My LiveStatus.

29 December 2010

Of rambut,football 'n' unexpected journey~

Well,hari Ahad...aku bangun apgi tu dengan biasenye, dan mengharapkan apa-apa keajaiban berlaku dihari yang hening dan damai ni. Tapi sape tau, pagi yang bermula dengan biasa-biasa je (takde sbrg mende pelik mcm bgn awal pagi) bertukar menjadi hari yang agak menarik dan aku akan kenang sampai akhir hayat aku. Dua perkara besar berlaku..eh,bukan-bukan,tiga perkara besar berlaku dalam hidup aku sepanjang cuti ni, dan semua datang dengan kos, calculated risk+cost~. Tapi aku gembira la,even aku terpaksa harungi byk sgt dugaan, aku byk belajar something dari perjalanan ni.

Hari aku bermula dengan biasa, dan petang tu aku pergi gunting rambut dengan adik aku. Well,kalau aku potong rambut, akan ade dua insan yang akan gembira dan kalau bole nak buat kenduri kesyukuran sebab aku potong rambut, iaitu Shuk (bukan name sebenar) dan ***** (identiti dirahsiakan demi menjaga maruah) sebab depa ni rimas dan meluat tengok rambut aku tebal, tapi ade gak yang tak suka aku potong rambut. Depends,ade yang kate ok ngan rambut tu. Rambut je pon padehal..haha. Jadi, ni la comparison da potong n sebelumnye~


So,cmtu la cerita rambut aku..skarang bermula la detik yang aku nantikan sepanjang hidup aku,iaitu pegi tgk bola kat stadium! Ya! Aku da mintak Juraimy tlg belikan tiket ntok AFF Suzuki Cup Final kat Bukit Jalil. Rm 30,ok la kot,tengok pon puas sebab kalahkan musuh tradisi.

Tiket yang berharga RM30   

Tapi nak pegi sana,punyelah azab. Even aku trasa aku keluar dari rumah cukup awal, iaitu dari lepas asar, tapi aku tetap kena bahana sesak ngan penumpang. Malah, dari terminal Masjid Jamek LRT lagi (30 minit dari Bukit Jalil) da sesak..dalam penantian tren ni gak la aku ditemukan dengan seorang lepasan SPM dari SBPI Gopeng, yang bertanyekan psl cmne nak pegi sana ngan aku. bagus gak,leh la wat borak sementara tunggu nak naik tren. Lagipun kan aku susah nak didekati,alang-alang ade pluang,ape lagi..pakai! :)

Cmni punye ramai nak pergi Bukit Jalil, itupun kat stesen paling awal..=.="


Dan bila da naik tu, memang terus padat dan sebijik mcm ikan sardin dalam tin yang disusun berdiri,packed! Dan dalam tu gak la riuh dengan kata-kata semangat buat pasukan negara dan tak lupa makian dan kata-kata menghina buat Timnas. Kesian tol,lom main lagi da kena hina. Tapi yang paling aku appreciate ialah, even dalam LRT tu penuh anak muda, tapi kitorg (eh?) tak lupa nilai murni. Da la macam lama kenal,siap borak santai n gelak sama-sama, ne ven bagi laluan ntok warga penumpang lain ntok keluar, bukan masuk,sebab da full.

So,perjalanan yang penuh dengan peluh dan bau masam tern yang penuh dengan org bpeluh tu berhenti pada jam 6.15 petang, dan tiba di stesen Bukit Jalil. Sampai je kat sana, aku terkesima. Gile ramai orang! tak pernah aku sangka bila cmni punye ramai, sampai tak dapat call orang ke luar. Bukan sebab takde kredit or bising sgt, tp ramai sgt org wat call dlm satu tempat smpi bizi line~

Cmni la lautan manusia nak redah stadium dari LRT.

Haha..tu la realiti awal yang aku kena hadapi mse nak pegi Stadium ni. Dipendekkan citer, aku tempah tiket ngan Juraimy, tapi sebab dia datang lewat, da 7.40 baru sampai kat stadium, so aku kne la dok kat seat yang ceruk ujung, btol2 kat atas pnyokong Indon. Pdhal mak aku da pesan awal-awal,jgn dok dekat dgn Indonesian Fan,tapi nak wat cmne, klu aku tak pegi situ, tak tgk match lgsg la.
Pemandangan stadium dr Lane aku..nmpk asap mercun tak?
Kira ok la,puas la nampak semua view player cuma aku tak dapat nak identify sape yg tgh bwk bola sebab nmbr player tu nampk kecik dari seat aku. Bersama Acap Sukor dan Juraimy, kami bersorak la even first half tak berap nak best sbb takde gol n tgk Indon mcm ade harapan nak menang. Tapi bila start minit 53, realiti tu da bertukar. Dari tak seronok tengok t mnjadi excited dan keterujaan yang maksima sebab syok! Bayangkan, tak pernah aku nampak match kne stop sebab ade ancaman sinaran laser. (Aku tak terlibat ea..jgn tuduh aku) dan aku nampak gak la sinaran tu kat atas padang, sape la yang pancar. Even klu keeper Indon tak nmpk n tlepas bola lalu menghadiahkan gol wat Malaysia, tu da kira menang tak bermaruah or dalam kata lain,main kotor. Impak terhadap penonton? Mercun mula dilempar tgh pdg, dan mane-mane entah lagi, dan pergaduhan mula terjadi antara M'sian Fan dan Indon fan.

