas,actly Acap ade gtau aku yang ntok hasilkan gambar Light Painting ni,takyah pakai ISO yg tinggi sebenarnye,kne guna ISO rendah,around ISO

So tema first experiment kitorg malam ni ialah gambar bertemakan Dragon Ball *idea alip* dan I found that the ideas seems intriguing and interesting,so aku pon buat! Dengan Exposure Time sekitar 30 saat, ISO 100, aperture F/11 dan fokus kat objek, aku pon start lukis dan here,mse aku buat Rasengan. [ラセンガン]

Trial 1: Alip lukis cahaya,Acap control camera dan aku jadik subjek.

Trial 2: Sama macam atas gak,cuma yng ni agak mencabar nak buat.
Dan bila da puas buat gaya atas ni,kitorg move on kat sesi kedua,lukis ala kanak2 riang di tadika! Yeah! Terasa macam anak2 semula bermain lukis2 kat atas kanvas putih yang suci, tapi bila conteng2,takde ape yg dapat kecuali kepuasan dan rasa puas la,haha. Contohnye? Macam ni..

Trial 3: Konon nak buat macam over the bridge,ade awan n etc,tgk la kalau ade rupa.
Ok,ade yang tanya kat aku,cmne korg wat sume ni,macam syok gile! Senang je,konsep nak buat ni,kne pahamkan analogi ni dulu:
  • Bayangkan lens kamera macam mata,dan exposure time ialah berapa lama korg bukak mata. Kalau aku ckp dlm blog ni,exposure time lens kamera selama 30 saat,maknanye macam korg bukak mata selama 30 saat,then tutup mata semula.
  • Selama 30 saat korg bukak mata,cahaya akan masuk dalam mata korg,rite? Then sehala cahaya yang masuk dlm mata akan direkodkan dalam otak,kn? [Sains Form 2]
  • Maksudnya,sama macam kamera! Kecuali,kalau imej yang msuka dalam mata korg selama 30 saat tu direkodkan oleh otak,dalam kamera, segala cahaya yang masuk dalam 30 saat of 'exposure time' ni akan direkodkan dalam gambar yang terhasil. So macam contoh kat atas, tu la pergerakan cahaya yang berlaku dalam 30 saat tu.
  • Tapi asal gambar org yang lukis2 ni tak masuk sekali? Senang je,sebab orang tu tak gerak statik,dan kamera tak leh nak capture light reflected from org yang lukis ni,tu yg kalau nmpk gmbr depa pon,sikit2 je nampaknye. Okay?
  • Tu je,hope konspe ni menjelaskan segala pertanyaan yang bertanya kepada aku.
So,itu je konsep asalnye,dan Insya'allah kalau ade masa,minggu depan akan ade 3rd Experiment lak,kalau sempat la,tapi maybe gak ni yang last sebab exam da sangat dekat,dan aku nak byk rehat. Sebelum aku abeskan post ni, ni gmbr yang aku buat dgn kwn aku, Solo (bukan nama sebenar) dan dia nak gmbr dia jadi 'Evil King'  So, ni la hasilnye.

Trial 4: The Evil King *muka dikaburkan atas permintaan tuan gmbr*
So,sampai sini je! Till then,salam..:)

02 April 2011

Light painting technique experimental!

Salam..arini aku nak share ape yg aku buat malam td. (Apa aku buat mlm td?) Haa...buat kali pertamanya aku sanggup bersusah payah abeskan masa (lepas penat study) ntok amek gambar and trying new technique ntok snap gambar dalam gelap,dan buat any corak or work guna lampu. Macam mana tu? Haa..macam ni..teknik ni is commonly known as or recognised as LIGHT PAINTING TECHNIQUE.



