Hari aku bermula dengan biasa, dan petang tu aku pergi gunting rambut dengan adik aku. Well,kalau aku potong rambut, akan ade dua insan yang akan gembira dan kalau bole nak buat kenduri kesyukuran sebab aku potong rambut, iaitu Shuk (bukan name sebenar) dan ***** (identiti dirahsiakan demi menjaga maruah) sebab depa ni rimas dan meluat tengok rambut aku tebal, tapi ade gak yang tak suka aku potong rambut. Depends,ade yang kate ok ngan rambut tu. Rambut je pon padehal..haha. Jadi, ni la comparison da potong n sebelumnye~
So,cmtu la cerita rambut aku..skarang bermula la detik yang aku nantikan sepanjang hidup aku,iaitu pegi tgk bola kat stadium! Ya! Aku da mintak Juraimy tlg belikan tiket ntok AFF Suzuki Cup Final kat Bukit Jalil. Rm 30,ok la kot,tengok pon puas sebab kalahkan musuh tradisi.
Tiket yang berharga RM30 |
Tapi nak pegi sana,punyelah azab. Even aku trasa aku keluar dari rumah cukup awal, iaitu dari lepas asar, tapi aku tetap kena bahana sesak ngan penumpang. Malah, dari terminal Masjid Jamek LRT lagi (30 minit dari Bukit Jalil) da sesak..dalam penantian tren ni gak la aku ditemukan dengan seorang lepasan SPM dari SBPI Gopeng, yang bertanyekan psl cmne nak pegi sana ngan aku. bagus gak,leh la wat borak sementara tunggu nak naik tren. Lagipun kan aku susah nak didekati,alang-alang ade pluang,ape lagi..pakai! :)
Cmni punye ramai nak pergi Bukit Jalil, itupun kat stesen paling awal..=.=" |
Dan bila da naik tu, memang terus padat dan sebijik mcm ikan sardin dalam tin yang disusun berdiri,packed! Dan dalam tu gak la riuh dengan kata-kata semangat buat pasukan negara dan tak lupa makian dan kata-kata menghina buat Timnas. Kesian tol,lom main lagi da kena hina. Tapi yang paling aku appreciate ialah, even dalam LRT tu penuh anak muda, tapi kitorg (eh?) tak lupa nilai murni. Da la macam lama kenal,siap borak santai n gelak sama-sama, ne ven bagi laluan ntok warga penumpang lain ntok keluar, bukan masuk,sebab da full.
So,perjalanan yang penuh dengan peluh dan bau masam tern yang penuh dengan org bpeluh tu berhenti pada jam 6.15 petang, dan tiba di stesen Bukit Jalil. Sampai je kat sana, aku terkesima. Gile ramai orang! tak pernah aku sangka bila cmni punye ramai, sampai tak dapat call orang ke luar. Bukan sebab takde kredit or bising sgt, tp ramai sgt org wat call dlm satu tempat smpi bizi line~
Cmni la lautan manusia nak redah stadium dari LRT. |
Haha..tu la realiti awal yang aku kena hadapi mse nak pegi Stadium ni. Dipendekkan citer, aku tempah tiket ngan Juraimy, tapi sebab dia datang lewat, da 7.40 baru sampai kat stadium, so aku kne la dok kat seat yang ceruk ujung, btol2 kat atas pnyokong Indon. Pdhal mak aku da pesan awal-awal,jgn dok dekat dgn Indonesian Fan,tapi nak wat cmne, klu aku tak pegi situ, tak tgk match lgsg la.
Pemandangan stadium dr Lane aku..nmpk asap mercun tak? |
Kira ok la,puas la nampak semua view player cuma aku tak dapat nak identify sape yg tgh bwk bola sebab nmbr player tu nampk kecik dari seat aku. Bersama Acap Sukor dan Juraimy, kami bersorak la even first half tak berap nak best sbb takde gol n tgk Indon mcm ade harapan nak menang. Tapi bila start minit 53, realiti tu da bertukar. Dari tak seronok tengok t mnjadi excited dan keterujaan yang maksima sebab syok! Bayangkan, tak pernah aku nampak match kne stop sebab ade ancaman sinaran laser. (Aku tak terlibat ea..jgn tuduh aku) dan aku nampak gak la sinaran tu kat atas padang, sape la yang pancar. Even klu keeper Indon tak nmpk n tlepas bola lalu menghadiahkan gol wat Malaysia, tu da kira menang tak bermaruah or dalam kata lain,main kotor. Impak terhadap penonton? Mercun mula dilempar tgh pdg, dan mane-mane entah lagi, dan pergaduhan mula terjadi antara M'sian Fan dan Indon fan.
