My LiveStatus.

14 July 2011

Coretan penantian result IB.

Oh hai! Salam buat sume,salam 1Malaysia. :D Btw pejam celik pejam celik,rupanye da seminggu dah result aku diumumkan. Result ape?? Kpd yang tak tau,result exam IB aku, diploma International  Baccalaureate aq. Alhamdulillah,akhirnya lepas aku belajar selama 2 tahun kat Kolej MARA Banting,aku berjaya tamatkan semua ni. Ramai yang kata mrk berjaya lalui semua seksaan ni dengan tabah. LOL,aku stuju gak actly. Memang nak tamatkan diploma ni perlukan jiwa yang kental. Bak kata senior2 kami,once u survived IB and KMB life,u will survive life kat overseas.

Btw,tu hal lain. Pokoknye aku nak cerita betapa penantian menunggu result tu satu yang perit. Dalam dua tiga hari before result diumumkan, my frens dari KMB dan KMS da mula buat group ntok countdown result IB dan siap buatkan jam countdown lagi yang dah diset dan boleh dilihat kat webpage tu. Memang macam2 reaksinye. Yang aku nampak,bila da sampai countdown,ade dua puak. Puak suka countdown dan chill, yang bertentangan ngan satu puak lagi,puak cuak dan anti-kowndown.

laman web yang da siap set ntok countdown. tapi anyway,style kot~
Dan bila makin hampir ke kemuncak penantian ni,semakin macam2 la ragam, yang aku jumpa. Mostly cuak la,tapi certain ppl yang hyper-cuak mula mengambil tindakan drastik dengan memutuskan talian diplomatik dan komunikasi (haha!) dengan orang lain melalui fb sebab tak sanggup nak tengok lagu countdown2 yang sumpah maha mencuakkan keadaan. Keadaan ni berlarutan la sampai ke malam nak amek result tu. (malam 5 Julai 2011) dimana segala penantian semakin bergema2 gemuruhnya. So disini mulanye.

Pukul 11 malam, 5 Julai 2011.

Malam tu aku online macam biasa,in fact....malam ni aku online dengan niat nak tengok ape reaksi kawan2 aku malam result ni. Dan lokasi biasa,aku bkak group batch aku. memang nampak la betapa gabranya sume dak batch kita malam tu.

Tapi apa yang mencetuskan ketakutan ialah....post ini. Dikesan mula tersebar pada jam 11 malam selepas dia mendapat khabar dari kawan dia kat KDU International.

by RV,yang mencuakkan keadaan,hahah. *memain je rv!*
Bila saje post tu mula tersebar dan dibalas,dgn pantas dapat sambutan yang macam2 gaya, ade yang sound coz buat cuak! Dan aku rasa semakin excited dan mula2 tu tergelak la gak tgk mrk2 yang sangat la takut dengan post tu. Mane taknye,result da keluar. Btw even official result tak publish lagi,tapi malam tu dak KMS pon dah tau *thx to lisa kamal* result dior. Actly setiap kolej da tau,sbb IB coordinator mmg da dapat result student, a day before official one keluar.

Tak lama lepas tu,dak batch aku gempar lagi. Kali ni bukan dari khabar rakan2 kolej lain,tapi kolej sendiri pulak. Mr. A dan Mr. B da dapat call IB coordinator KMB, Dr Saai dan dapat result mereka. Dua2 result gempak pulak tu. Melihat tekanan memuncak pada malam itu,ramai yang terus offline FB,either tido or pegi solat hajat banyak. Aku chat ngan rv pasal peristiwa malam tu dan kami hny mampu tertawa melihat semua itu. LOL.

Keesokan harinye, 6 Julai 2011. Pukul 8 pagi.

Pagi yang hening,tapi aku bangun tak seaman spt biasa. Pagi tu aku dapat call dari adik aku, yang skrg tgh wat second year gak kat KMB. Katanya,ada khabar dari guru2 yang da tau keputusan IB exam batch 09/11. Dari ustaz shiham,pagi2 masuk kelas adik aku,terus bukak cerita psl result. Aku pon,ape lagi? Bangun,mandi dan belum sempat aku sarapan,aku bkak FB dulu. Terus aku tulis kat group batch FB aku,pasal ape yang aku dapat dr adik aku tu. Hasilnye? Ni haa~

Dan kalau korg leh nampak,aku ade highlight red-box tu,yg state aku ade tau certain news yg lagi disheatening,tp aku tanak tulis kat situ sbb takut org makin gelabah. So,sape nak tau,just PM aku. Hasilnye lagi? Aku dihujani 50 PM yang tanye ape news yang menyayat hati tu. Kena la pepagi tu reply satu2 email tu. Klau aku tau,baik aku tulis terus,hahah. Lepas reply sume msg tu,aku out sbb nak pegi pasar tani....ngan parents aku. bagus gak,dapat aku cuba2 bertenang jap. hehe.

Pukul 11, 6 Julai 2011.

