My LiveStatus.

23 March 2011

L'Symphonianz Photography Session

Assalamualaikum dan salam! Haa..akhirnye,selepas berbulan lamanya aku menyimpan hajat dihati,langsai jua pada hari ni. Dah lama aku berhajat nak tgkap satu gmbar yg aku leh wat wallpaper laptop aku ni, ngan family Love Symphony aku, wat sesape yg tak tau ni kelab ape, leh klik sini untuk maklumat lanjut. So aku letakkan gambar ni yg aku dah edit, ntok dicopy bdk2 LS dan ntok copy:


  1. Klik kanan or simply klik kat setiap gambar, dan pilih 'open image in a new tab (ntok FLOCK) or 'View Image' (ntok Firefox) and plz jgn bkak gmbr ni Internet Explorer. [Ni adelah ntok korg bkak gmbr tu kat new tab ngan saiz gmbr sebenar]
  2. Bila gambar dah bukak kat tab baru, klik kanan dan 'save image as..'
  3. Fail disaved!
Utk makluman,fail yg korg download adalah original size yg leh trus bwk pg print kat kedai apek cuci gambar, dan saiznye agak besar sebab kualiti gambar. Simpan gmbr2 ni baik2 smpi korg da study kat overseas nnt! :)


~Official picture of LS Family~

Candid dan gelak tawa dak LS..:D

Gmbar korporat L'Symphonianz

Credit to Chot,Faiz Kadir,Me and Abbas for the pictures~ Thx to all yg wat impian aku jadik nyata..:))

22 March 2011

Kenapa nak jadi doktor?

[Artikel ini disalin semula bersumberkan saifulislam.com dengan kebenaran penulis asal,untuk direnung bersama]

************************

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

“Sebab minat biologi?”, saya bertanya.
Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.


“Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.
Ramai yang mengangguk.

Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi.

“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum.

“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.
Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.
Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.
“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.

Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

NILAI – HARGA – KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ‘Begin With the End in Mind‘. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

jadidoktor3.jpg 

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

[Artikel ini disalin semula bersumberkan saifulislam.com dengan kebenaran penulis asal]

19 March 2011

Jaga jarak anda,ingatlah iman yang tersayang.

assalamualaikum! haha..skarang ni mula timbul byk idea dalam nak berdiskusi ttg sedikit sebanyak soal agama dan peringatan. bukan la nk bicara ttg hukum,tetapi lebih kepada peringatan sebenarnye dan, tadi tengah browse2 kat facebook, kat page kwn sorg ni *tgh bosan dan sgt penat ntok smbung study* tetibe terjumpa suatu poster yang sngt nice dan menarik,designnye sgt catchy!



Poster terbaik,sgt menusuk kalbu dan jiwa,oyeah~
Dan ape yg kit dapat tengok kat poster ni ea? erm..let's take a look..ade beberapa perkara menarik yang cuba diketengahkan designer,kn2?
  1. Tak kira ape jua mende/niat/sebab atau subjek pertemuan (makan,belajar), yg penting adalah adekah kite menjaga jarak?
  2. Sape tak puas ati kne jarak? Klau nk mintak runding ttg mende ni,pg la mintak kt yg buat ketetapan ni sndirik,hehe~
  3. Satu hadis yang sangat perlu kita ingat..."sesungguhnya memegang kulit seorang muslimah (bagi lelaki) adalah lebih haram dari memegang kulit sebijik b*** yag berlumpur najis dan nista.."
Tapi jangan la salah faham *ni slalu org slh tafsir* dari hadis ni,maksudnye bukan kulit wanita tu lebih najis dari kulit menatang tu,tapi haram dan tidak patut dipegang kulit wanita sebab kesannya lebih berbahaya dari kita memegang khinzir.
  1. Kalau kita pgg khinzir,kita kena samak sebab....rasenye,ade kaitan dengan kajian sains yang membuktikan hidupnya suatu bakteria berbahaya kpd badan yang sukar dibunuh walaupun diletak dlm keadaan extreme temperature,condition or pH value keadaan setempat melainkan bakteria itu tersentuh tanah,maka tu la sebab nye kite kne samak,so that pergilah bakteria itu bersama bahayanya, tapi samak bila binatang tu basah je,kn? Kenapa time basah je? Cuba fikirkan,kaitkan dengan ability of bacteria to spread within wet and dry condition,mne yg lebih favourable? Tu kalau kite tersentuh binatang haram ni,tapi....
  2. Kalau kte tersentuh kulit wanita walaupun secara tidak sengaja *apatah lagi secara sengaja*, akan wujudnya suatu effect atau org kate,mcm ade karan tetibe rasa dlm sentuhan tu,punye bisa sentuhan tu,smpai mampu menggoncangkan hati dan terdetik dlm hati suatu bisikan syaitan yang mengatakan...
    1. "...aish,lembutnye.."
    2. "..omg,gebunye.."
  3. dan lain2,tanak pikir soal tu,dan syaitan mendapati nafsunye sudah di'trigger' maka mudahlah ia mula menjalankan tugasnya,menggoda anak adam melakukan sesuatu yang diluar pertimbangan imannya. Dan mungkins sesuatu diluar kawalan mudah berlaku tatkala hati itu bergoncang hanya kerana sentuhan. Malahan wanita juga,sperti umum mengetahui bahawa sangat sensitif pada sentuhan lelaki, sepertimana lelaki kalah pada pandangan terhadap wanita. Tu la sebabnya lelaki diminta menjaga pandangannya. Malah turut disebut dlm al-quran supaya kita menundukkan pandangan agar tidak terlihat perkara yang bukan hak kita utk lihat,seperti yang disebut dalam Surah An-Nur,ayat 30:
"..Katakan pada lelaki yang beriman untuk menurunkan dan menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya. Itu adalah suci bagi mereka. Sungguh! Allah mengetahui apa yang mereka lakukan.."