Aku dan nama aku guna teknik ni.
So basicly ni teknik yang sama orang pakai kalau nak buat gambar2 mcm kat highway tapi macam2 lampu ade atas jalan tu. Cuma maybe sebab ni first try aku,so agak susah la aku nak setting yang terbaik. Tak apa,yang penting kita belajar kan? So dat pasni maybe bila aku da banyak belajar,n practise, the result WILL be better kan?

sample from experts (visit here)
Haa..konsep utama dalam nak buat gambar ni ialah,mesti gunakan ISO yang tinggi (tp jgn tinggi sgt) dan exposure yg sgt2 slow (aku guna F/30 saat) ntok able ko lukis tulisan tu dan let the lens to capture everything u draw. So then mase lens tu sdg capture,tulis la ape2 pakai lampu or laser or etc n tggu kamera abes capture n process. Sebab kita guna exposure sgt slow,so dat the gambar will take a bit lama gak la nak proses gambar tu. Ni antara hasil lain yang aku buat dengan kwn2 aku mlm semalam,pkul 12.00 smpi pkul 2 pagi kat basketballcourt.kmb ngan kebenaran pakguard.

Kalimah suci dalam seni yang baru,hehe.

Khas buat KMB-ians yang akan abes diploma ni.
Actually nak amek ni tak susah,cuma nak kena kejungkan tangan tak begegar pgg kamera la,sebab nk hasil dia nmpk sharp n crisp. Lagi bagus klu pakai tripod (sngt digalakkan) dan sila pakai mode manual,jgn la pkai auto or full auto k? Belajar pkai manual mode. Ni antara mode setting yang aku pakai.

Exposure time tu actky aku select bulb,so dat kita leh set exposure time ikut suka kita
Simple kan? Cuma perlu ade setting mcm kat atas ni,tripod dan lampu. Oh ya,n kreativiti..bukan senang nak buat,tapi sgt fun! So sebelum aku balik ke bilik semula,aku cuba amek gambar pokok kat padang pada waktu tgh malam (biasa org amek waktu ptg je kan?) dan aku cuba amek agar gmbr tu nmpk mcm kat safari africa waktu mlm,tp nampak mcm padang tgh burnt-out. So,tgk n judge k?

Padang di hening malam.
So,tu je yang aku leh share kali ni. Oh ya,aku sdg dlm misi persiapan akhir dalam exam IB aku,so doakan aku berjaya dan boleh fly! Nnt nak amek gmbr old building kat Europe lak,hehe..Salam~ ^^

FENOMENA ALAM ATAU PERINGATAN DARI ALLAH?

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Seolah-olah tidak ada penghujungnya di mana berbagai bencana terus melanda dunia yang kita huni ini samada banjir besar, tanah gelongsor, kemarau panjang, letusan gunung berapi, taufan ganas, kebakaran besar, salji tebal dan yang paling terkini adalah gempa bumi di Jepun yang agak kuat berskala 8.9 Ritcher dan disusuli oleh tsunami yang dahsyat.
        
Tanggapan manusia juga bermacam-macam, namun para pakar geologi lebih selesa untuk mengatakan bahwa hal ini adalah fenomena alam. Bahkan pengkaji-pengkaji ‘Paranormal’ lebih mudah untuk mengkambinghitamkan makhluk-makhluk halus penunggu tempat-tempat yang dilanda bencana tersebut dan sangat sedikit sekali mereka yang mengaitkannya dengan dosa-dosa manusia.

FENOMENA ALAM ATAU PERINGATAN DARI ALLAH?
Allah swt berfirman :
"Telah nampak kerusakan di daratan dan di lautan disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." (QS Ar-Ruum : 41)

"Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah, kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat." (QS An Nahl : 112)
  
Rasulullah saw pernah bersabda :
"Wahai, Kaum Muhajirin! Sesungguhnya ada lima perkara  yang aku berlindung kepada Allah agar kamu tidak menemuinya.

PERTAMA : Tidaklah muncul perbuatan keji (zina) pada suatu kaum hingga mereka melakukannya secara terang-terangan, kecuali Allah akan menimpakan kepada mereka wabak dan pelbagai penyakit yang belum pernah menimpa kepada orang-orang sebelum mereka.

KEDUA : Tidaklah suatu kaum mengurangi takaran dan timbangannya, kecuali niscaya mereka akan ditimpa dengan tandusnya tanah, kemarau sepanjang tahun, serta berkuasanya penguasa-penguasa yang zalim.