Lepas je aku balik dari pasar tani,aku terus bukak FB aku,belum sempat makan nasi kerabu yang aku beli kat pasar tani tadi. Dan aku tengok semakin ramai yang menulis 'alhamdulillah,lepas IB!' dalam status masing2. Ah,tak guna, diorg da tau result diorg! Dan sekarang baru aku betul2 rasa takut da cuak. Padan muka aku,malam tadi kemain gelakkan orang. Kalau ikutkan hati,aku nak je kol cikgu aku,mentor aku ntok dapatkan result aku. Mak aku ckp,kalau nak sgt tau,tanak tggu malam nnt,pegi la call. Tapi aku cuba tenangkan diri,nak call skrg pon aku tak berani.

Lalu aku just text cikgu aku,miss nabilah. At first dia gtau dia tgh semak result subjek english dan overall pointer for kelas aku. Bila aku tanya aku dapat fly ke tak dgn result tu,dia terus tak reply msg aku. Ah,sudah~ takkan aku fail nak fly kot? Aku semakin gelabah,da takleh kontrol2 lagi dah ni. Dalam tengah2 gelabah tu,kawan aku call,kawan dari sakti dlu. Dia tau aku tgh gelabah,dan dia smpikan a few words ntok aku bertenang dan kawal diri. Alhamdulillah,pastu aku beransur2 tenang.

Pukul 1, 6 Julai 2011.

Waktu zuhur hampir tiba. Lepas aku tolong mak aku masak kat dapur,aku terus duduk atas katil dalam bilik aku. Tiba-tiba aku terasa seperti dipanggil. Aku bermonolog~

".....ah,kalau aku tunggu malam sekalipun,cikgu da tau dah result aku. mende da ade,cuma aku nak tau ke tak je sekarang ni. kalau aku call miss nabilah,untung2 aku tau result exam aku earlier,dan aku boleh tamatkan kecuakan aku ni. adoih,call jelah macam ni gayanye..."

Sebelum aku call,aku tengok jam,sudah hampir benar dgn waktu zuhur. Aku amek wudhu,dan aku tenangkan diri. Aku capai phone aku dan mendail..kedengaran suara mentor kesayangan...

"Assalamualaikum tcer~"
                                 "Waalaikumussalam..daus! Haa,ni nape ni,nak tau result ke?"
"Yelah tcer. Saya tak lepas fly ke tcer smpi tcer tak bls2 msg sy dari tadi?"
                                 "Eh,takde la. Saya chech result kamu sme tadi,tak abeh lagi...ni dah ready ke nak tau?"
"Insya'allah,just bring it on...sebut je tcer..."

Dan perbualan seterusnye tu biarlah rahsia,hehe. Dan alhamdulillah,sejurus aku tau result tu,aku terus solat zuhur dan aku sudahi solat aku dengan sujud syukur. Hampir menangis aku,terharu. Aku berjaya melepasi semua ujian ni. Dan alhamdulillah,kalau dlu aku kata, "IB,been there,done that" sekarang aku boleh cakap "I survived IB  with flying colours". Aku terus peluk mak ayah aku,aku katakan aku boleh terbang merealisasikan harapan mereka.

Aku terus capai laptop aku,dan aku katakan pada status FB aku...

45 orang like. Sangat simbolik angka tu. :)


Pukul 9, 6 Julai 2011.

Malam tu,website IB cuma boleh diakses lepas pukul 9 je,bukan pukul 8 spt yang dilaungkan oleh website tu sendiri. Alhamdulillah aku da tau awal2 cuma,malam tu aku nak check kat dalam website,betul tak ape yang cikgu aku cakap tadi. So,aku dalam perjalanan dari Klang ke Putrajaya malam tu utk practice nasyid bersama team nasyid aku. Dalam kereta,menggunakan iPad abg senior nasyid aku,aku semak data dalam laman IBO. Inilah yang aku lihat.

Certain mende aku hide atas sebab2 tertentu.
Alhamdulillah,kini debaran semua suda selesai. Sekarang aku mampu melangkah ke RCSI Ireland,cuma aku perlukan masa utk bersedia...overall,this is the big day,hari paling mencuakkan aku,dan paling menggembirakan aku. Alhamdulillah,thanks Allah! Aku bersyukur kepadaMu~

6 comments:

ARAJ said...

tahniah kawan...kalau dah sampai ireland, jangan lupa aku kat malaysia nie...tanah tumpah darahmu..ihihiihihi

ELYNN SUAH EE HUEI. said...

congratulations! hehe i got to know mine on tuesday. hahaha. and i cried. hehehe! ;)

+firdausmatnoh+ said...

huhu..yelah mann..tak pena nak lupa lah msia ni~

+firdausmatnoh+ said...

i knw elynn,some of us do know earlier,that's y i felt so gabra! haha..btw u cried coz to happy eh?

ALYANI NAZIRAH, ira =) said...

Assalamualaikum,
wah, cayalah, TAHNIAH diucapkan! Segala usaha dan pengorbanan selama 2 tahun x sia2. Sejuk perut mak nnt. hehe. CONGRATULATIONS!

Mizwar Mukhlis said...

tahniah,,,,,abang,,,, cerita abang telah menaikkan semangat saya,,
saya pelajar IB batch 2012-2014 di KMS... :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...