    Bayangkan,tu baru bab kalau tak sengaja,tetapi hari ni kita lihat dalam kalangan kita sendirik,ada yang sudah tidak lagi malu dengan allah,menepuk tampar rakan berlaianan jantina dengan selamba badaknye, malah tidak rasa sebarang 'karan' lagi tatkala tersentuh..masya'allah,kiranya suatu dosa kecil kira terus2 dilakukan tanpa rasa bersalah dan takut kpd allah,mampu menjadi satu dosa besar,dan tatkala mereka melakukan semua ini,adekah terdetik dalam hati mereka ini semua suatu dosa? Kenal dosa tak? Kalau tak kenal,bwk2 mngucap kayh? Kalau kenal,mesti tau impaknye bukan?

    Kita fikirkan, dalam al-quran ade menyebutkan bahawa sesunggunya dilarang keatas kita menghampiri zina,kenapa? Sebab sekali kita terjebak,sukar utk kita keluar dari jalan zina ni,sebab godaanya sangat kuat,malah kita tau,nikmat syaitan ni mane ade yg tak sedap,semua nikmat,tapi nikmat dunia dan derita di akhirat la jawabnye. Perbuatan zina sendiri bermula dari perkara yang sekecil2nye seperti berduaan. Apabila degree of keyakinan dan kepuasan tu mula bercambah,maka berpegangan la pulak dan bila nikmat pegang2 da datang,maka syaitan,seperti dalam janjinya dalm surah An-a'raf,ayat yang ke 16 dan 17..

    "Dia (iblis) berkata: Sekarang, kerana Engkau telah menyesatkanku, sesungguhnya aku akan mengintai dan menghalang mereka dari jalanMu yang lurus. Lalu aku akan mendatangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari tangan kanan dan dari tangan kiri mereka, dan Engkau tidak menemukan kebanyakan dari mereka bersyukur (kepada Mu)."

    Maka akan diasaklah anak adam dari segenap arah utk melakukan zina,dan sebab terlalu banyak menghampiri zina dan terdedah kepada perkara yang memungkinkan zina,maka ramailah antara mereka yang kecundang,kerana menghampiri zina.

    Tersebut suatu kisah, kurang nak ingat secara detail tetapi pernah malaikat ingin merasai memiliki nafsu dan akal seperti manusia dan diperkenankan Allah,maka ia turun ia kedunia,maka dalam beberapa jam saja malaikat diberikan nafsu,ia telah melakukan minum arak,diikuti zina dan bunuh lastly, dan ia berkata,sesungguhnya kekagumannya terhadap anak adam dizahirkan kerana mampu menahan nafsunya.

    Nak cerita kat sini,memang susah nak kawal nafsu,aku sendiri mengaku memang susah,tapi yg wat aku keep motivated ialah janji allah bahawa, barangsiapa yang berkorban kerana mengharapkan keredhaanya, Allah akan kurniakan keberkatan dalm hidup dan nikmat dariNya,peganglah janji Allah ni,Allah Maha Penyayang dan Benar,kn?

    Tetapi,ape salahnye berubah kearah yang lebih baik,kan? Moga Allah merahmati mereka yang inginkan perubahan dan membantunya untuk berubah. Wallahua'lam,maaf jika artikel ni menyinggung or salah dari faktanya boleh dimaklumkan kpd saya..:)

    My Milktoof!

    Hai2 korg! well,mcm blogger lain,aku suka browse ke page or blog org lain ntok share or maybe observe how they'all sume bercerita dan berkongsi ape2 je ngan readers and followers diorg,and harini aku nk share ttg satu blog yang aku sangat suka dan sumpah cute! Aku jenis yang susah nk ckp smthing tu comel or cute,tp yg ni mmeg genuinely cute! Meet the milktoof,ickle and Lardee!

    Lardee gemuk sikit, ickle yang kecik
    Ni adelah satu blog yang dureka oleh seorang pelajar jurusan seni, yg wat projek seni individu dia dan dia wat komik bergmbr cmni,dgn watak dua gigi susu *well,ssuai ntok dentist bace* dan dua gigi sgt cute,serta berkwn baik,ahha..byk la perjalanan yg diorg lalui bersama,mkn,minum,main dan tidur sesame. Well,sape yg gile mende comel,leh la visit blog ni di milktoof main page, dan tgk la post lame2 sikit,sumpah best! Haha..lastly,thx yg wat aku dan famili aku ketagih kat mende ni,haha..pdn muka,sape suwoh tyg mende comel cmni!

    18 March 2011

    Cara org Islam sejati pakai baju~

    Mohon izin dari seorang akhwat di FB,tgk guide ni sgt best dan teringat nak publish kat blog,moga mendapat manfaat bersama,sempena hari penghulu segala hari yang dimuliakan ni..:)

    Manis kan kalau pemakaian semua orang cmni? Sedap dipandang mata,sejuk hati melihat dan mendatangkan nafsu pon..:)

    Kalau tengok kat atas ni,ni la gambaran yg terbaik utuk berhias dalam Islam,tapi aku sedih bile terkenangkan org sekeliling aku sendiri,pnyangka dan menuduh Islam itu tidak adil,knp? Bila pakaian ni cuma utuk org yang 'alim' or whatsoever, padahal lupakah diorg bhw Islam menggariskan pakaian yang sedemikian utk menjaga MARUAH,NILAI DIRI DAN ETIKA? SERTA NAFSU?

    Mengambil tudung sendiri sebagai contoh,kdg2 org cuma pakai tudung,lilit2 and there u go,ready ntok kemana saje,pada mereka takrifan tudung ialah mcm songkok je,wat tutup kepala (in addition,rambut for muslimah) tapi,lupakah mereka tudung juga perlu dilabuhkan menutup dada? Apa tujuannya,saje2 je Islam suruh? TIDAK! Islam menggariskan sedemikian bagi menutup dada dari segi bentuknya,kerana membiarkan ianya tidak ditutup tudung,akan menonjolkan rupanya lantas akan membuatkan mata sang lelaki yang lemah pada pandangan,tertarik kepada bahagian itu,pernahkan kalian sedar? Tahukah kalian bahawa lelaki sangat mudah terpana pandangannya pada perkara yang kalian terlepas pandang? Astaghfirullah~ bagi sesetengah wanita,mungkin mereka menganggap pemakaian tudung saja sudah menetapi tuntutan syarak,tetapi ianya tidak sempurna,ibarat membina rumah menggunakan simen,tapi tak pakai pasir,tak lengkap rumah itu.

    Saya juga tertarik dengan analogi yang diberikan oleh seorang akhwat kenalan saya bila berbicara soal tudung dan rambut. Sekiranya kita ada sesuatu yang sangat berharga,kita tak la nak bagi kat semua org, public ntok tgk dan pegang kn? Mestilah kita bagi kat orang yang kita sayang dan jaga sebaik mungkin,kn? Mcm la rambut,lgpn kat M'sia ni,sinaran UV dan suhu panas kat Malaysia boleh merosakkan rambut jika terus dibiarkan panahan matahari,makan bukankah tudung menjaga kualiti pemberian Allah itu?