Tak berapa jelas, tapi ni sebenarnye tgh gaduh.
Dipendekkan cerita,aku mula hilang suara sebab bersorak gile,dan pekak sebab orang men vuvuzela kat telinga aku dan bersorak sekali bila Harimau Malaya membaham Garuda. Sian aku,haha..ade la beberapa perkara yang aku tengok best,dan takde dlm replay match kat ASTRO, mcm gmbr dibawah ni. One more thing aku perasan,susah nak nampak jersi Home Malaysia lengan panjang mcm aku (yg ori), knape?

Nampak tak jersi besar gile tu? Haa..murah2,sape nak beli?
Bila da kalah besar, konfem la malu kan? Tu la yang dirasakan oleh Indon Fan dan diorg da tinggalkan stadium jauh lebih awal. Even kalau dilihat, mse minit 80 je, seat Indon Fan da ilang separuh, dan semua da terdiam. Mcm team Malaysia la kat Stadium Gelora Bung Karno, time match kumpulan, terdiam la gak. Tp tak mcm mse kat Stadium Jaka Palembang, team kita belasah Laos.

Seat Indon Fan; diorg tgh berjalan keluar,mse tgh match lg.
Sampai la abes match, semua berakhir dengan kegembiraan dan stadium menjadi hiruk pikuk dan gegar gempita sorakan 90,000 penyokong berkekalan dalam ingatan aku, dan i'm proud to be one of them, apart of that supportive cheers. Sebelum balik,aku bergambar dengan rakan-rakan sebagai tanda kenangan kunjungan kesana.

Muka penat tapi hepi.
Perjalanan pulang diatak, tapi tak smudah yang aku sangka. Acap da balik awal sebab dia balik dgn abang dia, tapi aku dan Juraimy terpaksa meredah lautan almost 10000+ org nak naik LRT, dan before 11.30 sebab lepas tu da tutup. Aku tak paham, patut bila ade match besar mcm ni, buat la lebih masa sikit,ni tak..ikut masa off biasa. Da la kad Touch n Go aku da abes kredit, takleh nak reload,tanak la beli tiket balik sebab panjang sgt beratur. Last2, FRU bagi je org takde tiket masuk dlm stesen ntok nek LRT, rugi besar LRT mlm tu..org naik free je.

Barisan penyokong yang berasak nak balik nek LRT. 
LRT sedang dirempuh
Hurm..aku cuba patah balik ke Seri Petaling dgn harapn leh naik tren yg kosong tapi gagal. Tiket habis. So,aku takde pilihan lain kecuali kena la dok tdo kat situ, or call bpk aku ntok mintak amek. Tp aku bukan jenis manja, nak suwoh bapak aku macam-macam. Aku decide ntok tido kat rumah Ju sebab dia pon da offer n katenye takde masalah. Alhamdulillah,nyata dia leh la aku harapkan dan tak mnghampakan la kawan aku sorang ni. Sebelum ke rumah dia,aku naik kereta kwn dia kt kwsn rumah dia, sape ntah name diorg, tapi sgt humourous n funny la diorg ni. Sambil mkn McD mlm tu, kami bergelak sampai kol 2. Then baru sampai rumah Juraimy n aku tmpg tdo kat rumah beliau.

Keesokan harinye, lepas terbabas subuh (astaghfirullah~) dan nyenyak tidur sebab penat berdiri 7 jam, termsuk tgk match, kami bangun la pd jam 10. Lepas mandi dan bersiap dan sarapan dan blah,aku naik teksi ke stesen LRT Tasik Selatan dan aku pulang kerumah. Tapi ade harga yang perlu aku bayar atas kegembiraan ini. Aku demam hari ni sampai Selasa dan sakit kepala. Aku syak yang sakit kepala tak ilang dua ari tu sebab excessive sound pollution yg mngganggu kpla aku. Hehe.

So,aku doakan Harimau Malaya akan bangkit mengganas serangan Garuda dan semut kecil yang menyokongnya di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia!

25 December 2010

Mak Limah yang cambest!

Hye there! Minggu ni asalnye aku plan ntok siapkan sume keje-keje rumah yang cikgu bekalkan before cuti,or keje-keje yang tertangguh sjak sem 3 lagi..tapi entah mcm mane,aku jadi takleh nak wat keje ni,siap bjalan lg..haha. Minggu ni je dah 7 kali aku jejak kaki kat KLCC, tau la KLCC tu brape je jaraknye ngan rumah aku, ni da macam setiap ari aku jejak kaki kat situ rasenye,haha.

Jarak KLCC ngan rumah aku (highlighted, Desa Wangsa Keramat)
Ye,jaraknye yang dekat mnggalakkan lagi aku untuk ligat bjalan disana. Then,bila aku kat KLCC,bukan aku wat ape pon, klu tak pegi Kinokuniya, pegi Sony Style,takpon surau kat bawah tu..tu je la. Owh, ngan Rotiboy, tmpat faveret aku everytime aku pegi KLCC. Heheh~. Takpe,abaikan. Maybe leh amek pngajaran dari apa yang aku da terlajak ni,lgpon mnggu ni aku byk singgah KLCC sebab aku kne settle certain things, mcm TOK Essay (Miss Loh asked me to see her, kat Burger King) and carik stuff..tu je.

Well,last nite aku ngan famili ku keluar ke KLCC, pas maghrib for tgk citer Mak Limah. Kalau ikut schedule, cerita tu tayang kol 11.30 malam, lama lagi. Tapi kitorg keluar awal sebab nak carik PSP,adik aku nak. Ye le, da bjaya PMR, kne la bagi ganjaran dan tu la yg dia mintak. Aku pnye la penat tawar ngan amoi kedai tu, snpi dapat RM800 ntok satu set PSP, last-last mse nak beli baru aku tau yang PSP ni latest and takleh install pirate nye game,cheh~ Buang karan tol,last-last tak jadik nak beli. So, tengok-tengok jam,ade 1 jam lagi before nak masuk panggung,kitorg pon dok la kat tepi-tepi kedai yang da tutup kat KLCC tu,smentara tggu nak masuk panggung.

Cerita santapan jiwa tgh2 malam.

Tgh takde keje, mnunggu wayang nak bukak.
So dalam kol 11.15, aku pon mula beratur nak masuk panggung. Aku ingat la malam krismas ni KLCC pnoh ngan orang-orang berkenaan yang nak beraya sok, nak celbrate n stuff, tp tgk makin lengang. Bagus gak,leh aku bjalan dgn ati lapang malam ni. So,bekalan iaitu 3 regular set popcorn (byk kn?) dipersiapkan sebab memasing pon perut da lapar.

Macam gaya sape? Hahah~
Dan ape yang aku nak share sbnarnye ialah masa dalam panggung tu. Generally mood and suasana dalam panggung tu macam biase je, macam kalau tgk citer lawak,konfem gelak bguling kan? Cuma aku kesian la kat orang dok sebelah aku (couple yg dok sblh aku sbnrnye) sebaba aku ketawa gile-gile and rasenye orang tu ketawa sikit je,mesti saket ati dia dgr aku ketawa macam hape,sian3. Tengah tengok syok-syok tu, sampai la babak Awie luwah perasaan dia kat Che' Nin, and aku tgh la feeling tgk, tetibe ade mulut kambing mane dok cakap, 
"Owh...che' nin ni sebenarnye da mati,tu jelmaan dia cakap ngan Husin (Awie).."
Aku menyirap tol la,kalau da tau jalan cerita tu, or kalau da tengok ke, takyah la gtau satu panggung pasal ape yang tjadi kat situ, kacau mood la,nseb bek la aku malas nak amek port,hmm~

Tapi overall,aku rasa citer tu ok la, even rasenye Zombi Kampung Pisang lagi best, tapi yang ni pon tak kurang hebatnye, n babak paling klaka and unexpected rasenye ialah babak 'Zombi MRZM". Huh, da la pakai baju dak MRSM,gile klaka la babak tu,aku tol-tol tak expect. And dalam trailer citer "Damping Malam' yang ditayang taun depan (trailer bfore movie) pon aku perasan yang dia wat shooting tu kat asrama SMS Selangor. Asal dia tak wat kat sekolah aku? 

Anyway,citer ni best. Thumbs up! :)




19 December 2010

Makyong Dance at KLCC!

Just now aku hang out kat KLCC ngan Acap, and niat asal aku just nak hantar a 'stuff' kat Acap, and initially we wanna make it quick and clean a.s.a.p but out of sudden, we hang out and buying stuffs and sort of smthing like that. First thing first, we went to Kinokuniya KLCC, coz Acap said that he would like to find 'smthing' for his mom, or bro (which one, I'm not sure ) and suddenly when we entered the area of Kino, I heard a song played thru their P.A system, which is I can detect that it sounds familiar. I tried to look around and try to defining, if the music played is really related with any occasions held inside there. We walk around again and we see something that we did not totally or ever expect,will happen at KLCC, and again inside Kinokuniya, the Mak Yong Musical Performances! OMG! Ape punye coincidence la, teringat time menari kat KMB dulu,tp aku suka la tarian dia! I looked around and I see that a few representatives from broadcasting media (TV3 perhaps~) is recording the session and they were on air. Haha..then a woman gave me a brochure, stated there~
"Majlis Pelancaran Buku Seni Makyong dan Demonstrasi di Kinokuniya, anjuran Institut Tejemahan Negara Malaysia (ITNM) pada 19 Disember, 2010" Info tambahan disini.
Banner pelancaran majlis ni~
Padan la depa ade kat sini, and I staring at my watch, it 2.45 p.m, which is, now is a quarter to 3. But, I think I have watched the demo and some explanation, from the same representatives of UMK which done the same thing at my college before.

So I move out from the store, leaving the occasion and move to Denki Electronic Store, to buy some 'stuff' to satisfy my music desire. Hehe~ so this is what I got...

