My LiveStatus.

18 March 2011

Cara org Islam sejati pakai baju~

Mohon izin dari seorang akhwat di FB,tgk guide ni sgt best dan teringat nak publish kat blog,moga mendapat manfaat bersama,sempena hari penghulu segala hari yang dimuliakan ni..:)

Manis kan kalau pemakaian semua orang cmni? Sedap dipandang mata,sejuk hati melihat dan mendatangkan nafsu pon..:)

Kalau tengok kat atas ni,ni la gambaran yg terbaik utuk berhias dalam Islam,tapi aku sedih bile terkenangkan org sekeliling aku sendiri,pnyangka dan menuduh Islam itu tidak adil,knp? Bila pakaian ni cuma utuk org yang 'alim' or whatsoever, padahal lupakah diorg bhw Islam menggariskan pakaian yang sedemikian utk menjaga MARUAH,NILAI DIRI DAN ETIKA? SERTA NAFSU?

Mengambil tudung sendiri sebagai contoh,kdg2 org cuma pakai tudung,lilit2 and there u go,ready ntok kemana saje,pada mereka takrifan tudung ialah mcm songkok je,wat tutup kepala (in addition,rambut for muslimah) tapi,lupakah mereka tudung juga perlu dilabuhkan menutup dada? Apa tujuannya,saje2 je Islam suruh? TIDAK! Islam menggariskan sedemikian bagi menutup dada dari segi bentuknya,kerana membiarkan ianya tidak ditutup tudung,akan menonjolkan rupanya lantas akan membuatkan mata sang lelaki yang lemah pada pandangan,tertarik kepada bahagian itu,pernahkan kalian sedar? Tahukah kalian bahawa lelaki sangat mudah terpana pandangannya pada perkara yang kalian terlepas pandang? Astaghfirullah~ bagi sesetengah wanita,mungkin mereka menganggap pemakaian tudung saja sudah menetapi tuntutan syarak,tetapi ianya tidak sempurna,ibarat membina rumah menggunakan simen,tapi tak pakai pasir,tak lengkap rumah itu.

Saya juga tertarik dengan analogi yang diberikan oleh seorang akhwat kenalan saya bila berbicara soal tudung dan rambut. Sekiranya kita ada sesuatu yang sangat berharga,kita tak la nak bagi kat semua org, public ntok tgk dan pegang kn? Mestilah kita bagi kat orang yang kita sayang dan jaga sebaik mungkin,kn? Mcm la rambut,lgpn kat M'sia ni,sinaran UV dan suhu panas kat Malaysia boleh merosakkan rambut jika terus dibiarkan panahan matahari,makan bukankah tudung menjaga kualiti pemberian Allah itu?

Malah lelaki juga tidak boleh mengambil soal mudah dalam aurat,buat saya juga khususnya. Memanglah auratnya cuma dari pusat dan lutut, dan atas dalil ini juga ramai yang pakai baju, tapi ketat nak tunjuk bentuk badan (kdg2 saya pon terbuat). Kita tak salah dari soal aurat, tetapi soal adab? Bukankah tak manis dilihat orang kalau kita seolah2 menayang badan? Malah menampakkan bentuk badan (mungkin kpd yang sasa) boleh menimbulkan riak dan takbur,malah tersebut dlm Islam, bahwa Allah tidak mengizinkan hambaNya yang riak berpijak dimuka bumi ni,maka ambik lah iktibar. Dari segi adab pon, tak manis la sng cakap,pikir la sendiri..ape beza pkai singlet ngan pkai baju ketat? Lebih kurang je sy tgk..

Pakaian lelaki juga tidak boleh sama sekali menyerupai perempuan,tapi cmne tu? Yang sesetengah golongan yang suka bergaya mcm perempuan dan menyalahkan takdir kenalurian mereka tersongsang sejak azali, gemarkan trend ini. Ketahuilah,kalian org yang Allah ciptakan bijak dan sempurna rupa dan akalnya,fikirkanlah kata-kata ini...Allah tidak mengizinkan org yg menyerupai jantina bertentangan dariNya dari mencium haruman syurga,apatah lagi memijak kwsn itu,tidakkah kalian gentar dengan janji Allah? Jika anda tidak takut, tidakkah kalian kufur kepadanya?

Sy tidak pula sempurna,hanya ade sejumput ilmu yag perlu dikongsi,maaf andai bicara ini kurang tepat konteksnya,hajat dihati cuma ingin berkongsi,ampunkan kekhilafan diri..

3 comments:

salwaabubakar said...

thanks daus.

nurlisa kamal said...

picture do speak a thousand words. :)

+firdausmatnoh+ said...

bace tulisan psl photography,ade definisi gambar..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...