    Malah lelaki juga tidak boleh mengambil soal mudah dalam aurat,buat saya juga khususnya. Memanglah auratnya cuma dari pusat dan lutut, dan atas dalil ini juga ramai yang pakai baju, tapi ketat nak tunjuk bentuk badan (kdg2 saya pon terbuat). Kita tak salah dari soal aurat, tetapi soal adab? Bukankah tak manis dilihat orang kalau kita seolah2 menayang badan? Malah menampakkan bentuk badan (mungkin kpd yang sasa) boleh menimbulkan riak dan takbur,malah tersebut dlm Islam, bahwa Allah tidak mengizinkan hambaNya yang riak berpijak dimuka bumi ni,maka ambik lah iktibar. Dari segi adab pon, tak manis la sng cakap,pikir la sendiri..ape beza pkai singlet ngan pkai baju ketat? Lebih kurang je sy tgk..

    Pakaian lelaki juga tidak boleh sama sekali menyerupai perempuan,tapi cmne tu? Yang sesetengah golongan yang suka bergaya mcm perempuan dan menyalahkan takdir kenalurian mereka tersongsang sejak azali, gemarkan trend ini. Ketahuilah,kalian org yang Allah ciptakan bijak dan sempurna rupa dan akalnya,fikirkanlah kata-kata ini...Allah tidak mengizinkan org yg menyerupai jantina bertentangan dariNya dari mencium haruman syurga,apatah lagi memijak kwsn itu,tidakkah kalian gentar dengan janji Allah? Jika anda tidak takut, tidakkah kalian kufur kepadanya?

    Sy tidak pula sempurna,hanya ade sejumput ilmu yag perlu dikongsi,maaf andai bicara ini kurang tepat konteksnya,hajat dihati cuma ingin berkongsi,ampunkan kekhilafan diri..

    14 March 2011

    Photography,me and designing~

    Hai! Agak bosan da bace buku dan rasa macam nak menaip something,haha...kali ni aku cuba nak sampaikan something ttg diri aku,iaitu hobi aku skang ni. Kalau org dok suka merayap or menonton movie Korea sbg hobi,aku plak lain hobinye. Maybe yelah,dulu kecik2 boleh la cakap hobi aku maybe kumpul setem ke,kumpul kertas exam or ape2 je, tapi skang lain la pulak hobinye. Just now a fren of mine ask me psl editing photos and photography, which is my main hobby and satu cara aku sampaikan kreativiti aku, dan minat aku sndiri. Even a few ppl panggil photographer, dan selalu tgk aku pegang DSLR, hakikatnya aku takde pon own any DSLR, kamera 10 megapixel je la yang ade,tapi aku ade satu falsafah yang aku suka gtau kat orang lain;

    "..paling penting pada seorang photographer ialah kemahiran ke versatiliti utk mengaplikasikan dan menggunakan kamera apa jua jenisnya, tanpa mengira harga,brand mahupun jenis dengan efisien dan mampu mencipta gambar setaraf kualiti HDR. Itu ukuran yang sebenarnya,bukan pemilikan DSLR beribu-ribu menjadi kayu ukur.."

    Aku menzahirkan kata-kata ni bila aku belajar dengan sifu aku a.k.a advisor mini-tesis aku (EE) iaitu Mr.Lim, dia berpesan, jgn sebab takde kamera je,ko da give-up,yg pnting adelah skill. Dan aku byk tegaskan mende ni kat sape je yg tnye kat aku psl photography. One more thing,aku takde la hebat mane pon,belajar atas dasar minat je,tapi aku suka belajar, dan itulah kekuatan utama aku dlm photography. Bagi la aku majalah photography mane pon,aku akn kaji dan belajar each technique yg ditunjuk dalam majalah tu,pcayelah~ (p/s=Klik pkat gambar tu ntok view lebih besar)

    Aku dan kamera yg aku prnh pkai time capture gmbr sunset tepi pantai.
    Dan bila da suka amek gambar,ade kemahiran edit dlm photoshop or HDR editor adelah satu bonus (or necessity,whateva) dan memang aku kaki edit gambar yang aku suka,then set as my wallpaper. Tu yg kdg2 org dok tgk wallpaper laptop aku gmbr macam2, dan diorg suka tengok dan mintak share. bagi aku kepuasan sebenar dalam photography ialah bila orang suka tengok gambar kita,karya kita. Photography and designing is a part of an art. Bila orang suka tengok, aku rasa usaha dan minat aku dihargai,dan aku sangat suka mende tu jadi. Tu la antara drive yg keep push aku ntok terus menangkap gambar. Oh ya! Satu minat dan kepakaran (ke?) aku ialah tangkap candid, which is always be my priority dlm amek gmbr, sebab dalam candid,kita dapat tangkap ekspresi muka yang natural dan buka dibuat-buat,semuanya asli dn natural dan candid la yg menunjukkan kita kecantikan dan kemanisan sebenar wajah dan ekspresi wajah kita. Tu sebab aku tak brape nak amek sgt g,br org yg memang da ready nak mengadap kamera,which is so not called as candid.

    Gambar Love Symphony Club (my fav!) yg aku amek dgn candid,sume wajah asli! *klik pd gmbr*
    Dan photography always tell us about truth, what our eye could see and what our brain could interpret the signal form our retina. Selain dari kebenaran  wajah dari candid tadi,dgn nature of candid yang super-real, gmbr yang diambil dengan aperture,speed and ISO yang betul, ditambah dengan White Balance yg sesuai (again,not in AUTO mood) akan hasilkan gmbr dgn kualiti gmbr,warna dan pencahayaan serta komposisi yang sempurna,seolah-olah bila kita tgk gmbr tu, kita akan rasa macam betul2 ade kat situ,bukan gmbr yg main tgkp je. Tu la fungsi gmbr sebenarnye, utk merekod bukan saja gmbr,malah suasana sekali. Ade satu quote dari sape ntah, tapi aku suka sangat dan jadi pegangan aku dlm photography;



    "..tiada kata seindah lukisan dan gambar, kerana keduanya walaupun sekeping kanvas saja,tetapi ianya menceritakan seribu perkara dan kisah.."

    Dan memang bila dihayati setiap gambar aku amek,terlalu banyak kisah yang terselit didalam gambar tu. Gambar kat atas tu,diambik masa aku buat humanitarian project kat rumah anak yatim Darussalam, Tambun,dengan family-team aku, Love Symphony Project. Dalam gambar tu terselit senyuman palsu dan kegembiraan sementara anak-anak kecik yang dok ngan kami. Walaupun mereka gembira bersama kami, bila kami kembali,hidup mereka kembali seperti dahulu, sunyi tiada teman dan keluarga disisi. Senyuman kepuasan pon turut tergambar, dan terukir kemas pada wajah mereka yang menganjurkan projek ni, terutamanya Az yang ketawa memang tak ingat dunia *sori Az*. Tapi satu je hakikat pahit yang photographer kena tau dan terima. Gmbr org,depa amek tapi gmbr photographer mesti takde.


    How bout designing? Haa..amek example kat bawah ni~ byk gmbr yg aku amek,aku cuma tukar colour balance,crop out any things yg mcm mngganggu fokus objek dlm gmbr,crop or tkar layer setting dia. And aku suka duplicate layer gmbr,then layer depan letak Overlay 70% and layer blakang aku bubuhk Gaussian Blur. Gmbr tu akn nmpk glowing dan sgt lawa! Credit to Asyraf Sukor (bukan nama sebenar) yang ajar aku teknik tu.


    Dengan efek ala HDR,aku edit fully guna photoshop..:)

    poster embrace R.O.Q (remeberance of Quran)

    Gambar kat i-City..ni mmg 100% tak edit,asal cmni..composition colour memang mantap!

    aku yang berwarna tu ha..ni aku tak sure sape amek gmbr ni~

    Ni gambar kat asrama aku,edit sikit biar nmpk ala2 HDR~

    Dengan classmate, M09T aku..edit composition color sikit~
    Asrama aku gak,ni edit sikit la... :^)

    Dan tu la sikit sbyk yang aku edit,actly byk je lagi gmbr yg aku edit guna photoshop,tu je la yg aku suka,hobi aku,haha...rite now aku tengah aim belajar HDR dgn kwn aku,Abbas Hilu..and maybe bila aku da byk koleksi gmbr,pas travel around europe or kota suci mekah dan madinah,aku buat photoblog lak..haha. Perancangan mse depan dalam hobi aku ni? Nak beli DSLR,tapi tggu la bila duit da sedap nak buat belanja besar,rite now aku rasa takpe lagi..maybe lepas dok oversea baru aku beli kot,haha..buat photographer diluar sana,saya ingin belajar dari anda juga! Sama-sama belajar,togerther we own the outcome,the benefit! Okay,till then,assalamualaikum dan selamat amek gmbr..:)