JVC Headphone Lightband Series; Model HA-RX300

Lepas test power,aku yakin ni la barang yang aku carik-carik selama ni dan sangat memuaskan naluri dan selera telinga aku ni, and Insya'allah barang yang sedia ada ni akan aku manfaatkan untuk bantu aku belajar dan mencari ketenangan dengan lebih baik,haha~ Berbaloi la,dengan kos RM **.** ni, kiranye ala-ala perbelanjaan yang berhemah dan aku rasa mende ni tahan lama. Bak kata Fariz Zaidi, kita ni klu nak beli barang, biar la keluar duit lebih sikit,asalkan puas hati dan tahan lama. Thanks to Acap gak sebab paksa aku beli mende ni. Nyata pengalamannye ngan headphone TDK nye byk membantu beliau dalam mengsurvey headphone ntok aku. :)

Going overseas~

Alhamdulillah,syukur kepadaNya, kalau dulu mase aku kat sekolah,aku tak pernah bermimpi ntok dapat peluang sambung belajar ke luar negara, dlm bidang kedoktoran plak tu, memang aku tak pernah expect. Malah aku pernah terfikir bahawa aku ni cuma orang biasa je, tak le genius pon. Tapi alhamdulillah lagi, berkat amalan dan juga maybe, hubungan baik dengan Allah dan hambaNya, rezki aku murah untuk melihat perkara yang before this iI thought it 'was' quite impossible to be reached...

Aku bukan ape, terkenang seketika waktu aku mula-mula dapat tawaran ni, memang aku tak percaya. Menggenggam ape yang lebih 20000 orang sebaya aku inginkan, untuk keluar negara. Ramai yang inginkan peluang ni, dan atas banyak faktor. Faktor yang paling kuat ialah, ramai yang kata kalau da jadik doktor, lulusan luar negara, memang glamourous gile and kaya and banyak ibu-ibu nak buat menantu. Haha! In ur dream guys, for those who got that way of thinking and those 'kolot' mentality, being an overseas-graduated doctors is not what like u guys thinking about. Biasanye kepada mereka yang da pon bjaya kat luar negara dan bergelar doktor, mereka dah alam pon tinggalkan mimpi-mimpi indah tentang glamour and kaya and all sorts of dat stuff, sebab we are Internationally Busy. (IB)

Tapi kita tetap kita, ape oramg nak fikir or expect, biarkan mereka dan lamunan mereka. Aku terfikir semua ni semula (yang patut aku luah masa Sem 3 IB) sebab aku baru review email-email tawaran dan pertanyaaan pasal going overseas-business and matters, dan aku pon terlibat gak dlm perbincangan ni, and my wholly batch. Soklan yang giat diperdebatkan sekarang ialah isu injection or shot or jabs Hepatitis B. Well,aku pon skarang kurang pasti kenapa suntikan dan imunisasi terhadap penyakit ni amat dititikberatkan oleh para penasihat pelajar yang akan ke overseas. But thanx for the info dari mat lalala,rupenye sume social workers and pelajar kne amek sunyikan ni, dan tak terlepas kla aku yang kena wat twinning programme Ireland-Malaysia (insya'allah), still kne amek imunisasi ni. (National University of Ireland-University College Dublin Sept 2011-Dec 2013 & Penang Medical College- Jan 2014-June 2016) Aku bercadang nak wat suntikan ni kat Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, K.Lumpur.

Lokasi study aku dari Sept 2011-Dec 2013
Lokasi pengajian aku, dari Januari 2014-June 2016

Erm..bermula sem 4 yang akan datang la masa yang paling kritikal dalam diploma study aku, dimana aku akan lalui siri interview (yang ke-3) coz before ni aku dah kne mock interview, quite OK la and kat ACMS  interview,aku terkandas.. aku sebenarnye tak pasti kenapa aku tak berjaya (euphemisme:tak disenaraikan dlm 80 orang yang berjaya), rasenye aku berjaya jawab semua soalan yang diajukan dengan mantap, dan  aku sangat yakin masa sesi temuduga tu, rasa macam tak patut aku gagal (even aku memang tanak ACMS and sangat nak ke PMC), Tapi bila mengenangkan kata-kata Rofi (bukan nama sebenar) beliau merasakan tempatku, penemuduga rasakan bukan disitu dan mereka pasti ade plan yang lebih baik buatku, ditempat yang lebih baik buat masa depanku. Ye,kata-kata azimat itu telah mengubat lukaku dan memberi sinar harapan buat aku untuk terus melangkah.


Maka bermula la temuduga untuk PMC ni,pada 17 Januari 2011, di KMB dan doakan la aku berjaya dapat bound ke sana. RCSI or UCD,aku tak ambil kisah. Ake serahkan kepadaNya untuk menempatkanku, dimana aku mungkin lebih serasi disana. Kerana dia Maha Mengetahui~

18 December 2010

It's kerabu day!

Pagi ni aku bangun dengan tenang, nun jauh di sanubari dan benak naluriku,aku kedengaran sayupan bunyi burung bersahut-sahutan dan ayam berkokok riang. Bunyi kenderaan kurang kudengari dan cuaca agak tenang. Jam menunjukkan tepat pukul 7.45 pagi, dan aku mula terdiam. Petanda-petanda ketenangan ini bagaikan memberitahuku sesuatu, hari ini tenang dan senyap sunyi, menandakan ianya hari Sabtu (orang tak pergi kerja) and aku memberitahu diriku sendiri, it's kerabu day!


