Trip ni bermula dengan perjalanan ke Iph dulu,sebab tiket dah beli ke Ipoh ngan naik bas,tapi kalau kitorg tau kat Manjung pon ade stesen,takde la berhenti ke Ipoh je. Sebab tak tau,da jadi dua mende nak kena beli tiket ke Manjung lak lepas kitorg sampai kat Ipoh. Takpe, kira macam Amazing Race gak la,berkejaran nak sampai final destination kitorang kat Manjung, Perak. Oh ya, perhentian pertama yang akan menjadi rumah singgahsana kami di percutian ini ialah Rumah Fazmi, kat Sri Manjung,Perak. Kira selesa la rumah beliau,dan sangat lebih dari cukup buat kami berlapan semua. Setibanya di rumah beliau selepas 7 jam perjalanan, kami selamat tiba. Selepas selesai membersihkan diri dan solat jamak, kami terlena dan ade antara kami yang berhajat utk ke mamak untuk menonton Man Utd vs Arsenal punye match, dan beberapa insiden berlaku pada malam itu selepas mereka mengetahui hakikat yang match Man Utd ditunda lagi, iaitu tak tido satu malam dan layan game sampai ke pagi. Aku punye la tertidur dari awal malam lagi,bagus tol aku~
Keesokan harinya; Jam 0800.
Kami bermula untuk perjalanan kami ke Pulau Pangkor seawal jam 9 pagi dan untuk kesana hanya mengambil beberapa minit saja. Dan pada jam 9.15 pagi, kami tiba di jeti Pangkor dan bersiap untuk menaiki bot untuk kesana.
Saye bersama salah seorang rakan.
Dalam proses nak collect duit and susun perjalanan.
Tiket untuk ke Pangkor (pergi dan balik)
Dan selepas selesai dengan urusan tiket, kami mula bergerak dan setibanya disana, kami terus bergerak ke destinasi percutian kami dan salah seorang rakan yang turut menyertai trip ni, Hanif (bukan nama sebenar) telah menyusun segalanya dan kami akan menikmati bayu laut dan perjalanan menaiki bot disekitar Pangkor dengan khidamt tourist guider. Kos keseluruhan? Hanya RM 130,dan kira-kira dalam RM 10 seorang sahaja.
Bergambar dihadapan pintu masuk resort aktiviti kami
Dengan wajah excited sebelum aktiviti bermula
Bersama bot yang bakal kami naiki untuk sightseeing
Keindahan dan kejernihan pantai yang memukau pandangan kami
Kenang-kenangan bersama semua yang menyertai trip ini.
Dalam keriangan ni,kami telah lakukan banyak aktiviti bersama seperti berenang, main jetski (thanx to Hanif sebab mandu macam nak bunuh aku) dan juga banyak lagi. tapi antara yang tak dapat aku lupakan,ialah menikmati pemandangan pantai yang sangat bersih dan memukau pandangan. Tak tau lak kat Pangkor pon ade pantai yang sangat cantik,malah kami sempat bermandi di permukaan pantai yang sangat memukau pandangan ni. Alhamdulillah,Maha Suci Engkau yang menciptakan keindahan ini. Aku seolah-olah terpukau dan aku tak pernah terpukau dengan alam macam ni,sebelum ni.
Bila dah habis menikmati pandangan disekitar pulau, kami melayan karenah anak-anak diri kami dengan macam-macam, seperti main pasir, timbus kawan dan sebagainya. Lepas bermakan tengah hari dan jetskiing, kami pulang dan memang penat, tapi ianya ibarat satu pengalaman yang sangat berharga~
Baru lepas main korek pasir,ape kene ntah~
Mandi-manda..half naked?
Antara mende merepek yang kami lakukan~
Dan balik-balik rumah,sume terkorban dengan tido dan dengo kate nak join tgk bola kol 4,tak tau la jadik ke tak..so,sok lak...Tambun,Perak~
3 comments:
wah bestnye gi cti2...dh lme dh x pg cti ni..huhuu..dh lme x pg pantai...
eh,jom la fara..insya'allah kita akn ke sini gak nnt~ ^^
hahhaha...nanti la ye..ehhehe...
Post a Comment