My LiveStatus.

20 April 2011

Dan segala suratan itu ditangan Ilahi.. Placement Ep.1.

Pagi ni,pagi yang tenang. Aku ade test english, math dan juga chem paper 3. Segala persiapan sudah diatur. Aku okay je. Tapi aku tak dapat fokus sgt dalam prepare ntok test malam semalam. Tatkala Usop (bukan nama sebenar) datang kat aku:

"Weyh,ko da bukak email ko blom? Email yang placement kite tuh?"

"Belum lagi,apahal?"

"Doc. Saai da keluarkan email psl placement kite, and aku try nak tgk,t kne amek offer letter kat bilik kaunseling. Sekarang da tutup da. Esok la kot."


"Okayy..so maknanye memang takleh study la malam ni dok risau pikir pasal placement?"

"Agak la,haha..tenang je..ko mintak UCD kan? Mesti dapat punye,jangan risau la..aku pon nak UCD gak.."


"Haha..okay2.."

Notification dari Usop membuatkan hati aku makin tak tenang. Dah la memang hati aku tak tenang ngan exam minggu ni,tetibe lak datang satu berita yang wat aku tsangat excited. Sampai malam tu nak tidur pun susah. (Biasa aku susah nak tido sbb excited mase aku kecik dulu je,time kalau nak sampai hari2 family holiday). Tapi takpe,aku tetap cuba buat2 lupa pasal placement tu,even memang obvious susah la nak lupakan even wat sementara je.

Oh ya, sebelum ni aku da state yang aku dapat placement ke Ireland, tapi lalu twinning path la,maknenye aku wat 2.5 taun dulu kat Ireland dan the rest of my medicine study (in clinical year) kat PMC, Penang. So bila time interview, Mr Philip Curtis (Irish representatives yang interview) tanya kat aku;

"Well,that's all with our interview session. Btw, which uni will u prefer to have for your pre-clinical year at Dublin soon?"


"Perhaps there will be available vacancy seat for me in UCD..I prefer to have UCD as my destination"

"If u wanna share with me y you are chhosing UCD, maybe it helps.."

"Well, I prefer to go to UCD bcoz bla3x....(aku bubuh segala fakta yg aku jumpa kat wikipedia).."

"Okay,impressive..well,if there is available for you,than it's yours. Thank you.."

"Wilkemmen.."

Memang dari dulu lagi hasrat hati ni kalau boleh nak la pergi ke UCD (University College Dublin). Bukan aku tanak ke RCSI Dublin, cuma dengan pelbagai kata2 yang kurang memberangsangkan (RCSI ni payah la,byk ni la,tu la..) aku pon macam more interested to pursue study kat UCD je. Lagipun nak la rase belajar kat universiti. Ni tak,takkan masuk kolej lagi kot (even RCSI tu kolej diRaja). It does not matter actually,rezeki jangan ditolak,lagipun kerajaan berhak bubuh aku kat mana2,depa spend RM 1.5 juta ntok bagi aku belajar je.

So kembali kepada realiti semasa,pagi ni aku bangun dengan segar, dengan satu mende je kat kepala aku. Aku nak tgk placement aku kat Dublin,dapat mana. Harap2 la dapat UCD.

Mandi pikir UCD, serapan pn pikir UCD. Solat subuh je tak pikir UCD. Haha~

Lepas aku bersiap,aku gerakkan langkahan aku ke bilik kaunseling. Jam kat tangan baru pkul 8. Ade 30 minit sblm masuk dewan exam.

Aku ketuk pintu bilik kaunseling. Ade Pn. Faizah kat dalam tu,tengah sarapan. Rasenye leh la aku amek result tu! Yay!


"Assalamualaikum teacher. Result PMC nye placement kat Dublin dah keluar kan?"

"A'ah..you ni PMCians ke? Nak amek offer letter ea? Masuk la.."

*Jantung berdegup kencang*

"Teacher amekkan offer letter you ea. Nama penuh ape ea?"


"******* Firdaus bin Mat *****" (nama dirahsiakan demi kepentingan awam))

"Owh..okay."

5 minit lepas tu,dia pun datang dengan senyuman.

"Agak-agak kat mana you ditempatkan ea?"

Wah,macam soklan time PMR dulu,time aku check result PMR via telefon sbb sekolah banjir.


"Haha..tanak la saspen cmni teacher. Wallahu a'lam,saya terima je.."

"ala teka la dulu,haha.."

"Errr....UCD kot,ke camne?"