Yahaa! Ye, kalau ikut kalendar rasmi keluarga aku, hari Sabtu ni ari rasmi utk kitorang satu famili sarapan nasi kerabu,dan nasi kerabu ni memang dah jadi satu kewajipan utk menu pagi Sabtu ni. Kenapa nasi kearbu,bukan fish n chip or roti canai mamak? Haha..ntah, maybe sebab sedap dan lauk dalam kerabu tu sangat menarik minat aku. Actually sejak aku kecik lagi aku minat makan nasi kerabu but since kat Johor, agak payah nak bertemu dan bertentang mata dengan nasi kerabu, so aku cuma leh makan nasi kerabu pada musim bazar ramadhan dibukak je la. And since aku da dok kat KL sekarang, so memang senang la nak beli nasi kerabu ni.

Pasar tani kat Setiawangsa,lokasi aku mencarik nasi kerabu kegemaran aku!
Lokasi pasar tani tempat aku beli nasi kerabu ni senang je nak carik. Wat sesape yang selalu round kat Setiawangsa, just carik Atrium Setiawangsa and kat depan BSN Setiawangsa, korang akan jumpa lokasi pasar ni. Tapi just bukak ari ujung minggu la kalau tak silap aku. So, berbalik kepada topik aku, nasi kerabu ni memang tradisi famili aku, cuma yang pelik tu, knape nasi kerabu sbg lauk sarapan? Satu sebab yang kukuh ialah takyah makan tengah hari lagi sebab makan anis kerabu ni je tahan sampai ke waktu lunch.

So, apa yang ada dalam nasi kerabu ni sampai aku leh ketagih? Menurut pandangan local (Juraimy, et.al 2010) beliau mengatakan ade la solok lada, ulam-ulam dan daging panggang, which is my most gile faveret la lauk ni! Memang sedap and in addition, ade la sikit-sikit keropok ikan, sambal belacan dan beberapa kuah yang aku tak tau (Ikram Noor,et.al 2011) Nasik nye la warna seakan-akan biru indigo, pewarna yang diletak ialah asli dan antural serta bebas dar bahan kondisioner berbahaya, mahupun azo atau tartrazine.

Wajah nasik kerabu dalam bungkusan rasmi.
Lauk pauk dan rupa nasi kerabu yang da siap-siap nak dijamah.
"Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging panggang, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit. Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada."
"Nasi Kerabu - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas." Wikipedia, Ensiklopedia Bebas. Web. 17 Dec. 2010. .

So, dengan ini saya menggalakkan la kawan-kawan makan la juadah tradisi masyarakat pantai timur ni, lagi-lagi kepada meraka yang akan fly overseas. Bak kata orang, before kita nak kenal tempat orang, kenal la dulu tempat kita sendirik ni,kan? Moga berjumpa lagi! ^_^


17 December 2010

Post-travelling~

Alhamdulillah,memang penat gile pas balik dari travel semalam dan sepanjang aku kat rumah, lepas balik dari Alor Star semalam, badan ni memang penat, dan tuhan saje la yang tahu. Aku siap pening dan mabuk, bukan sebab aku tak larat berjalan jauh, lebih dari tu, 10 kali ganda pon aku larat (kredit to Amir Rosli). Tapi sebabnye aku tak makan tengah hari dan perut aku betul-betul kosong sepanjang perjalanan, tu yang mabuk dan agak pening-pening sikit tu. Malam tu memang tidur nyenyak la jawabnye, dan hari ni aku plan just nak stay at home and whateva yang aku rasa membantu aku rehat sikit-sikit.

16 December 2010

Travel Diary : Day 4

Alhamdulillah, it looks like arini la hari terakhir aku dalam jadual perjalanan aku kali ni dan dah sampai masa nampaknye kaki ni kembali ke bumi metropolis KL,haha. Agak sedih bila mengenangkan berakhirnya percutian 2 minggu aku dan dalam baki dua minggu cuti ni, aku kena fokus kat kerje-kerja rumah yang dibekalkan kat aku before balik cuti haritu. So far, kerja yang aku da selesaikan cuma abeskan baca novel SAGA, novel Lorong Midaq still on waitin list.

So, generally perjalanan hari ni berkisarkan kepada perjalanan pulang je la. Pada jam 9, aku dan penghuni rumah Hanif yang ada (aku, Hanif dan Fakar je la) bangun dan bersiap-siap untuk hantar aku balik. Fakar pon nak gerak ke rumah Makcik beliau kat Alor Star ni, yang belanja kitorang malam tadi. Pukul 10:30, kami singgah di Stadium untuk makan sarapan, dan Hanif (ye,memang nama sebenar) menyarankan makan di warung roti Jala Pak Mat JKR.

"Mai la makan menatang ni,sedap gila ang tau!" ujar Anep

Sambil bercerita sakan tentang pengusaha warung ni dan jiran perniagaannye (takleh citer kat sini,isu sensitif) kami dihidangkan dengan Roti Jala versi utara. Kalau kat Johor, biasa aku jumpa yang dah siap gulung punye, tapi kalau kat utara, dia letak roti jala tu lain sikit, mcm style roti canai gak la.

Lain sikit style dia, tapi rasa sama je la.

Dengan harga serendah RM 1.00, dan bayaran ansuran selama 2 bulan, roti jala ni agak berpatutan buat semua lapisan masyarakat yang malas nak masak sarapan or memang penggiat roti jala sejak turun temurun. Memang puas hati gak la makan dan ingatkan nak tambah, tapi mengenangkan duit ni, makan sikit je la, janji dapat rasa.