KETIGA : Dan tidaklah suatu kaum enggan mengeluarkan zakat hartanya, kecuali Allah akan menimpakan kepada mereka bencana dengan tidak diturunkannya hujan dari atas langit kepada mereka. Dan kalaulah bukan kerana binatang ternak, niscaya Allah akan menahan turunnya hujan selama-lamanya.

KEEMPAT : Dan tidaklah suatu kaum mengingkari janji antara mereka dengan Allah dan RasulNya, melainkan Allah akan mendatangkan musuh-musuh yang bukan dari golongan mereka, lalu merampas sebahagian harta yang ada di tangan mereka.

KELIMA : Dan selama pemimpin-pemimpin mereka tidak berhukum dengan Kitabullah dan tidak memilih yang terbaik dari apa yang Allah turunkan kecuali Allah turunkan kepada mereka kesengsaraan (perpecahan) di antara mereka." (HR Ibnu Majah dan dinyatakan hasan oleh Syaikh al-Albani)

Kebanyakan orang memandang pelbagai macam musibah yang menimpa manusia hanya dengan logik berfikir yang bersifat rasional serta terlepas dari tuntutan Wahyu Ilahi sehingga jawaban yang diberikan tidak mengarah kepada sebab-sebab utama, iaitu :
Kemaksiatan umat manusia kepada Allah swt, Pencipta Alam Raya, yang di tanganNyalah seluruh kebaikan dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan.
ANTARA KETAATAN DAN KEBERKATAN ALAM
   
Apabila penduduk suatu negeri taat kepada Allah swt, maka keberkatan akan melimpah ruah kepada mereka.
Contohnya, pada zaman Rasulullah saw, alam begitu bersahabat dengan Nabi saw dan para sahabat sehinggakan gunung-gunung pun sangat mencintai mereka.
Rasulullah saw bersabda ketika melihat bukit Uhud seraya menunjuk padanya :
"Bukit ini mencintai kami dan kami pun mencintainya."  (HR Bukhari dan Muslim)
Bahkan makanan yang dinikmati oleh para sahabat ikut bertasbih sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Mas’ud ra :
"Kami pernah mendengarkan tasbih dari makanan yang sedang dimakan."  (HR Bukhari)
Dalam riwayat Abu Zar ra juga disebutkan bahwa para sahabat mendengarkan tasbih batu-batu kerikil di tangan Nabi saw.
Begitu juga dengan batang kayu yang pernah dijadikan mimbar oleh Rasulullah saw menangis ketika Rasulullah saw meninggalkannya.

Demikianlah beberapa contoh sahutan yang diberikan oleh alam kepada orang-orang yang taat kepada Allah swt.
Ini adalah sangat berbeza dengan perlakuan yang diberikan kepada orang-orang yang durhaka kepada Allah swt.
Allah swt berfirman :
"Maka langit dan bumi tidak menangisi (kepergian) mereka dan mereka pun tidak diberi tangguh." (QS Ad Dukhaan : 29)
Sebaliknya, seperti kata Ibnu Abbas ra, orang mukmin yang telah meninggal dunia ditangisi oleh langit dan bumi.
Ia ditangisi oleh langit, kerana orang yang melakukan amal soleh, maka amalannya akan naik ke langit dan akan diterima oleh langit. Sebagaimana bumi pun menangis ketika ditinggalkan oleh orang-orang yang soleh karena tidak dipijak lagi untuk melakukan ketaatan. (berdasarkan Tafsir Ibnu Katsir)

Pada zaman Rasulullah saw, kaum Muslimin menghidupkan suasana bersahabat dengan alam, maka alam pun menunjukkan sikap bersahabat yang sama dengan memberikan rahmat kepada Rasulullah saw dan para sahabatnya.
Sebaliknya, jika penduduk suatu negeri tidak taat kepada Allah, maka alam ini boleh menjadi tentera-tentera Allah untuk membinasakan penduduknya sebagaimana pada zaman Fir'aun di mana kutu, katak, bahkan haiwan-haiwan yang lebih lemah sekalipun boleh menjadi sebab untuk hancurnya pengikut-pengikut Fir'aun.
JANGAN PERNAH MERASA AMAN!   
Allah swt berfirman :
"Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu dhuha ketika mereka sedang bermain? Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga)? Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi." (QS Al A'raaf : 97 - 99)
   
Inilah peringatan bagi mereka yang masih terus bergelimang dengan kemaksiatan yang tidak lagi memiliki rasa malu bahkan bangga dengan dosa-dosanya yang membuka dada-dada mereka menentang datangnya azab Allah, bahwasanya tidak seorang pun di antara kita yang patut merasa aman dari azab Allah yang teramat pedih.