"Takk..awak dapat RCSI Dublin. Tahniah ye,pasni leh pilih accommodation kat RCSI, and settle evrything. okay?"

" =.=" "

"Btw, thanks teacher!"

Aku melangkah keluar dan kebingungan. Apa yang aku harus lakukan sekarang,mengeluh atau bersyukur? Patut nye bersyukur la,sebab rezeki ni bukan semua orang dpt, dalam brape orang je kat Malaysia ni yang layak wat medic kat RCSI.

Aku berjalan berjumpa sahabat2 ku yang sedang menelaah dan bersedia nak jawab paper exam. mereke bertanyakan aku dapat uni mana. Tatkala mereke mendengarkan jawapanku,mereka mengucapkan tahniah dan depa ckp aku patut bersyukur sebab bukan senang nak dapat tawaran ni. Memang. Tapi ujian tu besar. RCSI terkenal dengan sistem yang agak ketat dan payah la senang kata. Ingatkan kat KMB je payah,ade lagi kepayahan tu kat RCSI.

Tapi bila mendengarkan pesanan dari member aku,Shuk, dia kate..;

"La tahzan, Allah tahu yang terbaik buat kita..kan? Allah tau mane keupayaan ko,dia takkan turunkan ujian yang hambaNya tak mampu nak laksanakan. Ingat.ni rezeki yang besar,amanah rakyat Malaysia taw. Ko guna duit diorg RM 1.5 juta kot."

Betul gak,aku patut bersyukur. RCSI kot! Kalau ramai yang bejaya dari RCSI,kenapa bukan aku sekali kan?

Bila aku menanti khabar dari sahabat yang lain,mereka juga mengatakan dapat RCSI gak. Aku terus carik Fazmi,dan tanye;


"Jom Faz,kita dok satu bilik kat Ireland!"

"Jom! Ko nak bilik mane?"


"Bilik yang ade high speed internet connection,aku nak ko download movie lagi!"

"Okay..set! Satu sem bayar brape euro?"


"Dalam 7000 euro la. Okay kan? MARA bayar.."

"Ha'ah..okay2,deal!"


Macam tu je la...so,pasni,ape tindakan kita? MARI STUDY!!! :D



RCSI: My next destination (Credit to Tiara Fazlin,seniors in RCSI n KMB)

8 comments:

salwaabubakar said...

aku pi canada tak boleh download macam2. nak download boleh, lepas bbrapa hari, tggu surat saman kat rumah :D

btw, daus. Allah tahu apa yang terbaik utk ko. inshaAllah jika ini yg terbaik, semoga dipermudahkan

fy said...

congratz!!

+firdausmatnoh+ said...

salwa: ye2,insya'allah la kan,moga i yg tbaik ntok aku..:D

+firdausmatnoh+ said...

fara: thx sgt2! gudlk to u too..:D all the best in exam!

Anonymous said...

takpe, bang.. sane berlambak dengan ikhwah.. buleh jumpa dengan fazli comel dan incik hafez..

mungkin sbb tu Allah letak situ...

eheh...

Tiara Fazlin said...

ok je rcsi..passing mark tinggi skit je..UCD 40% da lepas, RCSI kene dpt 50% baru lepas..insyaallah boleh je..lgpun lecture notes mmg da siap ada for RCSI students,anatomy plk mmg kuat la kat, as in seminggu ada 2 kali masuk bilik anat..ucd sekali je dalam 2 minggu..tp dua2 ada pros and cons dia..apepun its still up to u, xkisah kite ada kat mana pun,ye x?=) kite wat medic utk jd doctor yg baik..bkn utk pass exam semata2..biarla susah sikit awal2,insyaallah akan dtg senang..goodluck!!

+firdausmatnoh+ said...

ayat2 tu mmg sgt memotivbatekn diri ye,shin chan bt doraemon,:D btw da lama da jatuh cinta ngan RCSI,sjak dpt RCSI bru ta yg tmpt tu mmg sgt AWESOME! hahah..okay2..maybe pas dpt offer RCSI n blaja RCSI,bru nk suka ke sana. bak kata org,tak kenal maka tak cinta,kan2?

Anonymous said...

hehe. tak tertahan gelak baca post ni. kelakar la.XD

btw, rcsi mmg terbaek la daus! hr tu kitorg practice clinical dgn fresh graduates rc, fuh! mmg inspired! rmi sgt yg dh lepas, iA boleh! n dierg pon nmpk sempoi aja. hehe

p.s selalu setkan niat krn Allah, iA Allah tunjuki jalanNya.

with loves,
fd

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...