Dalam rancangan "Sarapan Bersama Fakar"
So,makan pon dah sudah, tengok-tengok jam dah pkol 11.15, ade 15 minit lagi before bas aku bertolak. Maka kami pon brgerak la ke Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk antar aku ni haa~. Setibanya aku disana, bagasi dipunggah ke dalam perut bas dan aku mengucapkan thanx tak terhingga buat Hanif, yang banyak berkorban duit minyak, penginapan dan kepalanye yang merancang hampir semua perjalanan dengan baik. Kalau takde mamat tu, nescaya tak ade nye aku nak rasa bercuti mcm ni.

Last pic dalam perjalanan ni, bersama bas ke KL.

Tepat 11.30 pagi, aku bergerak pulang dan sayu, melihat bumi utara ni berpisah, tak tau la nape. Maybe sebab aku da tertarik dengan pemandangan kat sini sejak semalam, so rasa sayu nak tinggalkan. Pemandu bas ni bagus, before jalan tu, dia amek Mic and dengan gaya seperti pilot plane, beliau memperkenalkan diri dan cakap yang dia akan bawak kitorg (penumpang smua) ke KL, dan dijangka tiba pada jam 6. Siap bacakan doa mula perjalanan lagi. Kalau la semua drebar bas cmnih, maju Malaysia, bukan setakat bola je maju, ngan negara sekali maju.

Dalam perjalanan yang panjang ni, dpaat gak la akhirnye aku habiskan novel SAGA yang aku dok pulun baca, memang menarik. Disambut dengan hujan dan dingin dalam bas, lepas berhenti solat di R&R Bukit Gnatang, aku tertidur dan terjaga setibenye kami di Rawang. Aku tiba di KL pada jam 5, tapi turun kat Bukit Jalil pada jam 6.15 sebab KL tgh jam.

45 minit kemudian, aku benar-benar tiba di destinasi akhirku, Desa Wangsa Keramat, KL. Dengan tak makan tengah harinye, aku terus melantak kat rumah dan makan sepuas hatinye. Aku masuk kebilik dan kedengaran sayup-sayup suara homework memanggilku. Ye, da sampai masaku untuk bersama, homework~

*********

Maka berakhirlah percutian selama 4 hari 4 malam ku di Perak, Penang, Kedah dan Perlis ini, yang menelan belanja bersih sebanyak RM 200, dari 12 Disember hingga 17 Disember 2010.



Travel Diary : Day 3

Salam! Hai..kalau ikut semalam,kitorang bermalam kat penang, kat rumah Hanif dan tiga orang dari trip asal, iaitu Acap, Fazmi dan Ju tak ikut ke utara, sebab nak balik KL dan Ju nak pegi tengok bola kat stadium. Untung la beliau,siap tengok Malaysia menang hari ni. Btw kami bermula pada jam 9 (sebab waktu tu aku baru bangun) dan bersiap, serta mengemas rumah beliau setelah hampir selerak jugak la kami duduk. Sambil tu aku melihat pemandangan di sekitar Penang dari jendela rumah Hanif.

Tengah kemas-kemas sikit,dah tumpang kat rumah orang la katekan~

Pemandangan Penang dari Bukit Jambul Condo

Selepas saja kami selesai dengan urusan kemas-kemas rumah dan baju yang bersidai di ampai, kami bergerak ke utara, dengan destinasi pertama kami, iaitu ke arah Sungai Petani untuk hantar anak-anak Hj. Rosli bersaudara, iaitu Amir dan Anas. Kami bergerak dari Penang dan tak lama dan tak jauh pastu, sampai la kat rumah mereka. Dengan jamuan ringan-ringan, Amir dengan tangan terbuka mengalu-alukan persinggahan kami ke rumahnya, dengan iringan jamuan 'Teh 10' percuma. Tapi teh dia sedap la~

Amir ngan Anas gembira beriringan ke rumah mereka.

Amir dan Teh 10 yang wangi lagi menyamankan.

Kami tak dapat nak duduk lama kat rumah beliau sebab perjalanan masih jauh lagi. Setelah mintak izin dari tuan rumah untuk mengundurgostankan diri, kami bergerak ke Alor Star dahulu untuk pergi ke rumah Induk Hanif, iaitu di Lebuhraya Jalan Sultanah, Alor Star. Tapi sebelum tu, aku terpukau dengan pemandangan padi kat Sg Petani, lalu aku decide untuk snap a few pictures kat sawah tu. Nampak sangat aku ni jakun tengok padi, orang selatan la katekan~

Cantik kan padi ni? Sdap tol mate memandang~

Kami singgah sebentar di Alor Star, hanya utk singgah dan punggah barang dan kami teruskan perjalanan ke Padang Besar, Perlis untuk beli a few barang dan pesanan dari rakan tersayang. Sepanjang perjalanan 2 jam ke sana, apa yang memang menarik perhatian aku ialah, Chuping. Chuping ni la daerah yang aku rasa paling luas sebab penuh dengan tebu je,memang sangat luas sejauh mata memandang. Daerah ni gak terkenal dengan identitinye sebagai Kawasan paling luas ade ladang tebu dan tempat paling panas kat Malaysia, dengan rekod setinggi 42 celcius. Panas gile~

Chuping: Kawasan Ladang Tebu Terbesar Malaysia: 8062 hektar

Chuping: Kawasan terpanas di Malaysia: Recorded: 42 celcius.