PELAJARAN DARI UMAT-UMAT TERDAHULU
Disebabkan oleh maksiatlah, Allah swt menumpahkan air dari langit serta memuntahkannya ke bumi hingga mereka iaitu umat Nabi Nuh as yang kafir dan durhaka itu ditenggelamkan dan binasa.
“Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya).” (QS Al A’raaf : 64)
   
Disebabkan oleh maksiatlah, Allah menghancurkan kaum Nabi Hud as dengan ditumpaskan habis-habisan tanpa sisa.
“Maka mereka mendustakan Hud, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah), tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.” (QS Asy-Syu'araa’ : 139)
   
Kalau bukan kerana maksiat, kaum Tsamud tidak akan menelan mentah-mentah azab yang sangat pedih.
“Kemudian mereka sembelih unta betina itu, dan mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhan. Dan mereka berkata: "Wahai Shaleh, datangkanlah apa yang kamu ancamkan itu kepada kami, jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang diutus (Allah)". Kerana itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka.”  (QS Al A'raaf : 77-78)    Disebabkan maksiat jugalah, kaum Nabi Luth as beserta tujuh kotanya hancur berkeping-keping. Kota mereka diangkat setinggi-tingginya ke atas langit dengan cepat, lantas dibenturkan ke bumi dalam keadaan yang di atas ke bawah (diterbalikkan) lalu dihujani dengan batu dari ‘sijjil’.

Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.” (QS Hud : 82-83)
   
Negeri Fir'aun dilanda dengan taufan kencang, hama belalang, tersebarnya kutu, bermaharajalelanya katak dan menyebarnya darah; pun kerana maksiat. Oleh kerana mereka tidak mengubah sikap mereka, Allah swt menenggelamkan mereka di lautan.

“Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa. Dan ketika mereka ditimpa azab (yang telah diterangkan itu) merekapun berkata: "Wahai Musa, mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu dengan (perantaraan) kenabian yang diketahui Allah ada pada sisimu. Sesungguhnya jika kamu dapat menghilangkan azab itu daripada kami, pasti kami akan beriman kepadamu dan akan kami biarkan Bani Israil pergi bersamamu. Maka setelah Kami hilangkan azab itu dari mereka hingga batas waktu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mengingkarinya. Kemudian Kami menghukum mereka, maka Kami tenggelamkan mereka di laut disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka adalah orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami itu.” (QS Al A'raaf : 133-136)   
Bangsa Yahudi juga mendapat laknat dan azab yang bertubi-tubi. Mereka menyakiti, bahkan membunuh beberapa nabi mereka, maka memang patut jika Allah mengubah mereka menjadi binatang yang paling keji di dunia dengan diubah menjadi kera dan babi kerana tabiat mereka memang seperti kera dan babi.
   
Kaum-kaum yang terdahulu Allah swt hancurkan dan musnahkan disebabkan oleh satu dua jenis kemungkaran yang dikepalai oleh dosa syirik.
 
Namun, sekarang, bagaimana dengan kita?
 
Apakah yang kita saksikan dan alami sekarang ini :
 
  1. Di tempat kita?
  2. Di lingkungan kita?
  3. Di bandar kita?
  4. Di seluruh pelosok negara kita?
Kesyirikan yang merupakan sebab utama malapetaka dunia kini seolah-olah telah menjadi suatu keperluan.
 
Berapa banyak kita dapati media massa yang menjajakan kepercayaan yang berkaitan dengan kesyirikan, bahkan tidak sedikit bomoh-bomoh atau dukun-dukun sesat yang menyeru umat kepada perbuatan syirik dengan dibungkus sedemikian rupa untuk menyesatkan umat.
 