    13 March 2011

    Ragam M09T~ *animated.gif*

    klik pd gmbr or,view image *right klik* ntok view yg lebey besao

    Actually aku dapat idea ni bila aku n adik aku browse tgk2 gambar yang aku amek time class photoshoot,kinda funny bila tgk ragam korg dlm ni,byk yg best la..especially tgk muka anip yg tgh jeling lilo and nabilah,n muka lilo bila dijeling hanip,haha..alip yg menari dan..fazmi pon menari gak..snyuman dinie and ez maybe leh diabadikan dgn baik dlm gmbrr ni..:D *sowi dinie* enjoy gmbr ni!

    p/s: klu aku ade tumblr,aku letak mende ni dlm tumblr,but i still in love with my blog.

    12 March 2011

    Cuti yg terakhir buatku~

    Assalamualaikum and at last,akhirnya setelah dua tahun aku study kat KMB,maka tiba lah aku kpd cuti skola yg paling akhir dalam kerjaya aku sbg pelajar kat KMB. Ye,aku da nak abes da study kat KMB dan..ape plan aku ntok 'meraikan' cuti terakhir ni? Semestinya buku yang tinggi menggunung yg aku bawak balik ni merintih pinta dibaca,exam pon da tinggal 53 hari. SO...jom review ape yang aku perlu langsaikan,selain dari baca buku~

    Exhibit.A [fly overseas-matter]
    +Siapkan gmbr passport 5 copy
    +Buat passport a.s.a.p
    +Apply letter of good conduct dari kementerian luar negeri
    +Renew driving license dr CDL kpd full license
    +Hantar application letter of good conduct ke kementerian

    Exhibit.B [study+exam matter]
    -Siapkan PYQ (past year quest) ITGS
    -Siapkan correction math pre-IRP test
    -Study CHEMISTRY (A-Z)
    -Study BIOLOGY (A-Z)
    -Cari+siapkan nota Math for IRP ngan IRP-mates

    DAN sume ni aku kne siapkan before hari Jumaat ni sbb aku kena pergi Jeram Besu, pahang for PiBi planning game..fuhh,mantap cuti terakhir aku,so bleh ke aku wat sume ni? Bdk IB kate,insya'allah boleh,da biasa..kn2? Haha..till then! Salam~

    06 March 2011

    Finally,done with TOK,EE n CAS!

    Assalam...dan akhirnya,aman weyh! Takde lagi ancaman dari TOK sebab aku nye presentation da pon abes..malah aku tinggalkan TOK aku ngan penoh bgaya lagi..cemerlang! *Sape yg tak tau EE (Extended Essay)TOK and C.A.S, leh klik kat link ni) Aku berjaya tinggalkan TOK ngan hampir mata penuh dan Insya'allah, esei TOK aku pon akn cemerlang macam presentation aku..saat buat presentation tu adelah saat yang paling mendebarkan sekali..even sebelum bentang,at planning stage lagi aku da faham sangat2 presentation tu,sebab memang aq sgt2 nk tau and explore psl KI (knowledge issue,mcm RQ la) yang sangat merangsang aku ntok wat kajian lebih mendalam. Ape KI aku? Haa~

    Can History Ever be REPEATED?

    Title tu sangat menarik ntok dibincangkan sebenarnya dan alhamdulillah,berkat bantuan dari teammate aku, Juraimy (bukan nama sebenar) dan Miss Loh,aku berjaya dapatkan suatu pembentangan yang sangat interakrif dan convincing...dan akhirnya, 17/20 yang aku dapat,markah yang aku rasa memang hak aku dengan usaha yang aku dah luahkan..malah,kalau nak tengok pon,kira satu peningkatan yang sangat tinggi la sebab dulu akau cuma dapat 8/20..siap fail lagi. Punya la frust mase tu,mcm nak nangis. Tp allah tu maha adil,aku diberi kekuatan ntok membina kecemerlangan lagi..:D