Dua gambar kat atas ni adelah mercu tanda identiti daerah Chuping ni. Tak lama lepas tu, tibalah kami di Padang Besar. Perkara pertama yang kami buat? Makan tengah hari kat tempat yang sama kami pergi tahun lepas, kat warung berhampiran. Bukan ape, Nasi Patayanye masih menyengat kalbu dan menarik macam tahun lepas, cuma serivisnye lambat la sikit. Dengan penangan kuah tomyam,segalanye hampir perfect! ^^

Di gerai inilah kami melantak,sedap weyh!

Muka kekenyangan makan makanan ala Thai

Upacara terus dijalankan dengan membeli belah di Padang Besar, tapi sebab duit tak la kaya, so beli jersey Malaysia sajalah ye. Tapi kira berbaloi la aku melilau satu area complex tu umtuk carik jersey ni, sebab Malaysia menang dan aku rasa berbangga tengok depa main dan aku pakai baju tu sbg tanda sokongan! Haha~. Ade la aku beli mende lain, tapi tu pon just jersey yang member aku kirim dan juga buah tangan buat keluarga tersayang di Keramat, Kolumpoq.

Tengah pilih brooch wat adinda dan bonda tersaaayaang.

Dah habis shopping,nak wat ape? "Balik la,tak reti-reti?" jerkah Fakar (memang nama sebenar) dan kami pon balik, tapi tak la direct balik,ade la melencong sikit-sikit kat tempat lain. Kami segera menunaikan solat jamak di masjid berhampira, juga tempat sama kami ziarah tahun lepas, cuma bezanya tahun ni nama Pak Mat JKR dah tak ade kat board tu. Sempat juga kami makan cendol pulut di Padang Melangit, berhampiran Beseri ubtuk menjamu selera sambil melihat cahaya mentari tenggelam melimpahi padi yang hampir menguning. Fakar lak nak berhenti kat MRSM Beseri sebab beliau terlalu excited tengok sekolah lamanye itu.

Masjid Pak Mat JKR (actly nama sebenarnye lain, kami pggil cmtu)

Aksi tersendiri Faka di hadapan kolej kesayangannye.

Pemandangan mentari tika kami menikmati cendol pulut.

Dengan berakhirnye kunjungan kami ke Padang Besar, maka berakhirlah kunjungan kami secara keseluruhannya, yang mengambil masa 4 hari,lamanye~. Dalam perjalanan pulang tu, aku terkesima melihat LANGIT PETANG, sebab bagi aku, aku belum pernah terdiam kaget melihat sunset, tapi aku mula berubah dibumi Perlis. Sunset disana dengan biasan padi, merubah hatiku.

Tona langit yang sangat cantik!

Malam tu kami berjamu di kedai mamak, tapi mamak ni lebih baik dari mamak GRO kat Ipoh tu (no offence) dan kami menyaksikan siarang langsung Malaysia vs Vietnam, musuh tradisi kita dengan aku mengenakan jersi Malaysia yang aku baru keluarkan dari plastik, sebagai tanda sokongan. Memang rezki kami sebab disana aku terjumpa dengan pak menakan Faka, yang dok kat Alor Star gak. Depa blanja kami makan,woohhooo~ 

Tengah selera makan sambil tengok bola.

Bergambar seketika dengan jersi baru dihadapan mamak stall ku~

Before balik semula ke rumah Hanif, aku pergi ke Terminal Bas Syabab Perdana, Alor Star ntok beli tiket balik ke KL. Sayu rasenye mase beli tiket tu sebab tu bermakna perjalanan aku dah berakhir dan aku kena buat kerja la nampak gayanye. Haha~ so,esok jam 11:30,aku akan ke KL dan berakhir sudah percutian ini~





15 December 2010

Travel Diary : Day 2

Hye there! Well,kalau semalam aku dan rakan-rakan pergi Pulau Pangkor and main kat natural waterpark (laut yang bersih dan indah memukau), hari ni aku daan mereka lak pergi ke Lost World of Tambun, tapi masalah kami bermula pada pagi tu,sebab tak tau jalan nak ke Tambun, or nak masuk Ipoh dari Manjung, rumah Fazmi. Jadi pd pukul 9, kami bermula bertolak dari rumah Fazmi dan meski hari sedikit berhujan dan dingin, kami tetap bergerak even nampak langit seolah-olah menangisi pemergian kami dari Manjung.

Bergambar kat depan rumah Fazmi before nak ke Ipoh

Agak berat hati nak pergi, tapi kami tetap teruskan perjalanan kami. Perjalanan yang agak 'main hentam' and 'bantai je' ni agak mencabar, dan agak jauh la..selepas 4 jam, kami tiba di Tambun.Kenapa 4 jam,lamanye? Haa..ni semua sebab nak main redah punya pasal la, elok-elok nak ke Ipoh,sampai la ke Menglembu..padan aku pelik,nampak replika kacang Menglembu kat Ipoh,rupa-rupanya aku dah sesat..nasib baik la rajin bertanya,sampai la jugak kat Ipoh tu.