Demikian pula dengan  bid'ah dan maksiat yang berlaku hampir di setiap tempat bahkan masuk hingga ke dalam rumahtangga kita.

BENCANA UNTUK SEMUA  
Mungkin muncul suatu pertanyaan :
 
Mengapa sebahagian bencana ini berlaku di daerah, kota atau negara yang ramai umat Islam, padahal masih banyak daerah-daerah, kota-kota dan negara lain yang lebih patut untuk diazab oleh Allah? Bukankah di sana ada orang-orang yang soleh dan anak-anak kecil yang tidak berdosa?

Jawabannya :
 
Allah swt telah mengingatkan bahwa azabNya tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim di antara kita.
 
Allah swt berfirman :
 
"Dan peliharalah dirimu dari siksa yang tidak khusus menimpa orang-orang zalim sahaja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaNya." (QS Al Anfaal : 25)     
Ummu Salamah radhiyallahu 'anha menceritakan bahwa Rasulullah saw bersabda :
 
"Jika timbul maksiat pada umatku, maka Allah akan menyebarkan azab kepada mereka. Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Apakah tidak ada waktu itu orang-orang soleh?"
 
Baginda menjawab, "Ada."
 
Aku bertanya lagi, "Apa yang Allah akan perbuat kepada mereka?"
 
Baginda menjawab, "Allah akan menimpakan kepada mereka azab sebagaimana ditimpakan kepada orang-orang yang melakukan maksiat, kemudian mereka akan mendapatkan ampunan dan keridhaan dari Rabbnya." (HR Ahmad dan Al Haitsami mengatakan bahwa semua perawi hadits ini boleh dipercayai).

KE MANA KITA MENGADU?   
Orang-orang musyrik pada zaman dahulu yang terkenal dengan sikap pembangkangan mereka kepada Allah, ketika ditimpa suatu musibah, maka mereka memurnikan ketaatan mereka kepada Allah swt meskipun ketika musibah tersebut berlalu, mereka ingkar semula dan kembali kepada kesyirikan mereka.
 
Ini sebagaimana yang digambarkan oleh Allah swt dalm firmannya :
 
"Maka apabila mereka naik kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya, maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka (kembali) menyengutukan (Allah)." (QS Al 'Ankabuut : 65)
   
Itu keadaan orang-orang jaihiliyah di zaman dahulu.
 
Bandingkan pula dengan keadaan manusia "moden" sekarang ini, ketika mereka merasa akan ditimpa suatu bencana, maka bukannya mereka mengikhlaskan ketaatan kepada Allah swt, bahkan mereka semakin tenggelam dalam kesyirikan dengan meminta bantuan kepada :
 
  1. Tok pawang.
  2. Bomoh-bomoh.
  3. Makhluk-makhluk halus.
  4. Penunggu-penunggu tempat keramat.
 
dan benda-benda lain yang dianggap suci oleh mereka.
 
Sepatutnya mereka perlu bertaubat dan meminta perlindungan kepada Allah swt, namun mereka masih meminta kepada makhluk untuk menolong diri mereka walaupun makhluk tersebutpun tidak mampu untuk menolong diri mereka sendiri.
 
Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami untuk kami sentiasa mentaati segala perintah-perintahMu dan menjauhi segala maksiat dan dosa yang menjadi sebab kepada datangnya musibah dan bencana dariMu. Lindungilah diri kami, keluarga kami, kampung kami dan negara kami dari kemarahan dan azab dariMu sehingga kami menemuiMu dalam keadaan mendapat keridhaanMu.
 
Ameen Ya Rabbal Alameen

[re-blogged from someone]

What's best for my computer: Hibernate, sleep, or shut down?

By Morieka Johnson, Mother Nature Network

Q: Does putting my computer to sleep help extend the battery life? What else can I do to save energy and make my new computer last?
A: We’ve all heard stories about what's best for a computer’s battery. That’s why I was excited to make friends with Fred Peters, president of Huntington Beach IT Services.

In addition to teaching computing courses in Orange County, Calif., Peters happily makes house calls to revive frazzled computers and the people who rely on them.

