Bergambar kat depan rumah Fazmi before nak ke Ipoh
Agak berat hati nak pergi, tapi kami tetap teruskan perjalanan kami. Perjalanan yang agak 'main hentam' and 'bantai je' ni agak mencabar, dan agak jauh la..selepas 4 jam, kami tiba di Tambun.Kenapa 4 jam,lamanye? Haa..ni semua sebab nak main redah punya pasal la, elok-elok nak ke Ipoh,sampai la ke Menglembu..padan aku pelik,nampak replika kacang Menglembu kat Ipoh,rupa-rupanya aku dah sesat..nasib baik la rajin bertanya,sampai la jugak kat Ipoh tu.
Tengah usha pakcik pam minyak,mana jalan nak pegi Tambun
Dan akhirnya,sampai-sampai kat sana,kami pon mula lapar,dan kami berdecide nak makan tengah hari dulu. Yang part best kat sini, ade sekumpulan bakal doktor mula meliar melihat sekumpulan nurse pelatih (rasanye~) dari Masterskill, maka mula la bakal-bakal doktor ni gembira tak terkata bila melihat nurse-nurse yang akan membantu diorang wat operation bila da jadi doktor nnt, lawa-lawa belaka, nak kata Juraimy (bukan nama sebenar). Namun Fakar dan Daus (bukan nama sebenar) mengingatkan agar tetapkan iman kalian dan jangan tergoda. Majlis diteruskan dengan makan tengah hari berlauk papadom.
Makan tengah hari kat kedai mamak (sedap,tapi...)
Dan lepas abes makan tengah hari,dan-dan la time tu nak hujan. Even ade antara kami yang mula tarik muka sebab nampak gaya macam takde chance la nak mandi kat Lost World, tapi kami tetap dengan niat kami untuk tetap mandi kat sana dalam hujan. Setibanya disana dan setelah beli tiket dan ukur tinggi (sebab kalau kurang dr 90cm, leh dapat free!) kami pun mandi, dengan penuh kepuasan dan separuh malu (kenapa? rahsia~) dan amek 4 jam gak la mandi,dari pukul 2 sampai pukul 6 ptg. Malang sekali gambar semasa mandi tak dapat diletakkan atas sebab menjaga nama baik dan maruah kami. Antara cabaran yang kami laksanakan ialah main water rapid, lompat berirama dalam air dan main pusing-pusing ngan apekemendentah nama mainan tu. Ala,macam kat fun fair tu~. Lepas puas main, kami pun bergerak pulang.
Bergambar sebelum bergerak pulang.
Lepas makan, kami bercadang untuk terus hantar mamat dua orang ni (Juraimy dan Acap,bukan nama sebenar) balik ke KL dgn naik train, tapi ade yang mencadangkan, "Apa kate kita makan malam dulu,kat mamak la,aku suka.." kata Hanif (bukan nama tipu). Mohammad Bistro dipilih sebab aku pernah makan kat situ, dan perkara yang paling memeranjatkan hati kami sehingga kami berasa seolah-olah kami bermimpi ialah, mamak ni dah pakai gurl yang fesyennye seolah-olah GRO kat bar sebagai cashier dia. Erm,pembetulan...gurl tu tak jage transaksi pon,just menepek cashier tu je.
Acap, Fazmi dan Faka kelihatan sedang tidur.
Kami cuba untuk menyembunyikan kepelikan kami dan terus mengorder makanan kat mamak yang nampak gaya macam kurang faham bahasa Jawa (sebab aku order,dia macam tak paham,pdhal aku cakap Melayu) kami pun menanti. Malang sekali,aku terorder air kopi dan dia bagi yang kaw,sampai aku rasa macam minum kopi 100% dan 0% gula,sumpah pahit! Aku cuba cool, tapi aku menjadi hot sebab prinsip ke'makan-luar'an aku dilanggar oleh mamak tu, aku takleh kalau makanan yang aku order kat luar,mcm restoren tak memuaskan hati aku,memamng aku hot. Lantak la,janji makan. Dipendekkan cerita, pada jam 7.30, langit seolah-olah menyeru kami untuk menghantar Acap dan Jue ke stesen dengan segera. Lagak Fazmi a.k.a 'James Bond' membawa kereta dan melanggar lampu merah, diiringi lagu 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' nyanyian Syahir AF8 semasa beliau memandu, membuatkan malam itu sedikit ceria.
Dah nak hantar depa kat depan stesen.
Pada jam 8.30, setelah menghantar diorg pergi ke stesen, Fazmi pulang ke Manjung dan aku, Hanif, Faka, Amir dan Anas bergerak ke Penang, untuk meneruskan perjalanan pada hari esok. Untuk rekod, rasenye inilah kali pertama aku ke utara dengan kereta, or sebelum ni pernah tapi aku tak ingat. Sepanjang perjalanan itu, kami berhenti di R&R Bukit Gantang dan beberapa perkara terjadi yang mencuit hati. Antaranya ialah servis tandas di stesen minyak di situ yang menyediakan 4 tandas, 3 daripadanya untuk wanita sahaja. Laki? Jangan risau, memandangkan tandas satu je, sila guna pokok-pokok disekeliling anda.
Yang pintu terbukak sikit tu la tandas lelaki.
Oleh sebab tu je tandas lelaki, aku decide untuk bergambar kat depan tandas tu, tapi aku tak tau dlm tu ade orang lak. Sedang aku posed depan tandas tu, tetibe seorang paman tua menolak pintu tu dari dalam, maka aku pun mule gelabah,dah la block pintu tandas,haha~ Aku segera blah dan dipendekkan cerita, cameraman yang nak amek gmbr aku tu, still acu kamera kat tandas tu dan paman tu da ingat yang kitorang stalk dia, mengamuk gak la beliau. Dalam perjalanan pulang, kami berselisih dengan salah satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah bas kilang, yang memblock pengguna highway lain sejauh hampir 2 KM gak la stucked in da middle of nite tu.
Perjalanan diteruskan dan pada jam 11,selepas beberapa jam dan melalui Jambatan Pulau Pinang buat kali pertama, kami tiba di Bukit Jambul Condo, rumah Hanif. Selepas makan dan basuh baju, kami bertiduran dan rehat untuk perjalanan esok.
No comments:
Post a Comment