Tengah usha pakcik pam minyak,mana jalan nak pegi Tambun

Dan akhirnya,sampai-sampai kat sana,kami pon mula lapar,dan kami berdecide nak makan tengah hari dulu. Yang part best kat sini, ade sekumpulan bakal doktor mula meliar melihat sekumpulan nurse pelatih (rasanye~) dari Masterskill, maka mula la bakal-bakal doktor ni gembira tak terkata bila melihat nurse-nurse yang akan membantu diorang wat operation bila da jadi doktor nnt, lawa-lawa belaka, nak kata Juraimy (bukan nama sebenar). Namun Fakar dan Daus (bukan nama sebenar) mengingatkan agar tetapkan iman kalian dan jangan tergoda. Majlis diteruskan dengan makan tengah hari berlauk papadom.

Makan tengah hari kat kedai mamak (sedap,tapi...)

Dan lepas abes makan tengah hari,dan-dan la time tu nak hujan. Even ade antara kami yang mula tarik muka sebab nampak gaya macam takde chance la nak mandi kat Lost World, tapi kami tetap dengan niat kami untuk tetap mandi kat sana dalam hujan. Setibanya disana dan setelah beli tiket dan ukur tinggi (sebab kalau kurang dr 90cm, leh dapat free!) kami pun mandi, dengan penuh kepuasan dan separuh malu (kenapa? rahsia~) dan amek 4 jam gak la mandi,dari pukul 2 sampai pukul 6 ptg. Malang sekali gambar semasa mandi tak dapat diletakkan atas sebab menjaga nama baik dan maruah kami. Antara cabaran yang kami laksanakan ialah main water rapid, lompat berirama dalam air dan main pusing-pusing ngan apekemendentah nama mainan tu. Ala,macam kat fun fair tu~. Lepas puas main, kami pun bergerak pulang.

Bergambar sebelum bergerak pulang.

Lepas makan, kami bercadang untuk terus hantar mamat dua orang ni (Juraimy dan Acap,bukan nama sebenar) balik ke KL dgn naik train, tapi ade yang mencadangkan, "Apa kate kita makan malam dulu,kat mamak la,aku suka.." kata Hanif (bukan nama tipu). Mohammad Bistro dipilih sebab aku pernah makan kat situ, dan perkara yang paling memeranjatkan hati kami sehingga kami berasa seolah-olah kami bermimpi ialah, mamak ni dah pakai gurl yang fesyennye seolah-olah GRO kat bar sebagai cashier dia. Erm,pembetulan...gurl tu tak jage transaksi pon,just menepek cashier tu je. 

Acap, Fazmi dan Faka kelihatan sedang tidur.

Kami cuba untuk menyembunyikan kepelikan kami dan terus mengorder makanan kat mamak yang nampak gaya macam kurang faham bahasa Jawa (sebab aku order,dia macam tak paham,pdhal aku cakap Melayu) kami pun menanti. Malang sekali,aku terorder air kopi dan dia bagi yang kaw,sampai aku rasa macam minum kopi 100% dan 0% gula,sumpah pahit! Aku cuba cool, tapi aku menjadi hot sebab prinsip ke'makan-luar'an aku dilanggar oleh mamak tu, aku takleh kalau makanan yang aku order kat luar,mcm restoren tak memuaskan hati aku,memamng aku hot. Lantak la,janji makan. Dipendekkan cerita, pada jam 7.30, langit seolah-olah menyeru kami untuk menghantar Acap dan Jue ke stesen dengan segera. Lagak Fazmi a.k.a 'James Bond' membawa kereta dan melanggar lampu merah, diiringi lagu 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' nyanyian Syahir AF8 semasa beliau memandu, membuatkan malam itu sedikit ceria.

Dah nak hantar depa kat depan stesen.

Pada jam 8.30, setelah menghantar diorg pergi ke stesen, Fazmi pulang ke Manjung dan aku, Hanif, Faka, Amir dan Anas bergerak ke Penang, untuk meneruskan perjalanan pada hari esok. Untuk rekod, rasenye inilah kali pertama aku ke utara dengan kereta, or sebelum ni pernah tapi aku tak ingat. Sepanjang perjalanan itu, kami berhenti di R&R Bukit Gantang dan beberapa perkara terjadi yang mencuit hati. Antaranya ialah servis tandas di stesen minyak di situ yang menyediakan 4 tandas, 3 daripadanya untuk wanita sahaja. Laki? Jangan risau, memandangkan tandas satu je, sila guna pokok-pokok disekeliling anda.

Yang pintu terbukak sikit tu la tandas lelaki.

Oleh sebab tu je tandas lelaki, aku decide untuk bergambar kat depan tandas tu, tapi aku tak tau dlm tu ade orang lak. Sedang aku posed depan tandas tu, tetibe seorang paman tua menolak pintu tu dari dalam, maka aku pun mule gelabah,dah la block pintu tandas,haha~ Aku segera blah dan dipendekkan cerita, cameraman yang nak amek gmbr aku tu, still acu kamera kat tandas tu dan paman tu da ingat yang kitorang stalk dia, mengamuk gak la beliau. Dalam perjalanan pulang, kami berselisih dengan salah satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah bas kilang, yang memblock pengguna highway lain sejauh hampir 2 KM gak la stucked in da middle of nite tu.

Perjalanan diteruskan dan pada jam 11,selepas beberapa jam dan melalui Jambatan Pulau Pinang buat kali pertama, kami tiba di Bukit Jambul Condo, rumah Hanif. Selepas makan dan basuh baju, kami bertiduran dan rehat untuk perjalanan esok.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...