    Antara slide presentation aku *saje nk highlight*
    Dan alhamdulillah,semuanye da selesai..EE aq da selesaikan segala mende sjak bulan satu lagi dan alhamdulillah,rasa aku advisor aku ade masa yang lama ntok semak EE tu,ntah betul ke tak kajian tu,main buat je..haha~ CAS? Er...tu cemerlang gak,requirement nak 180 jam je,aku dapat >350 jam,gila sangat buat mende yang luar kolej,luar bilik darjah..best kn? Haha...so skang ni,memandangkan exam pon da tinggal 60 hari,so it's time for IRP! IRP ni ape? Haa..ni satu strategi KMB n KMS gak,ntok boost pencapaian student pada saat akhir peperiksaan,dimana same mcm konsep study group,cuma degree of seriousness tu lagi bganda kat IRP,sebab time ni la kena jawab soklan past year paper sampai muntah tcirit..samapi la ko hapal soklan dan pattern jawapan,which is good, and tcer ade explain yang biasanya snang nak naik final grade pas amek IRP ni..biasa pointer final tu akan jump ke 5 or 6 point dari point exam sebelumnye..maknanye? Aku berpotensi ntok dapat

    38 point even aku cuma perlukan 35 point

    Dan insya'allah,aku pastu leh la sambung ke University College Dublin, dalam MBBch,BaO....amiin~ ^^ Dan sebelum aku akhiri post ni,sape yg mbace blog ni *sape2 je* doakan la aku berjaya dengan cemerlang dan kuat dalam perjuangan akhir selama 60 hari ni,moga allah pelihara keselamatan dan kebajikan kalian..:D n baca la artikel dari educationmalaysia.blogspot.com ni,ttg ape itu IB dan comparison ngan A-Level programme..salam dan jumpa lagi!

    05 March 2011

    I'm a lone ranger,yeah~

    Assalamualaikum..ya,alhamdulillah,pada ari ni, bertarikh...brape ea? Owh,5 Mac, aku da melengkapkan satu rekod baru dalam idup aku. Amende rekodnye? Haa..arini je, aku da outing dari kolej ke KL,dan balik kolej semula dalam 5 jam saja,dari pkol 9 aku keluar, dan pkul 2 aku da selamat kat kolej semula..mantap,dan aku wat semua ni sorang je,tu yang best tu..

    Dalam aku keluar tu,aku ade contact sorg kwn aku,name nye? Dirahsiakan..tapi dia tanya,asal aku smthing yang wat aku terfikir~

    Dia..: Ko asal kluar sorg weyh? Takde budak nak teman ke?
    Aku.: tak la,ade je..kan ramai yanga de hal arini,dengan testnye..ade la aku ajak sorg dua,tapi semua bz,aku tanak la kacau.
    Dia..: Sian dowh kaw,tak rasa lonely ke keluar sorg?
    Aku.: Kesian? Asal lak,aku memang dari dulu suka keluar jalan2 sorg..aku bukan ape,byk kelebihannye,sebab lagipun aku ni jenis keluar for certain purposes je,abes keje aku, aku balik la kolej,tak lama pon..tu yg aku malas nak ajak org..
    Dia..: Ko nak join aku tak? Aku nnt pg sane gak la,tapi lambat sikit~
    Aku.: Lambat sikit ko tu pkul brape?
    Dia..: Dalam pukul 1 kot,dgn Mr.X dan Mr.Y..
    Aku.: Owh,aku rase time tu aku da gerak balik la kot,lambat la korg,aku keluar kol 9 pagi kot.
    Dia..: =.="
    Aku.: Haha..aku malas la nak merayap,duit da abes banyak ni,nak bjimat..aku pon nak balik awal nnt,sebab nak buat keje umah,byk kot...
    Dia..: Ow,ikut ko la..aku balik malam nnt.. *takde homework ke hape?*
    Aku.: Ahah...yelah..jln tu ingt2 sikit da nak exam..

