My LiveStatus.

16 December 2010

Travel Diary : Day 4

Alhamdulillah, it looks like arini la hari terakhir aku dalam jadual perjalanan aku kali ni dan dah sampai masa nampaknye kaki ni kembali ke bumi metropolis KL,haha. Agak sedih bila mengenangkan berakhirnya percutian 2 minggu aku dan dalam baki dua minggu cuti ni, aku kena fokus kat kerje-kerja rumah yang dibekalkan kat aku before balik cuti haritu. So far, kerja yang aku da selesaikan cuma abeskan baca novel SAGA, novel Lorong Midaq still on waitin list.

So, generally perjalanan hari ni berkisarkan kepada perjalanan pulang je la. Pada jam 9, aku dan penghuni rumah Hanif yang ada (aku, Hanif dan Fakar je la) bangun dan bersiap-siap untuk hantar aku balik. Fakar pon nak gerak ke rumah Makcik beliau kat Alor Star ni, yang belanja kitorang malam tadi. Pukul 10:30, kami singgah di Stadium untuk makan sarapan, dan Hanif (ye,memang nama sebenar) menyarankan makan di warung roti Jala Pak Mat JKR.

"Mai la makan menatang ni,sedap gila ang tau!" ujar Anep

Sambil bercerita sakan tentang pengusaha warung ni dan jiran perniagaannye (takleh citer kat sini,isu sensitif) kami dihidangkan dengan Roti Jala versi utara. Kalau kat Johor, biasa aku jumpa yang dah siap gulung punye, tapi kalau kat utara, dia letak roti jala tu lain sikit, mcm style roti canai gak la.

Lain sikit style dia, tapi rasa sama je la.

Dengan harga serendah RM 1.00, dan bayaran ansuran selama 2 bulan, roti jala ni agak berpatutan buat semua lapisan masyarakat yang malas nak masak sarapan or memang penggiat roti jala sejak turun temurun. Memang puas hati gak la makan dan ingatkan nak tambah, tapi mengenangkan duit ni, makan sikit je la, janji dapat rasa.

Dalam rancangan "Sarapan Bersama Fakar"
So,makan pon dah sudah, tengok-tengok jam dah pkol 11.15, ade 15 minit lagi before bas aku bertolak. Maka kami pon brgerak la ke Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk antar aku ni haa~. Setibanya aku disana, bagasi dipunggah ke dalam perut bas dan aku mengucapkan thanx tak terhingga buat Hanif, yang banyak berkorban duit minyak, penginapan dan kepalanye yang merancang hampir semua perjalanan dengan baik. Kalau takde mamat tu, nescaya tak ade nye aku nak rasa bercuti mcm ni.

Last pic dalam perjalanan ni, bersama bas ke KL.

Tepat 11.30 pagi, aku bergerak pulang dan sayu, melihat bumi utara ni berpisah, tak tau la nape. Maybe sebab aku da tertarik dengan pemandangan kat sini sejak semalam, so rasa sayu nak tinggalkan. Pemandu bas ni bagus, before jalan tu, dia amek Mic and dengan gaya seperti pilot plane, beliau memperkenalkan diri dan cakap yang dia akan bawak kitorg (penumpang smua) ke KL, dan dijangka tiba pada jam 6. Siap bacakan doa mula perjalanan lagi. Kalau la semua drebar bas cmnih, maju Malaysia, bukan setakat bola je maju, ngan negara sekali maju.

Dalam perjalanan yang panjang ni, dpaat gak la akhirnye aku habiskan novel SAGA yang aku dok pulun baca, memang menarik. Disambut dengan hujan dan dingin dalam bas, lepas berhenti solat di R&R Bukit Gnatang, aku tertidur dan terjaga setibenye kami di Rawang. Aku tiba di KL pada jam 5, tapi turun kat Bukit Jalil pada jam 6.15 sebab KL tgh jam.

45 minit kemudian, aku benar-benar tiba di destinasi akhirku, Desa Wangsa Keramat, KL. Dengan tak makan tengah harinye, aku terus melantak kat rumah dan makan sepuas hatinye. Aku masuk kebilik dan kedengaran sayup-sayup suara homework memanggilku. Ye, da sampai masaku untuk bersama, homework~

*********

Maka berakhirlah percutian selama 4 hari 4 malam ku di Perak, Penang, Kedah dan Perlis ini, yang menelan belanja bersih sebanyak RM 200, dari 12 Disember hingga 17 Disember 2010.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...