Here are his expert tips on how to keep your new laptop running smoothly.

Sleep mode vs. shutting down
Peters notes that your work process will determine whether it’s more efficient to use “Sleep” mode or simply shut down the computer. “It is never fun to have to consistently wait any amount of time if the shut downs are too frequent,” he says. "‘Sleep’ requires more power, but it boots up faster, while ‘Hibernate’ uses less power, but takes longer to come online.” That same logic applies to shutting off your computer completely.

“Your computer will become obsolete before you wear out your computer by turning it on and off a lot,” he adds. “It also doesn't take more energy to start a computer than to keep it running.”

Sleep mode requires a constant, though reduced use of power (0-6 watts). Peters also notes that colorful screensavers do nothing to conserve energy. Accessing your computer remotely with the Wake on LAN feature also can drain the power.
To get the most for your money, Peters advises adjusting power settings so that it automatically goes into Sleep/Standby mode after about 15 minutes of inactivity, and then shut it down at the end of your day.

Bionic battery life
To get the most out of your computer battery, Peters says to you have to give it a workout. Don’t keep your machine plugged in to an outlet. Instead, discharge the battery daily.

Size does matter
By purchasing a laptop, Peters says that you are ahead in the energy-saving game. Laptops use about 15-60 watts, while desktops use 65-250 watts — plus another 15-80 watts for a monitor.

He also adds that you can further conserve energy by using an LCD monitor and ditching the high-end video card unless it’s absolutely necessary. Also, turn off printers and other peripherals when they are not in use.

To kill “vampire power,” TreeHugger.com suggests purchasing a power strip. With all peripherals connected to one source, it’s easy to simply flip the switch on power hogs any time.

Establish a backup process
In addition to Peters’ great advice about conserving energy, I discovered the hard way that it also pays to save backup versions of your work. Invest in an external hard drive to hold your digital music library, special photos, and other key documents. Frequent backups ensure that your data doesn’t die with your laptop.

While you are in the process of backing things up, create an emergency file (on good old-fashioned paper) that contains your computer’s serial number along with other key data such as your credit card numbers and phone numbers to reach each company, along with contact info to your insurance company. Access to that information is vital, particularly in the event of an accident, fire, computer theft, or other catastrophe.

Peters warns that those key pieces of information are not safe on your computer. If you are like me and absolutely need a digital holding space for those nuggets of information, he suggests sites like LastPass as your online vault.
__________________________________________________________________________

[this article is re-blogged from yahoo.com | CITATION | "What's Best for My Computer: Hibernate, Sleep, or Shut Down? on Shine." Shine: Fashion and Beauty, Healthy Living, Parenting, Sex and Love, Career and Money, Food, and More - Shine on Yahoo! Web. 02 Apr. 2011. .]

Jamuan Mentor Mentee!

Hi n assalamualaikum! Haa..memandangkan sudah tiba masanye ntok kitorg ni menghadapi exam,so masa utk aku dan mentor mentee bersama pon da nk smpi ke pengakhirannya. So ntok raikan perhubungan kami dan ape yg kitorg da buat selama ni,kami pon wat la sedikit jamuan, dan kitorg saje je wat hari lain dari yang lain sebab nmpk special sikit. Dalam jamuan ni gak,ade la kitorg wat gift x-change dan aku dapat smthing yg sgt aku suka, thx for Acad coz bagi aku USB fan yg sgt kewl,k? N Overall,thanks to Miss Mariam Nabilah coz u'r being soo sporting, in making dis event into reality and belanja ayam Ayamas kat kitorg (sedap,da lama tak makan ayam ni) dan kpd Arsyad Nordin, Fakarul Azim, Abdullah Faqir, Ezreeah Mustapha, Nabilah Aziz for the jamuan n your support! ^^

So,ni la antara mknan yang menjadi pilihan pada hari itu,sedap dan murah (kot~)


Wajah selepas makan dan sedang makan
Final pic pas abes jamuan.

So,it seems like sume dh abes,kn? Tapi aku harap phubungan yg tjalin dlm grup ni akan bkekalan smpi bila2..k? Daa~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...