Tengah kemas-kemas sikit,dah tumpang kat rumah orang la katekan~
Pemandangan Penang dari Bukit Jambul Condo
Selepas saja kami selesai dengan urusan kemas-kemas rumah dan baju yang bersidai di ampai, kami bergerak ke utara, dengan destinasi pertama kami, iaitu ke arah Sungai Petani untuk hantar anak-anak Hj. Rosli bersaudara, iaitu Amir dan Anas. Kami bergerak dari Penang dan tak lama dan tak jauh pastu, sampai la kat rumah mereka. Dengan jamuan ringan-ringan, Amir dengan tangan terbuka mengalu-alukan persinggahan kami ke rumahnya, dengan iringan jamuan 'Teh 10' percuma. Tapi teh dia sedap la~
Amir ngan Anas gembira beriringan ke rumah mereka.
Amir dan Teh 10 yang wangi lagi menyamankan.
Kami tak dapat nak duduk lama kat rumah beliau sebab perjalanan masih jauh lagi. Setelah mintak izin dari tuan rumah untuk mengundurgostankan diri, kami bergerak ke Alor Star dahulu untuk pergi ke rumah Induk Hanif, iaitu di Lebuhraya Jalan Sultanah, Alor Star. Tapi sebelum tu, aku terpukau dengan pemandangan padi kat Sg Petani, lalu aku decide untuk snap a few pictures kat sawah tu. Nampak sangat aku ni jakun tengok padi, orang selatan la katekan~
Cantik kan padi ni? Sdap tol mate memandang~
Kami singgah sebentar di Alor Star, hanya utk singgah dan punggah barang dan kami teruskan perjalanan ke Padang Besar, Perlis untuk beli a few barang dan pesanan dari rakan tersayang. Sepanjang perjalanan 2 jam ke sana, apa yang memang menarik perhatian aku ialah, Chuping. Chuping ni la daerah yang aku rasa paling luas sebab penuh dengan tebu je,memang sangat luas sejauh mata memandang. Daerah ni gak terkenal dengan identitinye sebagai Kawasan paling luas ade ladang tebu dan tempat paling panas kat Malaysia, dengan rekod setinggi 42 celcius. Panas gile~
Chuping: Kawasan Ladang Tebu Terbesar Malaysia: 8062 hektar
Chuping: Kawasan terpanas di Malaysia: Recorded: 42 celcius.
Dua gambar kat atas ni adelah mercu tanda identiti daerah Chuping ni. Tak lama lepas tu, tibalah kami di Padang Besar. Perkara pertama yang kami buat? Makan tengah hari kat tempat yang sama kami pergi tahun lepas, kat warung berhampiran. Bukan ape, Nasi Patayanye masih menyengat kalbu dan menarik macam tahun lepas, cuma serivisnye lambat la sikit. Dengan penangan kuah tomyam,segalanye hampir perfect! ^^
Di gerai inilah kami melantak,sedap weyh!
Muka kekenyangan makan makanan ala Thai
Upacara terus dijalankan dengan membeli belah di Padang Besar, tapi sebab duit tak la kaya, so beli jersey Malaysia sajalah ye. Tapi kira berbaloi la aku melilau satu area complex tu umtuk carik jersey ni, sebab Malaysia menang dan aku rasa berbangga tengok depa main dan aku pakai baju tu sbg tanda sokongan! Haha~. Ade la aku beli mende lain, tapi tu pon just jersey yang member aku kirim dan juga buah tangan buat keluarga tersayang di Keramat, Kolumpoq.
Tengah pilih brooch wat adinda dan bonda tersaaayaang.
Dah habis shopping,nak wat ape? "Balik la,tak reti-reti?" jerkah Fakar (memang nama sebenar) dan kami pon balik, tapi tak la direct balik,ade la melencong sikit-sikit kat tempat lain. Kami segera menunaikan solat jamak di masjid berhampira, juga tempat sama kami ziarah tahun lepas, cuma bezanya tahun ni nama Pak Mat JKR dah tak ade kat board tu. Sempat juga kami makan cendol pulut di Padang Melangit, berhampiran Beseri ubtuk menjamu selera sambil melihat cahaya mentari tenggelam melimpahi padi yang hampir menguning. Fakar lak nak berhenti kat MRSM Beseri sebab beliau terlalu excited tengok sekolah lamanye itu.
Masjid Pak Mat JKR (actly nama sebenarnye lain, kami pggil cmtu)
Aksi tersendiri Faka di hadapan kolej kesayangannye.
Pemandangan mentari tika kami menikmati cendol pulut.
Dengan berakhirnye kunjungan kami ke Padang Besar, maka berakhirlah kunjungan kami secara keseluruhannya, yang mengambil masa 4 hari,lamanye~. Dalam perjalanan pulang tu, aku terkesima melihat LANGIT PETANG, sebab bagi aku, aku belum pernah terdiam kaget melihat sunset, tapi aku mula berubah dibumi Perlis. Sunset disana dengan biasan padi, merubah hatiku.
Tona langit yang sangat cantik!
Malam tu kami berjamu di kedai mamak, tapi mamak ni lebih baik dari mamak GRO kat Ipoh tu (no offence) dan kami menyaksikan siarang langsung Malaysia vs Vietnam, musuh tradisi kita dengan aku mengenakan jersi Malaysia yang aku baru keluarkan dari plastik, sebagai tanda sokongan. Memang rezki kami sebab disana aku terjumpa dengan pak menakan Faka, yang dok kat Alor Star gak. Depa blanja kami makan,woohhooo~
Tengah selera makan sambil tengok bola.
Bergambar seketika dengan jersi baru dihadapan mamak stall ku~
Before balik semula ke rumah Hanif, aku pergi ke Terminal Bas Syabab Perdana, Alor Star ntok beli tiket balik ke KL. Sayu rasenye mase beli tiket tu sebab tu bermakna perjalanan aku dah berakhir dan aku kena buat kerja la nampak gayanye. Haha~ so,esok jam 11:30,aku akan ke KL dan berakhir sudah percutian ini~
No comments:
Post a Comment