    ********

    Dan memang btol,abes je keje aku kat Nokia Centre, Bukit Bintang,aku terus cepat-cepat balik,takde selera nak merayap mcm member aku ni. Nape aku jalan sorang je? Sebab bagi aku,aku lagi bebas nak pergi mana,pukul brape nak balik *biasa aku balik awal* dan dan payah nak follow orang kemane saje yg aku tanak pon pergi. Dan dalam perjalanan aku tu,banyak sangat dugaan aku, mula-mula sampai kat KL Sentral je,aku da kene kejar ngan mamat Afrika yang mencuba ntok 'paw' duit aku. Namenye? Hakim kot,dari Kanada katenye,tapi muka mcm African. =.="

    Hakim.: Hi brother, r u muslim? *menyergah aku*
    Aku....: Yup,y? U got problem with that? *haha*
    Hakim.: Brother, i'm muslim to..i'm from African. I'm Hakim,what's ur name? *dgn tetibe mmperkenalkan diri dan aku semakin pelik*
    Aku....: Me? Just simply call me Firdaus. Is thre anything that I can help u brother?
    Hakim.: Well, u know brother, I'm actly stucked at here,and I have to go to the airport because i want to see my frens, who can bring me back to my country, but the problem is i did not have enough moneny to get there, i need RM200 more to go to KLIA.
    Aku....: Y not, u just take a train to get there? i just cost u around RM 20, 10% from what u asked.
    Hakim.: I've to get there by taxi. Brother, you have to help me,u know that god Allah loves anyone who help their brothers when they r needing ur help?

    *Ah,sudah..bwk nama tuhan lak,dalam cubaan dia ni,betul ke dia ni mcm sesat? Asal nak teksi,bnyak cekadak tol. Tadi aku tengok dok bgelak ngan kawan dia kat KFC,kalau tak silap aku..kaki kelepet mamat ni*

    Lebih kurang cmnih la muka mamat tuh~ =.="
    Aku....: Yup,I know that..but u know what brother? I'm a student, n I'm not working yet, even it's hard for me to hold hundred ringgit in my hands, so it's almost impossible to help u..
    Hakim.: Uhh..never mind, whre to u come from?
    Aku....: From Banting, i studied there,u Canadian rite? I assume u know about IB Diploma,i'm in IB rite now..
    Hakim.: Yeah,i know,i got fren doing IB too..u got frens there? Maybe your lecturers can help me,they might have some money to give me. U gotta help me brother,i need u, i dont trust any other people unless he is a muslim...can u help me?
    Aku....: Err...

    Dipendekkan cerita,mamat ni siap kalau boleh nak ikut aku pegi mane je asalkan aku boleh bawak dia dgn seseorang yang leh bagi dia duit free2 macam tu je...dasyat gile la mamat ni *nada Awie dlm mak limah*. Tapi at last bila aku cakap baik2 ngan dia,slow talk sume,dia pon rasa da takleh lawan cakap ngan aku,after 30 minit pujuk aku tapi tak jalan,dua pon mngundur diri ngan sopan..Haa,amek ko..rasa aku ni bukan kali pertama aku jumpa orang macam dia,da banyak kali kawan2 aku kene macam ni gak..alhamdulillah,aku rasa mcm best gile dapat meloloskan diri dari dia,dgn cara yang sopan,tak menengking2 or ngan biadap suwoh dia pergi..aku harap dia bukan betul2 stranded kat Malaysia la mcm yg dia claim awal2,sebab tengok gaya mcm  nk tipu aku je..

    **********

    Dan seterusnye lagi la,pas pukul 12,aku gerak ke KL sentral dari Bukit Bintang, dan makan KFC dan solat Zuhur kat sana. Dalam aku berjalan sorg2 sbg lone ranger ni,aku dpat tengok macam2 karenah orang kat sini. Dengan mamat Afrika tadi tu,dengan couple bjalan yang aku rasa geram je nak tegur, dan banyak lagi ragam..aku sempat gak perhatikan makcik2 penggesek biola kat KL sentral dan yang tadah tangan mengemis kat tengah panas. Aku simpati dan hulur la sikit,cuma bila tengok tu suma,aku jadik bersyukur sangat sebab dikurniakan tempat tidur dan rehat yang lebih dari selesa bagi aku,walaupun tak la besar mana,tapi aku cuma nak keperluan aku dipenuhi,bukan kehendak yang aku turuti. *bersyukur dapat dok bilik kat kolej*

    Dalam perjalanan balik,time2 da smpai kat simpang bukit Changgang je,tetiba hujan turun rintik2..tak lebat,tapi cukup lebat untuk membasahkan seluar jeans aku yang aku baru basuh semalam ni,,adeh..dan aku meredah hujan sepanjang sekilometer ke kolej aku,sangat cool~ Dan sepanjang dalam perjalanan tu,aku berbisik dalam hati aku..

    "I'm proud to be lone ranger,yeahh~"
    This the way I enjoy my travel,my adventure~

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...