Tak berapa jelas, tapi ni sebenarnye tgh gaduh. |
Dipendekkan cerita,aku mula hilang suara sebab bersorak gile,dan pekak sebab orang men vuvuzela kat telinga aku dan bersorak sekali bila Harimau Malaya membaham Garuda. Sian aku,haha..ade la beberapa perkara yang aku tengok best,dan takde dlm replay match kat ASTRO, mcm gmbr dibawah ni. One more thing aku perasan,susah nak nampak jersi Home Malaysia lengan panjang mcm aku (yg ori), knape?
Nampak tak jersi besar gile tu? Haa..murah2,sape nak beli? |
Bila da kalah besar, konfem la malu kan? Tu la yang dirasakan oleh Indon Fan dan diorg da tinggalkan stadium jauh lebih awal. Even kalau dilihat, mse minit 80 je, seat Indon Fan da ilang separuh, dan semua da terdiam. Mcm team Malaysia la kat Stadium Gelora Bung Karno, time match kumpulan, terdiam la gak. Tp tak mcm mse kat Stadium Jaka Palembang, team kita belasah Laos.
Seat Indon Fan; diorg tgh berjalan keluar,mse tgh match lg. |
Sampai la abes match, semua berakhir dengan kegembiraan dan stadium menjadi hiruk pikuk dan gegar gempita sorakan 90,000 penyokong berkekalan dalam ingatan aku, dan i'm proud to be one of them, apart of that supportive cheers. Sebelum balik,aku bergambar dengan rakan-rakan sebagai tanda kenangan kunjungan kesana.
Muka penat tapi hepi. |
Perjalanan pulang diatak, tapi tak smudah yang aku sangka. Acap da balik awal sebab dia balik dgn abang dia, tapi aku dan Juraimy terpaksa meredah lautan almost 10000+ org nak naik LRT, dan before 11.30 sebab lepas tu da tutup. Aku tak paham, patut bila ade match besar mcm ni, buat la lebih masa sikit,ni tak..ikut masa off biasa. Da la kad Touch n Go aku da abes kredit, takleh nak reload,tanak la beli tiket balik sebab panjang sgt beratur. Last2, FRU bagi je org takde tiket masuk dlm stesen ntok nek LRT, rugi besar LRT mlm tu..org naik free je.
Barisan penyokong yang berasak nak balik nek LRT. |
LRT sedang dirempuh |
Hurm..aku cuba patah balik ke Seri Petaling dgn harapn leh naik tren yg kosong tapi gagal. Tiket habis. So,aku takde pilihan lain kecuali kena la dok tdo kat situ, or call bpk aku ntok mintak amek. Tp aku bukan jenis manja, nak suwoh bapak aku macam-macam. Aku decide ntok tido kat rumah Ju sebab dia pon da offer n katenye takde masalah. Alhamdulillah,nyata dia leh la aku harapkan dan tak mnghampakan la kawan aku sorang ni. Sebelum ke rumah dia,aku naik kereta kwn dia kt kwsn rumah dia, sape ntah name diorg, tapi sgt humourous n funny la diorg ni. Sambil mkn McD mlm tu, kami bergelak sampai kol 2. Then baru sampai rumah Juraimy n aku tmpg tdo kat rumah beliau.
Keesokan harinye, lepas terbabas subuh (astaghfirullah~) dan nyenyak tidur sebab penat berdiri 7 jam, termsuk tgk match, kami bangun la pd jam 10. Lepas mandi dan bersiap dan sarapan dan blah,aku naik teksi ke stesen LRT Tasik Selatan dan aku pulang kerumah. Tapi ade harga yang perlu aku bayar atas kegembiraan ini. Aku demam hari ni sampai Selasa dan sakit kepala. Aku syak yang sakit kepala tak ilang dua ari tu sebab excessive sound pollution yg mngganggu kpla aku. Hehe.
So,aku doakan Harimau Malaya akan bangkit mengganas serangan Garuda dan semut kecil yang menyokongnya di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia!