Artikel ini mungkin pernah kalian baca. Tetapi isiannye sangat memikat hati,terkesan dalam sanubari. Renunglah,dan wanita,janganlah kalian bangga dan tayangkan anugerah Allah yang hanya yang halal saja layak menikmati. Jangan pernah biar ia dinikmati percuma oleh mereka yang bukan halal bagimu.
Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah
menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan
bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal
nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti
menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang
tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal
dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat
seorang perempuan.
Setiap bentuk badan
seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan
berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat
seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut
wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah
melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka
wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan
melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata
lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka
labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka
mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka
wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak
kelihatan.
Dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka
janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga
terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh
lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu
berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah
itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau
nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan,
entah tak tahu kenapa?
Mata lelaki ini
nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan
dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah
wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya
dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali
berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai
muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah
pada pandangan lelaki.
Maka wahai
lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan
fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika
wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan
fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki
itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang
menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang
warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk
suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia
mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga
kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu
gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada
muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat
dunia akhirat.
Seperti firman
Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia
sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang
yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita
muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian
paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling
sukar untuk dijaga…
No comments:
Post a Comment