My LiveStatus.

22 June 2009

Sebuah Permulaan...V 2.0

Selain dari untuk luahan hati saya,sebenarnya blog ni pon saya buat untuk merakam saat-saat bermulanya langkahan seorang teknokrat ke sebuah kolej yang agak gah namanye di persada dunia di Malaysia, iaitu Kolej MARA Banting, yang sangat terkenal di serata dunia kerana prestasinya sebagai, "The Best & Leading World International Baccalaureate School 2008" memang sangat-sangat teruja sebenarnya nak mulakan langkahan kesana,mungkin kerana reputasi kolej itu yang sememangnya tidak boleh disangkal dan....macam best kat sana,tapi saya teringat kata-kata seorang pujangga (or maybe a leader..) berbunyi...

"With a great power,comes a great responsibility and task..."

Melihat kepada bibit-bibit ini,saya mula berfikir kembali,memang benar...walau tempat yang bakal saya duduki itu sebuah tempat yang sangat berpotensi tinggi untuk melahirkan cendekiawan Islam,khususnya, namun perjuangan dan tanggungjawab saya disana sangat berat dan besar untyk dipikul oleh diri hamba Allah yang sangat kerdil ini...aduhai,mampukah aku berjaya disana? Insya'allah..sesungguhnya disebalik setiap kesusahan yang kita lalui,dan setiap ujian yang Allah kurniakan,pasti ada hikmah dan kesenangan dari-Nya pada akhir kesusahan-kesusahan itu.

Ingatan dari bekas boss saya dalam Badan Tarbiah Islamiah sewaktu di sekolah lama dulu,membuatkan saya kembali bersemangat dan tabah,serta yakin kepada setiap ketentuan llahi,lagipun Insya'allah juga,Allah pasti bersama hamba-hambnya yang tabah dalam ujiannya...amiin. Sememangnya sewaktu saya mula-mula menerima tawaran dari MARA pada 15 Mei 2009, yang mula-mula terlintas difikiran saya ialah, "Bagaimana saya akan mengharungi segala kesusahan disana dan mampukah saya berjaya disana, sedangkan ramai yang mengeluh betapa sukarnya perjuangan untuk berjaya dalam IB?"

Tetapi saya tetap mensyukurinya kerana dari apa yang saya tahu, daripada hampir 10000 calon yang memohon untuk menduduki temuduga bagi program Ijazah Luar Negara,hanya seramai lebih kurang 4000 saja yang layak ditemuduga dan dari jumlah itu, hanya pula 2000 calon yang berjaya, dan saya mula melihat betapa bertuahnya saya kerana berjaya sehingga ke tahap ini,Alhamdulillah. walaupun memang susah untuk menruskan perjuangan ini,tetapi langkahan saya tetap perlu diteruskan...semoga segala usaha saya selepas ini mendapat restu dari ibu bapa saya dan pastinya, mendapat berkat dan keredhaan dari Allah,Pencipta sekalian alam. Buat rakan-rakan seperjuangan,bantulah saya untuk bermula dengan baik selepas ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...