My LiveStatus.

19 July 2011

of pakcik teksi,2 orang tua,sebuah amanah dan harapan.

Salam! Hari ni byk yang saya lalui. Mula keluar rumah pukul 7,terus ke Kajang. Nak tumpang kwn ke KMB dan ke Putrajaya, for my letter of good conduct. Alhamdulillah,perjalanan hari ni dipermudahkan Allah,segalanye berjalan lancar. Dapat jumpa cikgu2,dapat makan free cikgu belanja,dapat lepak ngan kaunselor, dapat main boling, dan macam2 lagi.

Ok,tinggal part pegi KMB tu dlu. Lagipun da banyak kali pergi KMB even selepas abes diploma. Saya dalam perjalanan balik kerumah pada jam 8 malam. Sampai ke stesen LRT Dato Keramat da pukul 8.30,dan belum solat maghrib. Owh,kne la solat dulu. Selepas solat,saya menahan satu teksi utk ke rumah.

Satu teksi muncul dicelah kesesakan jalan yang tak lebar mana kat jalan tepi Pasar Dato' Keramat. Berhenti,dan mempelawa saya naik. Melihat kepada mukanye,saya tak menjangka dia seorang yang ramah. Mungkin saja tak byk cakap orangnye. Takpe la,bukan lama naik teksi ni,rumah tak jauh pun,cuma penat nak berjalan dah.

Tak lama lepas berjalan, kami melintas sebuah gerai durian. ye,mungkin gak Malaysia tengah berpesta durian. Dia membuka bicara,bercerita tentang musim durian dan harga durian yang murah gak kalau nak beli. Terhidu bau kemesraan dan keramahan dari uncle ni. Lalu bila dah melepasi gerai durian tu,dia mula bertanyakan dari mana. Mulanye,dia menyangka aku baru balik kerja. Ye pakcik,saya tak keje,saya ziarah kolej tadi.

Dari situ,saya mula bercerita dengannya,saya akan belajar ke luar negara,dan dia pun mula mengenalkan latar belakangnye. Dia seorang bekas guru sejarah,orang local la. Dia memberikan pandangan,lebih2 lagi tatkala mendengar dan juga dia tahu,kos belajar perubatan di luar negara, sangat mahal tetapi tidak memberikan impak yang signifikan kepada pembangunan sistem perubatan. Saya hormati pandangannya,benar juga katanya. Ade benarnye,tetapi tidaklah 100%. Ade juga lompangnya. Ada saja impak belajar disana,mungkin beliau terlepas pandang.

Okay,tinggalkan dahulu bahagian itu.

Saya bersama teksi ni terus berjalan. Melewati dua orang tua yang umur lingkungan lewat 50-an. Pakcik pemandu teksi ni memberi isyarat supaya mereka juga naik teksinye. Lagipun saya da nak sampai. Sebaik sahaja naik,dua orang pakcik ni juga sama ramahnye. Entah macam mana,dia dapat menghidu yang kami juga didalam perbincangan tadi,dan pakcik teksi ni bagitau yang saya sebenarnya akan ke luar negara, belajar medik kat Ireland.

Mengejutkan,pakcik yang menumpang teksi tu seolah-olah sangat gembira bertemu saya. Dia banyak memberikan pesanan kepada saya,dan mesejnya lebih postif dari pakcik teksi yang sedikit kurang positif. Dia seolah-olah sangat berharap yang saya mampu berjaya dan menabur bakti kepadanya satu masa nanti,tatkala dia sudah pakai tongkat utk berjalan barangkali.

Akhirnya,saya tiba diperkarangan rumah. Melihat kos,kira2 RM4.00. Saya mula keluarkan dompet,tapi dengan pantas pakcik penumpang teksi ni menahan,seraya menawarkan utk membayar kos itu,alhamdulillah. Suka rasanye hati ni. Murah rezki malam ni. Dengan wajah girang, saya bersalaman dengan pakcik dua orang yang menumpang itu,sambil pakcik ni berpesan belajar betul2 dan nnt balik la Malaysia tolong pakcik ni.

Bila melewati teksi itu yang akan ke PWTC ntok hantar pakcik2 ni. Saya terkedu dan terharu. Betapa besarnya harapan mereka, yang setiap tahun membayar cukai, dan disalurkan wang titik peluh mereka utk menaja anak2 bangsa utk sambung belajar. Harapan mereka tinggi menggunung. Mengenangkan kata2 nya itu,saya sangat terkesan didalam hati. Malang sekali saya tidak berkesempatan utk mengenal pakcik ni dengan lebih dekat. Cuma bila saya terbayang harapannya,saya percaya itulah harapan bangsa terhadap anak-anak muda spt kami,yang ditaja dengan duit rakyat,utk kembali satu hari nanti dan berbakti pada mereka.

Saya cuba utk tidak persiakan harapan kalian. Amanah ini akan kujunjung tinggi. Doakan kejayaaku...

Sungguh,semuanya berlaku kurang dari 10 minit,dari saat saya menaiki teksi itu. tetapi saya pelajari sesuatu yang mungkin akan saya ingati selamanya. Bukan usul belajar diluar negara yang saya bangkitkan,tetapi harapan mereka kepada mereka,suatu amanah besar yang pelru dilaksanakan.

2 comments:

mohdizani said...

nice one daus!!!
so, kite kene btolkan niat dan berusaha utk mnggapai impian semua org..

+firdausmatnoh+ said...

betul! jom kita betulkan niat kita! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...